Thursday, October 7, 2010

Tangkapan scra perbandingan 1


umumnya definisi tangkapan menurut Halsbury's Laws Of England melibatkan 2 elemen yang utama iaitu rampasan atau sentuhan tubuh dan tujuan atau niat utk menahannya, sekiranya niat orang yang bertanggungjawab untuk menangkap difahami oleh suspek dan suspek menuruti arahannya maka ia juga dianggap sebagai tangkapan, jelasnya tangkapan melibatkan penahanan terhadap seseorang sama ada dengan perkataan atau perbuatan, namun jika tangkapan dengan perkataan ia terjadi hanya jika orang yang ditangkap menuruti arahan yang diberi sebaliknya dalam keadaan sebenar perkataan sahaja tidak dikatakan sebagai penangkapan melainkan dengan sentuhan.
dalam Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), tangkapan didefinisikan melalui sec. 15 yang menyatakan bahawa..ia hendaklah menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika ia menyerahkan dirinya sebelum penangkapan ataupun tingkah- lakunya,
mengenai penafsiran sebenar tangkapan tidak dinyatakan dengan jelas namun section tersebut sudah memadai menjelaskan sesuatu tindakan yang dianggap tangkapan sedang dilakukan ke atasnya, manakala dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor)- ETJSS- dalam sec. 10 juga turut menyatakan keadaan yang sama terhadap definisi tangkapan, oleh yang demikian dapat difahami bahawa tangkapan terjadi jika terdapatnya niat utk menahan serta tindakan sama ada perkataan atau perbuatan yang diakui oleh orang yang kena tangkap, namun jika sekiranya orang yang ditangkap mengingkari tangkapan tersebut maka sec. 15 (2) (3) telah membenarkan utk orang yang menangkap melakukan apa jua tindakan atau kekerasan bagi menyempurnakan tangkapan tersebut namun tiada hak yang diberi untuk sewenangnya menyebabkan kematian, ia juga sama dalam ETJSS dalam subseksyen 2 dan 3 dalam section yang sama.
perbandingan dari sudut definisi tangkapan antara dua undang- undang yang berkuatkuasa tidak memperlihatkan perbezaan yang jauh sebaliknya ia mungkin perlu dilihat pada orang yang dibolehkan untuk membuat tangkapan berdasarkan dua undang- undang yang diamalkan di Malaysia khasnya

dalam section 23, 25, 27 dan 30 dalam KPJ menjelaskan mengenai golongan yang dibenarkan untuk membuat tangkapan sama ada dengan waran atau sebaliknya, ia merangkumi pegawai polis, penghulu, preman atau orang awam, dan section 30 adalah tangkapan oleh majistret atau jaksa pendamai, dalam section- section tersebut juga menyatakan kesalahan- kesalahan yang dibenarkan tangkapan dibuat, manakala dalam mahkamah syariah pula, tangkapan bagi kes jenayah ada dinyatakan dalam section 10 ETJSS menyatakan bahawa
'dalam membuat sesuatu penangkapan pegawai penguatkuasa agama, pegawai polis atau orang lain yang membuat tangkapan itu hendaklah...............................'

 manakala dalam section 18 enakmen yang sama menyatakan pula
'tanpa menjejaskan peruntukkan mana- mana undang- undang bertulis lain, mana- mana pegawai penguatkuasa agama, pegawai polis atau pegawai masjid boleh tanpa perintah daripada hakim dan tanpa waran menangkap................................'

dalam kedudukan 2 section di atas menunjukkan sedikit persoalan iaitu penafsiran orang lain vs pegawai masjid, namun mungkin section 20 ETJSS dapat menjelaskan dengan penyataan bahawa
'seseorang pegawai masjid yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah tanpa kelengahan yang tak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis yang terdekat.........................'
oleh yang demikian, tangkapan semula akan dibuat oleh 2 pihak yang diserahkan oleh pegawai masjid, ia sama keadaan seperti seorang preman atau orang awam dalam KPJ section 27.

terdapat dua jenis tangkapan dan setiap satunya mempunyai kepentingan tertentu terhadap kesan jenayah yang dilakukan, jenis yang pertama ialah tangkapan dengan menggunakan waran tangkapan atau tangkapan dengan waran, section 38 sehingga section 43 KPJ menjelaskan mengenai tangkapan dengan waran, ringkasnya tangkapan jenis ini masih boleh diikat jamin dengan bon jaminan yang mencukupi oleh penjamin, supaya hadir ke mahkamah pada masa yang dinyatakan, menurut section 39 kanun yang sama, dan paling penting keabsahan waran tangkapan yang dikeluarkan adalah berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh mahkamah yang mengeluarkannya atau waran tersebut telah dilaksanakan, ia dinyatakan dalam section 42 KPJ.
section 32 sehingga section 41 ETJSS, menyatakan tentang waran tangkapan bagi mahkamah syariah, tidak jauh perbezaan daripada kandungan dalam KPJ namun enakmen ini hanya berkuatkuasa di bawah bidangkuasa negeri dan penambahan pada pegawai penguatkuasa sebagai pegawai yang boleh menjalankan tangkapan serta diarahkan waran tangkapan kepada pegawai penguatkuasa agama  bersama meterai dan tandatangan hakim syarie atau mengikut borang 3 jadual kedua.
dalam kes KARPAL SINGH LWN.PP (1986) 2 MLJ 319 dapat menjelaskan kepada kita tentang perbezaan saman dan waran. kesalahan dalam kes ini di bawah section 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan pada masa itu pesalah boleh dihukum dengan penjara selama tidak lebih daripada enam bulan..waran tangkapan telah diperolehi dan waran inilah telah dicabar sebagai menyalahi undang- undang. setelah menimbangkan kes saman menurut section 2 KPJ dan mahkamah memutuskan bahawa waran ini tidak sah di sisi undang- undang kerana kes waran adalah hukuman yang boleh membawa hukuman mati dan penjara lebih daripada 6 bulan, oleh itu ia telah dibezakan antara kes saman dengan kes waran..

jenis kedua pula ialah tangkapan tanpa waran, yang merujuk kepada jadual 1 KPJ iaitu suatu kesalahan yang mana dan kes boleh tangkap ertinya suatu kes di mana biasanya pegawai polis boleh menangkap tanpa waran. kes HASHIM BIN SAUD LWN. YAHYA BIN HASHIM, perbuatan mencuri penjana lektrik daripada satu rumah pam adalah kesalahan section 380 Kanun Keseksaan dan dikateogarikan sebagai kesalahan boleh tangkap bawah section 2 KPJ, oleh itu seorang pegawai polis boleh tangkap seorang pencuri tanpa waran. kes ini membuktikan kesalahan dalam Kanun Keseksaan termasuk definisi kesalahan yang boleh tangkap dengan tangkapan tanpa waran..bagi kesalahan lain daripada Kanun Keseksaan, kesalahan boleh tangkap ialah kesalahan yang boleh dihukum melebihi penjara 3 tahun dan boleh membawa hukuman mati sebagaimana kes semasa iaitu kes jutawan kosmetik SOSILAWATI LAWIYA.
dalam jenayah syariah, tangkapan tanpa waran juga merupakan kesalahan boleh tangkap sebagaimana dalam section 18 ETJSS dan ia telah ditafsirkan dalam jadual 1 sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran.


 seterusnya perbincangan diteruskan kepada cara tangkapan, tapi ana akan kelompokkan cara tangkapan berdasarkan individu yang dibenarkan, sekian dahulu..

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran