Sunday, October 17, 2010

diriku milik-Mu

frasa 'perempuan adalah kaum yang lemah' sudah lazim disuapkan ke dalam ruang telinga seseorang sama ada lelaki mahupun perempuan, yang kecil, yang besar dan seumpamanya semua tiada yang ketinggalan dari mendengar even once times in their life, but actually not a women only layak digelar lemah sebaliknya Allah telah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 28 yang bermaksud

" manusia dijadikan bersifat lemah"

kelemahan manusia telah dinyatakan secara ringkas oleh Ibnu Ata'iyyah dalam kitabnya al-Hikam yang merangkumi kelemahan kerana dipengaruhi hawa nafsu, kelemahan diwas- waskan oleh syaitan serta kelemahan dari fizikal jasad manusia itu sendiri, sebagai contoh, seseorang tidak mampu mengangkat tangannya sendiri tanpa izin Allah, buktinya terdapat manusia yang lumpuh sebelah atau strok, malah akal yang menjadi kelebihan kepada manusia sebagai sebaik- baik ciptaan daripada binatang dan tumbuhan atau planet dan sebagainya juga terbatas pemikirannya kerana ia tidak mampu menjangkau sesuatu yang tidak nyata/ ghaib,

namun

dalam kelemahan yang dihadiahkan, Allah turut membina sebuah kekuatan yang dikembalikan kepada roh seseorang itu, dan kekuatan roh ini perlu dijana selalu kerana percanggahan yang berlaku dengan keberadaan kelemahan semulajadi pada ciptaan manusia itu, kekuatan roh tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun ia telah diterjemahkam oleh hati yang berperanan mendorong niat dan tindakan seseorang itu, roh dan hati yang sihat dengan janaan syariat akan sentiasa menghidupkan hati itu, dan hati yang hidup adalah hati yang dirahmati-Nya sedangkan hatinya mati adalah kerana rohnya tidak dijana..makanan roh bukan seperti bijirin, atau piramid makanan tu sebaliknya ia berupa spiritual seperti fitrahnya antaranya membaca al-Quran, zikirullah, tazkirah, munasabah, dan seumpamanya..

keperluan kepada hati yang hidup bersama janaan roh yang sihat adalah kerana ia adalah jambatan kepada puncak cinta yang agung serta rasa kehambaan yang menjadi matlamat hidup manusia dijadikan iaitu untuk beribadah kepada Allah
pelakuan zahir tanpa penghambaan bukanlah ibadah menurut Ibnu Ata'iyyah lagi, penghambaan manusia itu wujud apabila perasaan 'perlu' terhadap sesuatu terhadap seseorang itu, Allah telah berfirman dalam surah al-Fathir ayat 15 yang membawa maksud

"hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah: dan Allah, Dia-lah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi terpuji"


apabila manusia mempunyai rasa 'perlu' kepada Allah maka penghambaan dan sentiasa mengharap bantuan dan pelindungan-Nya terus dipohon tanpa jemu, namun kerana percanggahan dari kelemahan tadi, manusia sering tewas dari istiqamahnya dan tetap terdedah kepada dosa dan maksiat, namun kerana kasih- sayang Allah itu luas dan pintu taubat-Nya sentiasa menanti tetamu,  keinsafan dari terbabas ke lurah dosa akan mengembalikan penghambaan dalam dirinya serta akur dengan kelemahannya yang memerlukan Allah, Maha Berkuasa akan segala sesuatu..oleh yang demikian, hendaklah seseorang itu tidak bercita- cita untuk menjadi maksum sebagaimana Rasul dan Nabi, utusan Allah..kerana peringatan Ibnu Ata'iyyah pada frasa ini boleh dijadikan renungan bersama

'kemaksuman hanyalah boleh diganti dengan kesedihan seseorang hamba di atas ketaatan yang dilaluinya disebabkan belenggu nafsu dan kelemahannya'

kesedihan itu akan membawa kelahiran penyesalan dan ketundukkan pada Qudrat Yang Esa untuk mohon pertolongan dan bertaubat kembali mengaut benih- benih cinta Illahi untuk ditanam di kebun iman, agar buah dan bunga taqwa serta penghambaan terus mekar menghiasi taman seorang insan itu, sebagaimana firman Allah dalam kalam-Nya yang bermaksud:

"siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?"

seseorang akan sujud dan tunduk syukur dengan penuh penyesalan pada Yang Esa setelah menyedari atau berasa sedih dengan kelakuan atau ketaatannya yang berlandaskan nafsu dan kelemahannya..keistimewaan ini tidak wujud melainkan manusia menyedari kelemahannya dirinya dengan segala masalah dan dugaan serta dosa yang dilakukannya,
betapa besar kasih Allah..sungguh manusia sangat beruntung..hayati bait lirik lagu ini dendangan star five yang bertajuk penghambaan..




Samudra biru..
Bebas..
Lepas..
Luas..
Tak seperti penghambaanku
Yang masih terbatas
Seribu luka dosa yang makin menganganga
Takkan terobati dengan ribuan pahala yang cuma sebelanga
Kecuali…
Kecuali bila Engkau sudi ya Robb..
Robb..
Ampuni diri ini
Ampuni diri ini
Sampai sembuh kembali
Dibanyak malam aku berdoa
Karena diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela
Di banyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mata ku mengurai
Tak akan desah mampu terlerai
Ya Allah, hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukkan cahaya
Ya Allah, Engkau.. satu yang mampu
pertolonganMu selamatkan aku
tiada daya aku tuk melangkah
bertemu denganMu pun aku tak kuasa
tapi kepada siapa lagi ku memohon
selain kepadaMu
kembali aku
di banyak hari aku mencoba
sebut Nama untuk mengingatkan
agar tak mengulang salah-salah yang sama
salah yang selalu berakhir penyesalan
memang penghambaanku belumlah sempurna
segala nilai ibadah masih terpatri duniawi
segala nilai yang malang masih terpatri pujian
ya Allah, tetapkan imanku untuk terus di jalanMu
tiada daya aku tuk melangkah
bertemu denganMu pun aku tak kuasa
tapi kepada siapa lagi ku memohon
selain kepadaMu
tiada daya aku tuk melangkah
bertemu denganMu pun aku tak kuasa
tapi kepada siapa lagi ku memohon
selain kepadaMu
kembali aku…
aku adalah setitik buih ombak di lautan dunia
tuntun aku ya Robb
agar sampai ke pantaiMu
untuk menghaturkan
segala penghambaanku yang kupersembahkan
hanya kepadaMu
(Penghambaanku – Star Five)


ku ingin selamanya menjadi milik-Mu, pahit rindu dan cinta pada-Mu, ku akan telan dgn manisnya sabar..dalam mujahadah ini



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran