Monday, October 25, 2010

Intro for WASIAT


5.17a.m, 25 oct 010, monday- ana yakin tiada siapa yang terlepas dengar pada perkataan 'wasiat' meskipun mungkin peratusan dalam memahaminya masih belum tahap yang memuaskan, bukan kerana kekangan masa atau sebagainya sebaliknya mungkin kerana kurang kesedaran mengenainya, 'wasiat' adalah sinonim dengan harta dan pengurusannya dalam Islam, ia dijelaskan dalam surah al-baqarah ayat 180 yang bermaksud:

'kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan orang bertaqwa'

walaupun ayat tersebut telah dinasakhkan oleh ayat mawarith pada surah an-Nisa ayat 11, 12 dan 176 namun kesinambungan wasiat untuk diaplikasikan masih digalakkan mengikut kadar yang tidak melebihi 1/3 berdasarkan hadis dari Sa'ad bin Abi Waqqas serta amalan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali yang pernah mewasiatkan harta mereka. oleh yang demikian, jumhur ulama sepakat berpendapat bahawa hukum berwasiat adalah mengikut keadaan iaitu ia boleh menjadi wajib jika ditunaikan seperti hutang, sunat, haram, harus, dan makruh mengikut keadaan yang mempengaruhi wasiat tersebut. sekiranya pengaruhnya lebih kepada makruh maka sekaligus meletakkan hukum yang sama pada wasiat tersebut..
(betulkan ana jika ada salah dikesan)
..................................................................................................................................

umumnya ada 4 jenis wasiat yang boleh diamalkan oleh umat Islam, iaitu wasiat mutlak, wasiat am, wasiat khas, atau wasiat bersyarat..pada jenis wasiat yang lain mungkin mudah untuk difahami namun kekeliruan akan timbul jika tiada penjelasan pada wasiat mutlak dan wasiat am, perbezaan antara kedua jenis wasiat ini ialah wasiat mutlak adalah lebih umum daripada wasiat am kerana wasiat mutlak didefinisikan sebagai wasiat yang dilakukan secara bebas, tanpa syarat, tanpa menyatakan penerima, tanpa menyatakan tujuannya, tanpa masa dan tempoh, namun wasiat am pula merujuk kepada wasiat kepada orang umum seperti sebuah kampung, bandar, termasuk orang kafir juga yang mungkin mendiami tempat tersebut..menurut mazhab hanbali, wasiat am adalah ditujukan kepada orang Islam sahaja sebaliknya jika seorang sahaja muslim mendiami tempat tersebut manakala majoritinya adalah orang kafir maka menurut mazhab Hanbali, wasiat tersebut adalah sah ditujukan kepada semua.
................................................................................................................................................

wasiat bukan sahaja boleh kepada ahl waris yang tidak mendapat harta namun ia juga boleh kepada orang lain selagi mana ia tidak melebihi kadar, dan harus diingati bahawa wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian malah wasiat boleh diubah jika pewasiat masih hidup pada bila- bila masa mengikut kehendaknya, sekiranya harta yang diwasiatkan adalah melebihi kadar maka ia mestilah mendapat persetujuan daripada ahl waris yang berhak ke atas harta tersebut..nilaian harta yang ada pada waktu kematiannya sahaja diambil kira bukan pada ia melakukan wasiat, hal ini menurut jumhur fuqaha'..oleh yang demikian, jika harta yang diwasiatkan akan berlaku pertambahan atau kerosakan, maka nilai pertambahan dan kerugian dari kerosakan itu tidak menggugat pembahagian harta pada kadar wasiat dibuat..bagi pewasiat yang tidak menyatakan kadar harta wasiatnya maka ia terpulang kepada ahl waris untuk menentukannya, sebaliknya jika kes bagi harta wasiat pada penerima yang ramai maka keutamaan mengikut susunan atau kadar yang lebih tinggi antara penerima tersebut.
...............................................................................................................................................

wasiat bukan sahaja boleh pada fizikal harta namun ada juga pendapat ulama' yang menyetujui wasiat pada manfaat harta sahaja seperti manfaat daripada sewaan harta sedangkan fizikal harta tersebut masih milik waris, namun pada keadaan tersebut, terdapat banyak persoalan yang timbul sejauh mana manfaat itu tertakluk kepada penerima wasiat?
........................................................................................................................................


Fuqaha’ mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali membolehkan penerima wasiat memanfaatkan semaksimum mungkin harta manfaat yang diperolehi seperti menyewakannya,meminjamkannya atau mewasiatkan semula manfaat tersebut selagi perbuatannya itu masih dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan dalam wasiat tersebut.Tetapi jika terdapat sekatan atau larangan yang jelas ke atas penerima wasiat dari melakukan tindakan sedemikian maka penerima wasiat hendaklah menggunakan harta manfaat itu sendiri. Berlainan pula dengan fuqaha’ mazhab Hanafi yang menyatakan penerima wasiat manfaat tidak boleh menyewakan atau meminjamkan kepada orang lain atau sebagainya yang berbentuk melepaskan penggunaan harta itu kepada orang lain.


walaupun demikian, penerima tidak boleh bertindak menjual atau memindah milik harta wasiat tersebut untuk manfaatnya kerana ulama sepakat melarangnya berikutan fizikal harta tersebut bukan miliknya secara mutlak, di samping itu, penjagaan terhadap manfaat seperti baja, racun pada tanaman yang diwasiatkan adalah dibawah tanggungan penerima, malahan tempoh manfaat tersebut juga boleh ditetapkan oleh pewasiat atau ahl waris kepada penerima,

jelasnya, fungsi wasiat adalah penting bagi mengurangkan pertelegahan antara ahl waris terhadap harta yang ditinggalkan, di samping bertindak sebagai bantuan terhadap yang memerlukan sekaligus menjadi saham selepas kematian yang berhubung dengan pewasiat selepas amalannya yang lain tidak bernilai lagi..wasiat yang dijanjikan tersebut mampu menjadi kebajikan pahala berterusan sekiranya ia disalurkan pada jalan sebenar yang digariskan syarak.

kini, pengurusan wasiat semakin efesien dan teratur termasuk aplikasiannya di Malaysia, buktinya Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai enakmen wasiatnya sendiri, oleh yang demikian, wasiat boleh dibangkitkan di mahkamah jika timbul ketidakpuasan antara ahl waris atau pertikaian yang perlukan kehakiman oleh mahkamah syariah, di samping itu, wujud juga pengurusan dari badan- badan tertentu dalam membantu masyarakat dalam memahami dan menggunakan elemen wasiat sebagai sebahagian dari cara pembahagian harta yang akan ditinggalkan..

cara wasiat disampaikan boleh dengan tulisan, isyarat atau lisan, namun ulama' lebih bersetuju jika ia dilakukan dengan tulisan, kerana ia lebih diakui kesahihannya di samping mensyaratkan saksi bagi cara wasiat melalui lisan, namun apa yang penting wasiat tersebut mestilah jelas kehendaknya untuk tujuan wasiat, tidak sah andainya wasiat pada tujuan maksiat kerana wasiat disyariatkan bukan untuk memusnahkan umatnya dengan menggalakkan supporter pada maksiat dan dosa, oleh yang demikian, celikkan hati dan jernihkan diri dari kejahilan dengan ilmu sebelum bertindak kerana mungkin disebabkan kejahilan dan ambil ringan sehinggan memungkinkan niat baik wasiat diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...........




beberapa link ceramah ringkas berkaitan wasiat yang dapat dikongsikan bersama:


http://www.almuttaqin.tv/video_papar.php?id=1044 



http://www.almuttaqin.tv/mp3_papar.php?id=810 



http://www.almuttaqin.tv/mp3_papar.php?id=1170 



http://www.almuttaqin.tv/mp3_papar.php?id=508


http://www.warisanmukmin.com/ 


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran