Thursday, October 7, 2010

Jenis Tort Nuisance


Kacau- ganggu persendirian merujuk kepada ketidakwajaran terhadap penggunaan tanah. Dengan demikian, kacau- ganggu termasuklah kerosakan yang bukan bersifat fizikal seperti bunyi bising yang mengganggu keselesaan atau kemudahan plaintif. Walaupun demikian, kacau- ganggu juga turut melibatkan kerosakan yang bersifat fizikal kepada tanah seperti mengeluarkan atau menggunakan saluran air daripada tanah milik plaintif.
            Biasanya, plaintif akan mengadu terdapatnya penyerangan atau pencerobohan terhadap tanah miliknya yang merupakan kesan daripada aktiviti yang dilakukan oleh pihak defendan. Walaupun aktiviti yang dilakukan oleh defendan tidak semestinya kesalahan yang dilarang namun aktiviti tersebut telah menjadi kacau- ganggu terhadap tanah milik jirannya atau pihak plaintif.  Pencerobohan atau ketidakselesaan berikutan aktiviti tersebut mestilah bersifat nyata dan ketara menggugat plaintif atau merugikannya jika aktiviti itu tidak dibendung.

            Perbezaan antara pencerobohan (trespass) dengan kacau- ganggu (nuisance) ialah bentuk gangguan tersebut. Dibawah kesalahan pencerobohan hanya melibatkan gangguan yang bersifat secara langsung manakala kesalahan tort kacau- ganggu pula sebaliknya. Perbezaan kedua pula merujuk kepada tujuan remedi dikenakan terhadap kesalahan tort kacau- ganggu adalah untuk melindungi atau memberi keselesaan kepada plaintif akibat daripada gangguan yang tidak sepatutnya oleh pihak defendan. Tujuan tersebut tidak berlaku ke atas remedi bagi kesalahan pencerobohan kawasan oleh pesalah. Sebagai contoh, kesalahan kacau- ganggu boleh melibatkan ketidaknyataan objek yang mana menyebabkan gangguan tidak langsung kepada plaintif seperti bunyi bising dalam kes Hollywood Silver Fox Farm v. Emmett (1936).

            Begitu juga, perbezaan yang wujud antara kacau- ganggu persendirian dengan kecuaian. Tort kacau- ganggu persendirian tidak memerlukan pembuktian terhadap penjagaan tugasan sebaliknya dihadkan kepada tanah sahaja yang merujuk kepada penggunaan yang wajar terhadap tanah tersebut. Terdapat 3 ciri pensabitan kesalahan tort kacau- ganggu persendirian iaitu sebab- musabab gangguan, ketidakwajaran gangguan, dan hak plaintif serta penggunaan ke atas harta bendanya atau tanah miliknya.


Kacau- ganggu awam timbul apabila terdapat gangguan ke atas hak-hak awam, misalnya halangan atau gangguan atas lebuhraya. Kacau- ganggu awam merupakan satu kesalahan jenayah dan juga tort.

Kacau- ganggu ini wujud dalam situasi mana-mana ahli masyarakat awam boleh membuktikan kewujudan kacau- ganggu tersebut dan kemudaratan yang dialaminya lebih besar daripada ketidakselesaan  yang dideritai oleh masyarakat awam keseluruhannya. Hal ini tidak memerlukan pelanggaran atau pencerobohan tanah persendirian, tetapi memadai dengan perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan orang awam

            Kacau ganggu awam telah dibuktikan dalam kes Majlis Perbandaran Pulau Pinang vs Boey Siew Tan & Ors [1978] 2 MJL 156, 158 yang mana mahkamah telah memutuskan bahawa sesuatu kacau ganggu itu merupakan kacau- ganggu awam sekiranya ia secara material menggangu keselesaan atau kemudahan sesuatu kelas masyarakat dalam kawasan tersebut. 

            Selain itu, dalam kes Attorney-General vs PYA Quarries Ltd [1957] 2 QB 169, 184 [1957] 1 AII ER 894, 902 pula, mahkamah telah menyatakan bahawa kacau- ganggu awam timbul apabila sesuatu tindakan atau aktiviti defenden itu mengganggu keselesaan dan kemudian munasabah segolongan masyarakat di dalam sesebuah komuniti tertentu.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran