Saturday, October 16, 2010

SIMPANG TAQWA


“Apa itu taqwa?”, tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab Radhiyallahu ‘anhuma.
“Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?”, balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.
“Pernah saja”, jawab Umar.
“Apa yang kamu lakukan?”, pintas Ubai.
“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati”, jawab Umar lagi.
“Itulah TAQWA!”, simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang TAQWA.
……………………………………………………………………………………….
halus perbincangan taqwa, ia seolah satu jisim yang menyerupai bakteria ikhlas, yang diibaratkan sebagai seekor semut hitam di lorong yang gelap, tiada siapa yang menyedari kehadirannya melainkan Allah s.w.t, kerana itu ikhlas dijadikan rahsia simpanan kepada asas pertimbangan neraca mizan kelak, ikhlas bukan sahaja boleh rosak atau batal di awal perbuatan iaitu pada niatnya namun kata- kata, respon pada reaksi atau komen orang lain juga sedikit sebanyak menggugat ikhlas pada amalan tersebut, ikhlas bererti suci dan murni tanpa noda melainkan disandarkan hanya pada Yang Esa..namun perkongsian kali ini bukanlah berkisar mengenai ikhlas sebaliknya pemahaman tentang konsep taqwa dalam iman,
seorang muslim itu adalah beriman jika ia bertaqwa dan bukan kerana hanya memegang pangkat yang tinggi atau memiliki bakat yang hebat  atau kerana keturunannya yang disanjung, sebaliknya Allah telah firman dalam kalam-Nya:

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)- al-Hujurat ayat 13

definisi taqwa bermula dari kalimah waqa- yaqi- wiqoyah yang membawa maksud memelihara, melindungi, takut dan berjaga- jaga. sesuai dengan pemahaman mendalam terhadap definisi tersebut bahawa taqwa berperanan sebagai penjaga diri dan pelindung tapi bukan penakut kepada diri seorang muslim sebaliknya dorong 'takut' pada Allah dengan sentiasa berusaha untuk mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya malah yang paling utama berkorban untuk menjunjung syariat yg diturunkan dan bukan bersifat mempersendakannya atau mengabaikannya atau meringankan sesuatu hukum biarpun sudah mengetahui mengenainya secara 'detail' dan jelas, di situlah taqwa berfungsi iaitu dalam merasakan kemanisan iman dan tidak berasa susah untuk menurutinya walaupun jika menurut pandangan akal manusia ia adalah perbuatan yang sukar seperti bertudung, solat dan puasa serta lainnya.
seruan taqwa setiap minggu dilaungkan oleh khatib dalam khutbah jumaat malah ia adalah rukun khutbah, ana yakin setiap muslim menyedari kedudukan 'rukun' dalam pelaksanaan ibadah, oleh yang demikian ia secara tak langsung membuktikan bahawa peringatan taqwa adalah amat penting utk sekalian muslim supaya ia diterapkan dalam kehidupan dan bukan hanya disimpan dalam telinga setiap minggu namun kefahaman mengenainya terus dipekakkan..Allah telah berfirman bahawa bertaqwa dengan  keluaran taqwa yang original bukan  cetak rompak iaitu dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  

bagaimana?
3 jawapan Mudah yang boleh diringkaskan iaitu berilmu, beramal soleh dan beriman..renung- renungkan 3 perkara ini di mana tahapnya pada diri kita, dengan 3 elemen ini seorang muslim mungkin dapat melihat penilaian koreksi taqwanya samada pada tahap taqwa awwam (masih terpengaruh dgn nafsu amarah walaupun mujahadah masih ada), 
taqwa khawas (terdedah kepada nafsu lawwamah, menerima virus maksiat batin dan menyemai mazmumah walaupun ia mengetahui ketuanan sifat- sifat tersebut menyumbang kpd kerugian amal dan kerapuhan titian menuju redha-Nya) 
atau 
taqwa khawasul khawas (nafsu mutmainnah- jiwa yg tenang dri maksiat zahir dan batin- paling 'excellent')..
setiap tahap ini meletakkan batu perbezaan pada satu sempadan iaitu nafsu, semakin tinggi dan kukuh sempadan nafsu semakin rendah kedudukan taqwanya kerana sempadan nafsu telah menutupi penglihatan iman untuk melihat SIMPANG TAQWA dan membiarkan ilmu tergadai di 'kedai kejahilan' sekaligus menurunkan 'had kelajuan' amal soleh untuk ke simpang itu..
sememangnya sukar untuk membawa diri ke simpang itu namun sedarilah bahawa kesusahan itu hanya sebentar iaitu tatkala nyawa dikandung badan, tapi apabila nyawa meninggalkan jasad segala kesusahan itu juga yang menjadi kebahagiaan yang abadi, jika kita takut atau terlalu memanjakan perasaan dan jiwa duniawi pada usia yang berbaki ini, cepatlah ingatkan semula atau muhasabah kembali bahawa tiada hidup kedua atau nyawa kedua setelah ia berakhir..awalnya mungkin terasa berat namun bila ia dihidayahkan Allah akan kemanisan iman, saat itu senyuman taqwa, bersama tawa iman akan terus menemani hari- harimu..sesungguhnya janji Allah telah terpatri dalam kalam-Nya yang bermaksud:

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.- surah ali-Imran ayat 120

 
Allah pelindung,
Allah jua pemelihara,
Biar susah tidak terbendung,
kerana cinta-Nya ku gagahi jua.

Tuntutlah ilmu walau ke  Negeri China,
Teruskan ia hingga ke hujung,
SIMPANG TAQWA simpang redha-Nya,
Iman, ilmu dan amal menjadi penghubung,
 
24168072-4e44-4568-bd97-7aee05f5deec
1.03.01


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran