Wednesday, October 27, 2010

Istibdal Wakaf

gambar hiasan semata..bukan harta wakaf tapi mungkin boleh diwakafkan 'kampung' tersebut.. ;-)


pastinya bagi yang menceburi bidang hartanah atau pengurusan tanah atau seumpamanya, istilah istibdal wakaf sudah sebati dengan dirinya, namun istilah ini masih baru bagi ana dan sesiapa yang kurang terdedah padanya, sebagai penjelasan awal, istibdal wakaf merujuk kepada tindakan menggantikan harta wakaf sedia ada kepada harta lain dengan jualan, belian sama ada nilainya lebih tinggi atau sama seperti asal. umumnya, wakaf didefinisikan sebagai penahanan harta tertentu yang boleh dimanfaatkan serta kekal sifatnya pada manfaat yang dikhidmatkan, bagi tujuan kebajikan, ia juga memutuskan pengurusan dengan pemilik kerana pindah- milik turut berlaku. dari definisi tersebut, kita dapat mengetahui bahawa 'KEKAL' merupakan syarat sesuatu harta itu diwakafkan, kekal yang dimaksudkan ialah kekal dari segi sifatnya, kekal dari segi tujuannya, malah kekal dari segi kedudukannya.

namun, dalam konsep istibdal wakaf, hal ini tidak menjadi elemen utama malah ia bertentangan secara langsung dengan definisi yang dibuat..oleh yang demikian, perihal istibdal telah membincangkan perbedaan pendapat dari ulama' fuqaha, ia boleh difahami dengan pembahagian hukum mengikut kriteria harta tersebut sama ada harta alih atau harta tak alih,
harta alih merujuk kepada harta yang boleh dialihkan atau bergerak sama ada gerakan secara maya atau sebaliknya, namun pemahaman bagi harta tak alih pula adalah pada contoh seperti rumah, tanah, dan sebagainya..

pendapat pertama dari mazhab Syafii menyatakan bahawa harta alih dan wakaf untuk masjid tidak boleh di-istibdal-kan, malah penekanan larangan tersebut adalah mutlak pada wakaf masjid, sebaliknya terdapat sebahagian golongan dari mazhab yang sama memberi kelonggaran terhadap istibdal bagi harta tak alih sahaja,
pendapat kedua, lahir dari mazhab Maliki, menurut pendapat dari mazhab ini, istibdal harta alih adalah harus manakala istibdal bagi harta tak alih pula dilihat pada situasi semasa yang berlaku iaitu boleh di-istibdal-kan sekiranya harta atau tanah itu tidak mendatangkan manfaat dan keadaan fizikal atau masalah sampingan lain yang menyekat pembangunan aset wakaf tersebut..ada juga sebahagiannya menyatakan pendapat bahawa harta tak alih tidak boleh di-istibdal-kan melainkan wujudnya alasan darurat yang menghendaki tindakan atau langkah tersebut diambil kerana mungkin dengan istibdal harta tak alih itu dapat mencapai tujuan wakaf tersebut.


pendapat terakhir yang dapat dikesan berhubung dengan istibdal harta wakaf ialah dari kelompok mazhab Hanafi, pendapat ini juga telah diterima pengaplikasiannya di Malaysia yang telah dimaktubkan dalam fatwa kebangsaan 1982 pada muzakarah ke-4, mazhab Hanafi telah mengklasifikasikan hukum berdasarkan keadaan sama ada istibdal terhadap wakaf itu telah disyaratkan oleh pembuat wakaf atau tidak disyaratkan pada awalnya, sekiranya ia telah disyaratkan untuk membenarkan istibdal maka diharuskan untuk meng-istibdal-kan harta wakaf tersebut dengan harta yang lain yang mana sama keadaannya dengan tanah asal wakaf dari segi syarat- syaratnya..sebaliknya pada situasi tidak syaratkan untuk dibolehkan istibdal harta yang diwakafkan, menurut mazhab ini, ia dapat dibahagikan kepada dua iaitu melihat kepada keadaan manfaat yang dapat dicapai seandainya tidak diambil langkah gantian pada harta wakaf, sekiranya harta yang diwakafkan tidak mendatangkan manfaat maka boleh di-istibdal-kan pada harta yang lain dengan kelulusan pihak berwajib, namun jika manfaat wakaf masih terpelihara adalah tidak harus di-istibdal-kan..


langkah istibdal wakaf dimaksudkan ialah dengan menjual harta wakaf sedia ada kemudian membeli harta atau aset yang sama atau aset yang lain pada tempat yang lain sebagai ganti kepada wakaf asal atas alasan- alasan tertentu, hal ini telah dimaktubkan dalam Enakmen Wakaf (Selangor) dalam seksyen 19, jelasnya tujuan istibdal harta wakaf adalah sama dengan pembentukan saham atau sijil wakaf iaitu sebagai inisiatif bagi menggelakkan pembekuan harta wakaf sekaligus mendorong pembangunan terhadap harta wakaf yang sedia ada, di samping itu, secara peribadinya, ana melihat langkah ini adalah idea yang menarik untuk diaplikasikan memandangkan keadaan semasa dan mengaplikasikan wakaf sebagai salah satu janaan ekonomi umat Islam yang utama.

sentuh sedikit mengenai elemen- elemen asas tentang wakaf terutamanya jenis- jenis wakaf yang wujud dalam Islam, ia merangkumi 2 yang utama iaitu wakaf khayri (kebajikan) dan wakaf dhurri (kekeluargaan), di samping itu, wujud juga wakaf am, wakaf khas, dan wakaf zuriat, ada juga satu lagi wakaf yang bersifat kumpulan atau kelompok iaitu dikenali sebagai wakaf mushtarak, Di Malaysia, pembangunan dan pengurusan serta penggunaan harta wakaf tanpa mengira jenisnya adalah dibawah pemantauan pihak Majlis Agama Negeri yang diketuai oleh seorang nazir, tugas seorang nazir dan pembantunya merangkumi hampir keseluruhan perihal berkaitan wakaf



ringkasnya, wakaf adalah sebuah institusi yang perlu diberi perhatian yang lebih luas kerana keupayaannya dalam memberi sumbangan besar kepada umat Islam terutamanya, oleh yang demikian, latihan dan mungkin kursus berkenaan melahirkan pentadbir wakaf yang cekap lebih diperlukan supaya tujuan harta wakaf tersebut dapat dicapai dengan jayanya,
wallahua'alam..........

1 pendapat:

nisanoh said...

Assalamualaikum sis. Boleh tahu buku/sumber apa sis guna? Sebab nak rujuk lebih lanjut. Terima kasih sis

Post a Comment

syukran kasiran