Thursday, October 7, 2010

Remedi Tort


Secara ringkas, orang yang dilakukan terhadapnya apa- apa kesalahan tort boleh mendapat remedi. Ini bersesuaian dengan tujuan utama undang- undang tort adalah bukan untuk menghukum. Empat jenis tort yang relevan dalam tort  ialah ganti rugi, injunksi, pertolongan diri dan laporan kepada pihak- pihak berkuasa berkenaan.  

Gantirugi
Ganti rugi merupakan sejumlah wang yang telah diarahkan oleh mahkamah supaya defendan membayarnya sebagai satu pampasan kepada plaintif. Pampasan tersebut juga kadangkala bersifat sebagai satu hukuman yang mahkamah mendapati ia adalah memadai sebagai gantian kepada kerugian yang dialami oleh pihak yang menuntut akibat kesalahan tort yang dilakukan oleh defendan. Perkara yang sama juga digunakan dalam ganti rugi dalam kes- kes tort dalam projek- projek pembinaan. Jika ada kecuaian sertaan maka amaun ganti rugi yang akan diterima oleh plaintif akan dikurangkan mengikut kadar kecuaian tersebut. Dalam kes Sukumaran V. Building Construction Co. (Malaya) Ltd (1969) plaintif dalam kes tersebut diserahkan ganti rugi atas kadar 50% sahaja kerana dia dikatakan menyumbang kepada kecuaian defendan. 

     Menurut Norchaya Talib (2006) menyatakan bahawa plaintif boleh menuntut ganti rugi hanya pada kerosakan fizikal yang dialaminya akibat tort kacau- ganggu yang dilakukan oleh pihak defendan.

Injunksi
Suatu remedi berbentuk perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk pihak- pihak tertentu bagi melarang pihak itu daripada melakukan atau terus melakukan sesuatu perbuatan atau mengarahkannya melakukan sesuatu perbuatan. Injunksi kebanyakkannya sesuai dalam kes- kes melibatkan tort mudarat. Ia juga sesuai untuk kes- kes pencerobohan. Dalam kes Kelsen V. Imperial Tobacco Company Ltd, ia melibatkan gangguan secara terus ruang udara di atas tanah plaintif yang menghalang cahaya matahari. Satu perintah injunksi berbentuk mandatori untuk memerintahkan bangunan tersebut diruntuhkan agar halangan tersebut dapat diselesaikan. 

  Pertolongan Diri
Remedi ini tidak digalakkan oleh pihak mahkamah kerana dikhuatiri berlaku ketidak- adilan berikutan kesungguhan terlampau pihak yang menuntut yang mungkin melebihi had munasabah menurut undang- undang. 
  
  Laporan Kepada Pihak Berkuasa
Orang yang terganggu haknya serta keselesaannya sama ada pada tanah atau harta bendanya boleh bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Sebagai contoh, kacau- ganggu terhadap tanah boleh diadukan masalah tersebut kepada majlis perbandaran.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran