Wednesday, October 27, 2010

Keinsafan pada Harta


Setiap orang mempunyai tugas yang penting dalam mengenali harta supaya penggunaan pada harta tersebut menepati jalan yang sepatutnya. Tugas pertama merujuk kepada pemahaman pada tujuan sebenar harta tersebut iaitu untuk memenuhi keperluan samada daruriyat, hajiyat, atau tahsiniyat. Oleh yang demikian sewajarnya seorang itu memahami sebab yang mewajarkannya mencari harta sekaligus mengelakkan penumpuan yang lebih pada harta tersebut. Seterusnya, tugas pada batas perolehan harta tersebut yang tidak melanggari cara yang ditegah dalam syariat seperti rasuah, curi, rompak yang mendatangkan kesan dan penganiayaan pada orang lain. Hal ini sekaligus menafikan manfaat harta yang berkemampuan meringankan kesusahan orang lain. Di samping itu, sikap bersederhana atau qanaah juga perlu disemai oleh setiap orang dalam mencari harta. Ia merujuk kepada usaha untuk menjadikan harta sebagai pemangkin memenuhi keperluan dalam kehidupan semata. Malah, hak yang terdapat pada harta tersebut juga tidak diabaikan sewenangnya melainkan dengan menyerahkan hak tersebut seadilnya orang yang berhak ke atasnya yang memenuhi hak antara manusia mengikut kadar yang telah ditetapkan. Akhir sekali, memasang niat yang betul yang meletakkan Allah sebagai dasar segala perbuatan samada mencari atau menggunakan harta tersebut. Hal ini bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada ibadah dalam kehidupan.


PERBELANJAAN HARTA
Fungsi utama harta dalam kehidupan adalah untuk dibelanjakan samada pada jalan yang benar atau sebaliknya. Umat Islam dituntut untuk bijak membelanjakan hartanya dengan menyalurkan harta tersebut kepada perkara yang dapat menolong kepada ibadah untuk dirinya atau masyarakat. Contohnya, pakaian pada zatnya bukanlah dianggap ibadah namun ia mampu membantu untuk menutup aurat dan juga bersolat dengan sempurna. Selain itu, ia termasuklah kepada perkara yang bersifat ibadah dalam bentuk manfaat dan bantuan kepada umat Islam yang memerlukannya seperti sedekah, zakat, derma bantuan kepada pengembara dan seumpamanya. Malah, perbelanjaan ke arah perniagaan dengan harapan agar hasilnya dapat mengekalkan pemberian manfaat tersebut juga disarankan oleh Islam kepada umatnya. Seperti mana yang dilakukan oleh Saidina Uthman yang menjadikan zuhud sebagai hiasan hidupnya walaupun merupakan seorang hartawan yang terkenal. Sifat zuhud yang sebenar sangat dituntut dalam Islam yang berupaya menjamin kehidupan umat Islam di dunia umumnya dan akhirat khususnya.


TAKRIF DAN KEBURUKAN SIFAT BAKHIL

Secara umumnya bakhil ialah menahan diri dari memberi atau membelanjakan apa yang sewajibnya atau selayaknya diberi mengikut ketentuan yang ditetapkan oleh hukum, sama ada dari segi hukum syara’ ataupun dari segi hukum syara atau hukum adat dan maruah.

Hukum syara’
Bakhil dari segi hukum syara ertinya menegah diri dari menunaikan kewajiban zakat, nafkah samaada kepada anak anak, isteri dan ibu bapa. Ia juga boleh terjadi jika seseorang itu suka memberi barangan yang buruk dan tidak disenang oleh hati

Hukum adat dan maruah
Dari segi hukum adat dan maruah pula ialah seseorang itu berkelakuan menyusah nyusahkan atau mengambil kira sangat dengan perkara yang kecil kecil, contohnya memulangkan barangan  yang telah dibelinya kerana kekurangan yang sedikit, atau memberikan  kadar nafkah yang ditetapkan oleh hakim tetapi menyusahkan pembayaran.

Keburukan sifat bakhil
Hati dan jiwa yang bersih akan melahirkan sifat sifat yang baik dan terpuji, tetapi jika hati dan jiwa yang kotor akan mengikis sifat sifat yang terpuji dan melahirkan sifat yang tercela. Hati yang kotor akan mengalami ketandusan sifat sifat yang terpuji dan ia diibaratkan seperti telaga yang kekeringan dan tertutup sumber mata airnya, ia ketandusan dari segala sifat kemanusian dan membantu kaum kerabat, anak yatim fakir miskin kerana kesempitan hidup yang mereka cipta sendiri, bagaimana mereka yang bakhil ini ingin melakukan semua perkara yang terpuji jika sifat bakhil dan kikir telah menguasai jiwa anggota meraka. 

Erti islam adalah salam, jika dihayati mengikut tasawwurnya yang sebenar pasti penganutnya akan merasai erti yang sebenar sejahtera didalam hidup. Jika sifat bakhil dan kikir telah menguasai diri bagaimana mungkin untuk mencapai kesejahteraan dalam hidup dan masyarakat, contoh mudah boleh diambil ialah zakat yang wajib dikeluarkan ini menjelmakan sifat bakhil yang sebenar, jika hakNya tidak ditunaikan bagaimana seseorang tersebut dapat melunaskan hak hak orang lain. Oleh kerana itu sifat bakhil sangat ditegah dan Islam juga menganjurkan supaya berInfaq dalam mendidik jiwa dan menghakiskan sifat yang tercela itu, seterusnya melahirkan sifat sifat yang terpuji.

RAWATAN BAKHIL SECARA ILMI
Keburukan sifat bakhil
Orang yang bersifat bakhil seolah melakukan satu kebodohan kepada dirinya kerana sifat bakhil bukan hanya tidak mendapat faedah di dunia malah di akhirat juga dijanjikan seksaan yang amat pedih dengan harta yang dibakhilkannya sewaktu hidupnya. Semasa di dunia, hanya cacian dan cemuhan masyarakat yang dihamparkan kepada si bakhil malah jika ia telah meninggal sekalipun tidak berhenti masyarakat memberi cemuhan berikutan sikap bakhil tersebut. Lazimnya, si bakhil akan menyedari kerugian yang besar dengan sifatnya itu apabila terpaksa meninggalkan hartanya ketika ajal menjemputnya. Di samping itu, sifat bakhil juga telah membuktikan ketidaksempurnaan iman seseorang dalam menjalankan perintah dan larangan Allah s.w.t. Hal ini menyebabkan kehidupan orang bakhil seringkali dirundung kesusahan dan kesempitan.

Kebaikan sifat pemurah
Sanjungan dan pujian sentiasa mengiring kehidupan seorang pemurah malah ia termasuk dalam senarai orang yang bertemankan manusia mulia dari orang- orang soleh, para nabi dan rasul. Si pemurah mengutamakan kehilangan kepada kebajikan dari kehilangan di luar kemahuan dan kemampuan sebagaimana si bakhil. Oleh itu, ia disukai dan didoakan kehidupan yang baik kepadanya walaupun ia telah meninggal dunia. Sifat pemurah diwarisi oleh para anbiya’ seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan Nabi Ismail. Pengorbanan dan pemurah sangat berkaitrapat kerana ia mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. 





Dua sifat yang paling diagong-agongkan oleh Bangsa Arab dan selalu dijadikan kebanggaan ialah sifat berani dan pemurah.sebaliknya dua sifat yang di paling dibenci oleh mereka ialah sifat pengecut dan bakhil.Pembesar-pembesar arab sering berlumba untuk mendapatkn gelaran ini untuk menentukan kuasa dan kedudukan mereka dalam kalangan orang arab.

Sifat pemurah yang ada pada Rasulullah bukanlah satu sifat yang di buat-buat  akan tetapi wujud dalam diri baginda sejak azali lagi.Baginda mempunyai sifat pemurah yang paling tinggi dan terpuji.sifat pemurah baginda bukanlah bertujuan untuk mendapatkan pujian dan sebagainnya,akan tetapi untuk jalan Allah.Sifat pemurah baginga sangat membantu dalam melancarkan proses dakwah baginda untuk mengembangkan agama islam.
Sifat pemurah baginda merupakan suatu pengorbanan dari kepentingan diri dan keluarga untuk kepentingan orang lain yang sangat memerlukan kepadanya.Rasulullah membelanjakan semaksima yang mungkin pada jalan Allah tetapi semanima mungkin untuk keperluan diri dan keluarga.Setiap pemberian tidak pernah megharapkan balasan.

Sebagai contoh sifat pemurah Rasulullah (s.a.w) ialah,suatu hari seorang telah membawa 90,000 dirham lalu di letakkan di atas tikar.Kemudian  Rasulullah (s.a.w) pun menghampirinya lalu membahagi-bahagikannya.Tidak seorang pun yang ditolak permintaannya sehinggalah habis wang tersebut.
Kita sebagagai umat islam yang akan mewarisi dakwah Rasulullah (s.a.w) haruslah mencontohi sifat pemurah baginda.Baginda akan merasa malu sekirannya orang datang meminta padanya dan kembali dengan tangan kosong.Baginga akan berusaha untuk memastikan setiap permintaan akan dipenuhinya.Sifat pemurah yang ada pada baginda tiada tolak bandingnya.


Rawatan Amali
Supaya rawatan itu benar-benar berkesan maka rawatan ilmu itu hendaklah disusuli dengan rawatan amali.Di antara rawatan amali yang boleh disimpulkan:

Pertama:Membiasakan bergaul dengan golngan fakir yang bertakwa dan menjauhkan diri dari golongan kaya lebih-lebih lagi yang jauh dari batasan agama,cara ini biasanya boleh mendekatkan dri kepada Allah.

Kedua:Apabila kita mengetahui kebaikan sifat pemurah dan keburukan sifat bakhil,hendaklah segera melakukan sifat pemurah sebelum di sanggah oleh syaitan.

Ketiga:Membiasakan diri dengan sifat pemurah secara beransur-ansur sehingga ianya menjadi satu kebiasaan atau tabiat dalam diri kita seperti salalu bersedekah.

Keempat:Kita boleh menggunakan tipu helah dalam menangani penyakit bakhil,sebagai contohnya kita boleh bersedekah dengan ada perasaan riak,apabila  bersedekah itu sudah menjadi tabiat dalam diri kita maka perlahan-lahanlah kita menghakis perasaan riak tersebut dengan memikirkan kebaikan-kebaikan yang di janjikan Allah kepada orang yang besifat dengan sifat pemurah.

Kelima:Jika di tawfiqkan Allah akan ditemukan dengan seorang guru yang beleh memimpin dalam menjalani rawatan penyakit hati ini,sehingga dapat dibuang sifat bakhil dala hatinya.

wallahu'alam...........hindari mazmumah, hiasi dengan mahmudah....

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran