Thursday, November 11, 2010

Kahwin Luar Negeri


Perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari bermaksud perkahwinan yang biasanya diakadkan oleh wali Hakim di negeri lain dan tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam serta perkahwinan ini tidak direstui oleh wali pengantin perempuan. Perkahwinan ini juga tidak mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim yang berkenaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kahwin lari didefinisikan sebagai perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui keluarga 

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan tanpa kebenaran atau kahwin lari ini mesti mempunyai unsur-unsur berikut :
a)  Tidak mengikut Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam.
b) Tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mukim terbabit.


PROSEDUR PERKAHWINAN LUAR NEGERI

Perkahwinan diluar negeri adalah perkahwinan yang telah dilaksanakan oleh rakyat negeri masing-masing diluar negeri. Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor seksyen 16, yang sedia ada bukanlah bertujuan untuk menyekat atau menghalang ataupun untuk mengalakkan perkahwinan diluar negeri. Akan tetapi, ianya bertujuan untuk memberi perlindungan yang sewajarnya kepada seseorang itu. Walaubagaimanapun, sesuatu perkahwinan itu mestilah mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang telah termaktub dan diiktiraf di negara ini. Prosedur perkahwinan luar negeri boleh dibahagikan kepada empat iaitu perkahwinan luar negeri di kedutaan, perkahwinan luar negeri selain di kedutaan, perkahwinan luar negari dengan kebenaran dan perkahwinan luar negeri tanpa kebenaran.
Di Malaysia, kerajaan telah membuat perjanjian bersama (memorandum of understanding) dengan kerajaan Thailand, mengiktiraf jurunikah yang bertauliah di lima daerah di selatan Thailand iaitu di Narathiwat, Pattani, Satun, Songkhla dan Yala untuk membantu mereka yang menghadapi masalah seperti ini. Jika, seseorang yang bermastautin atau bermukim dalam negeri ini telah berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut hukum syarak, orang itu hendaklah dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan, hendaklah hadir di hadapan pendaftar NCR yang berhanpiran di luar negeri untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut.


Sekiranya NCR di luar negeri yang dilantik tidak ada atau sebelum tamat tempoh enam bulan pihak yang terlibat telah kembali ke negeri mereka. Maka, pihak yang terlibat hendaklah mendaftarkan perkahwinan mereka kepada pendaftar NCR negeri masing-masing. Untuk mendaftar perkahwinan tersebut, mereka hendaklah mengemukakannya kepada pendaftar NCR apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau bertulis, yang mana boleh memuaskan hati pendaftar NCR bahawa perkahwinan itu telah dilaksanakan mengikut hukum syarak. Jika sekiranya, pendaftar NCR berpuas hati dengan keterangan yang dikemukakan oleh pihak yang terlibat dan setelah mendapatkan pengesahan daripada pihak yang melantik jurunikah dan yang mengeluarkan sijil nikah tersebut, maka ia boleh mendaftarkan perkahwinan itu dan begitulah sebaliknya
.
            Menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang bermastautin atau bermukim di negara ini melangsungkan perkahwinan dengan sengaja di luar negeri tanpa mendapat kebenaran pendaftaran NCR terlebih dahulu. Jika sekiranya, perkahwinan yang dijalankan itu bukan poligami, pihak yang terlibat itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000.00 atau enam bukan penjara atau kedua-duanya sekali. Selepas membayar denda, barulah perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah enakmen undang-undang yang di peruntukan
.
            Pada masa kini, mana-mana perkahwinan tanpa kebenaran yang hendak didaftarkan di bawah Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri hendaklah disahkan terlebih dahulu. Perkahwinan tanpa kebenaran ini, merujuk kepada perkahwinan yang berlaku di luar Malaysia dan kebanyakkannya berlaku di Thailand. Perkara ini berlaku, oleh kerana ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk kahwin lari di sana untuk mengatasis masalah yang mereka hadapi. Kebiasaanya, perkahwinan ini dilakukan melalui wali hakim atau wali raja yang mana tidak dapat dipastikan sama ada wali tersebut bertauliah ataupun tidak. Malahan, kesempatan ini juga telah di ambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menikahkan pasangan tersebut dengan tujuan komersial ataupun lebih di kenali  sebagai “kahwin sindiket”. Pihak-pihak ini telah meletakkan bayaran yang agak tinggi dan tidak menghiraukan sama ada perkahwinan yang mereka sediakan itu memenuhi kehendak hukum syarak ataupun tidak. Apa yang penting bagi mereka ialah pasangan yang terdesak dapat kahwinkan dan mereka pula mendapat wang



            Disebabkan perkara ini berleluasa, maka satu ketetapan telah diambil iaitu mana-mana orang yang bermastautin atau bermukim di negeri ini yang berkahwin di luar negeri tanpa kebenaran, maka perkahwinan tersebut hendaklah dibuat pengesahan di mahkamah terlebih dahulu, sebelum di daftarkan. Malahan, setelah mahkamah mendapati perkahwinan itu adalah sah dan pasangan dikenakan penalti, barulah perkahwinan tersebut akan didaftarkan. Dan sekiranya perkahwinan tersebut didapati tidak memenuhi hukum syarak, pasangan tersebut akan difaraqkan (dipisahkan) dan penalti akan di kenakan.

PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN LUAR NEGERI TANPA KEBENARAN

Prosedur pendaftaran perkahwinan luar negeri tanpa kebenaran di Negeri Selangor adalah bermula dengan pihak-pihak hendaklah melaporkan perkahwinan tersebut  di Pejabat Agama Islam di mana sepatutnya perkahwinan tersebut berlaku. Siasatan akan dibuat oleh Pejabat Agama Islam dan kes tersebut akan dipanjangkan ke bahagian pendakwaan untuk proses pendakwaan. Proses pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah di mana sepatutnya perkahwinan tersebut dijalankan. Seksyen 20(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 “Sesuatu perkahwinan hendaklah dijalankan di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Selangor atau dalam mana-mana Negeri”. 

Setelah selesai pendakwaan, pihak-pihak hendaklah memfailkan permohonan pendaftaran nikah di Mahkamah Tinggi Syariah sekiranya permohonan tersebut untuk pihak yang berpoligami dan di Mahkamah Rendah Syariah untuk pihak yang masih bujang. Mahkamah akan membicarakan kes tersebut dan akan mengesahkan serta memerintahkan kes tersebut didaftarkan di Pejabat Agama Islam. Pihak-pihak perlu ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut dan surat nikah akan dikeluarkan

FAKTOR BERLAKUNYA PERKAHWINAN LUAR NEGERI TANPA KEBENARAN

Di antara punca berlakunya perkahwinan luar negeri tanpa kebenaran ialah:

a. Wali
Faktor utama berlakunya perkahwinan di luar negera tanpa kebenaran ialah keengganan wali menikahkan perempuan di bawah jagaannya dengan lelaki pilihan mereka. Antara sebab keengganan wali ialah wali telah mempunyai calon menantu pilihan mereka sendiri, pilihan anak mereka tidak sekufu dari segi keturunan, pangkat, agama, budaya, pihak lelaki telah beristeri, pihak perempuan sendiri bawah umur dan lain-lain.

b.Poligami
Sebilangan besar pasangan yang bernikah di luar negeri adalah disebabkan pernikahan tersebut adalah penikahan poligami, sama ada pihak perempuan dalam proses pernikahan itu menjdai isteri kedua, ketiga atau keempat. Oleh kerana, permohonan di Negeri Selangor khususnya dan di Malaysia amnya dimestikan mendapat kebenaran Mahkamah Syariah. Terdapat pasangan yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pernikahan mereka di luar negeri. Alas an yang mereka berikan ialah mendapat tentangan daripada isteriyang sedia ada, tidak mahu isteri yang sedia ada mengetahuinya ataupun untuk mengelakkan daripada diketahui oleh pihak-pihak tertentu seperti majikan, ahli keluarga atau pihak berkuasa agama tempatan.

c. Hamil di luar perkahwinan
Terdapat pasangan yang terdesak berkahwin di Thailand untuk menutup malu ataupun setelah pihak lelaki dipaksa atau diugut oleh pihak keluarga masing-masing supaya bertanggungjawab setelah pihak perempuan telah hamil di luar perkahwinan.

d.                  Masalah khalwat
Bagi mengelakkan pasangan disabitkan dengan kesalahan jenayah khalwat, pasangan yang terlibat akan berkahwin di Thailand untuk mendapatkan sijil nikah sebagai bukti dan pembelaan di mahkamah bahawa mereka telah berkahwin semasa ditangkap.

e. Lebih cepat dan mudah
Perkahwinan cara ini lebih cepat dan mudah kerana tidak perlu melalui proses temu duga atau menjalani krusus pra-perkahwinan terlebih dahulu. Kebiasaannya, setiap pasangan dari Malaysia yang berkahwin di Thailand bukan sahaja prosedurnya mudah, bahkan hanya dengan bayaran sebanyak RM300 sahaja merka dapat menyempurnakan perkahwinan mereka termasuklah khidmat juru nikah, saksi dan urusan pendaftaran bagi pengeluaran sijil ikah yang sah.

f. Belanja kahwin yang tinggi
Tidak dinafikan belanja kahwin yang tinggi juga merupakan pemangkin peningkatan jumlah perkahwinan luar negara tanpa kebenaran. Ada antara pihak lelaki yang tidak berupaya untuk menyediakan hantaran dan perbelanjaan kenduri yang tinggi seperti yang diminta oleh piahak keluarga perempuan. Dengan melangsungkan perkahwinan di Thailand, mereka hanya perlu membayar mas kahwin dan upah kahwin yang murah dan tidak perlu memberikan hantaran yang kebiasaannya di luar kemampuan pihak lelaki.

g.Adanya sindiket kahwin luar negara tanpa kebenaran
Kehadiran sindiket yang menyediakan khidmat jurunikah dan saksi-saksi nikah juga memudahkan pasangan yang bermasalah untuk berkahwin lari. Pasangan yang ingin kahwin hanya perlu menghubungi pihak-pihak tertentu yang berada  di sempadan Malaysia dan mereka akan membawa pasangan berjumpa dengan imam dan saksi-saksi nikah yang sedia menikahkan perkahwinan mereka pada bila-bila masa sahaja. Dengan kewujudan sindeket seperti ini, perkahwinan luar negara tanpa kebenaran boleh dilakukan dengan mudah kerana pasangan tersebut tidak perlu lagi mencari jurunikah dan saksi-saksi nikah. Ada juga sindiket yang memberi kemudahan (dengan bayaran yang lebih sedikit) kepada pasangan untuk berkahwin dengan membawa jurunikah dan saksi-saksi dari Thailand ke Malaysia untuk menikahkan mereka dan memberikan sijil nikah Thailand. Hal ini memudahkan lagi kepada pasangan bermasalah kerana tidak perlu lagi ke sempadan yang akan melibatkan penggunaan pasport atau pas perjalanan. Akibatnya, timbullah isu sijil kahwin palsu yang tidak diiktiraf oleh Majlis Agama Islam selatan Thailand dan kerajaan Malaysia, kerana pasangan tersebut dinikahkan oleh mereka yang tidak bertauliah. Hal ini hanya disedari apabila pasangan ingin mendaftar semula perkahwinan mereka.

h.Kurang kefahaman agama dan peruntukan undang-undang sedia ada
Kurang kefahaman agama tentang persoalan rukun perkahwinan dan perkara-perkara berkaitan dengannya seperti masalah perwalian, merupakan faktor penyebab berlakunya perkahwinan luar negara. Penggunaan wali raja atau wali hakim di luar negeri atau di mana-mana tempat tanpa kebenaran pihak berkuasa atau sebab wali tidak bersetuju dan tidak mengizinkan perkahwinan, lantas pasangan menggunakan alasan wali berada lebih daripada 2 marhalah atau 60 batu atau 96 kilometer dari tempat berlangsungnya pernikahan tidak boleh diterima sewenang-wenangnya. Hal ini wujud kerana pasangan tersebut sendiri yang melarikan diri daripada wali dan bukannya wali yang ghaib. Masalah wali tidak memberi persetujuan boleh diselesaikan melalui permohonan perkahwinan menggunakan wali raja atau wali hakim di daerah masing-masing.


i.  Kewarganegaraan
Pada masa kini, terdapat ramai warganegara asing yang datang ke Malaysia ataupun warganegara Malaysia ke luar negeri, sama ada kerana melancong, belajar, bekerja dan menjalankan urusan perniagaan. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong hubungan peribadi antara warganegara asing dengan penduduk tempatan. Dan hasil daripada hubungan tersebut, terdapat sebilangan daripada mereka melangsungkan akad nikah di luar negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri atas pelbagai alas an seperti sedang berada di negeri berkenaan dan tidak sempat balik ke Malaysia, memerlukan kos yang tinggi untuk berulang alik dan juga disebabkan pernikahan dengan warganegara asing tersebut merupakan pernikahan poligami 




BIL.
TAHUN
DAFTAR
1.
2007
76
2.
2008
101
3.
2009
133
4.
JUN 2010
85
STATISTIK PENDAFTARAN KES PENGESAHAN NIKAH DI NEGERI SELANGOR DARI TAHUN 2007 HINGGA JUN 2010


SEKILAS KAJIAN DARI KAK HUDA DAN ARIFAH- KULIAH UNDANG- UNDANG KELUARGA PERBANDINGAN 1


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran