Wednesday, September 8, 2010

wanita dlm kehakiman syarie

pelbagai perbincangan hangat menyentuh perihal wanita yang semakin memuncak berbanding zaman dahulu, wanita hanya diletakkan di dapur dan di rumah untuk melakukan pekerjaan fitrah sebagai isteri dan anak, tapi kini wanita sudah mampu menjadi pesaing hebat bagi lawannya, siapa yang terleka dan lambat pasti akan ditinggalkan dan kalah samada dalam bidang pemerintahan, pentadbiran, ataupun kehakiman..wanita semakin menyerlah peranannya malah telah ramai tokoh yang hebat lahir dari kalangan wanita..
dalam perbincangan kajian pengetahuan dan perkongsian kali ini, ana cuma nak kongsikan dalil dan hukum yang berkaitan dengan wanita dalam bidang kehakiman sahaja,


pertama sekali, ana mulakan dengan individu yang penting dalam bidang ini, iaitu hakim yang juga merupakan ketua kepada sesebuah mahkamah.. baru- baru ini sebagaimana yang diketahui, pelantikan hakim wanita telah dimulakan dalam kehakiman syarie di Malaysia..
antara link dari perbincangan dan pendapat berkenaan situasi tersebut oleh beberapa orang peguam

http://datomuhdasri.blogspot.com/2010/09/hakim-syarie-wanita.html

http://alwakalah.blogspot.com/2010/07/perbezaan-pendapat-di-sebalik.html

pendapat daripada Dato' Muhammad Asri sama seperti pendapat Mahmood saedon yang ana telah temukan dalam sebuah artikel karya Dr. Amir Husin, pensyarah undang- undang keterangan dan selaku ketua jabatan Syariah UKM,
menurut penelitian ana, dalil yang digunakan adalah sama dalam mana- mana artikel sekalipun, jadi ana tidak akan nyatakan ia di sini, ana cuma tambahkan beberapa pengetahuan yang belum disebutkan dalam kedua- dua artikel tersebut. Dr.Yusuf Al-Qaradawi juga merupakan antara kelompok yang bersetuju dengan pendapat dari mazhab Hanafi pada situasi ini namun beliau tidak menafikan bahawa wanita terdapat dalam kelemahan pada fizikalnya seperti keadaan emosi terlalu ketika haid, oleh yang demikian, beliau menerima hakim wanita yang tidak menghadapi masalah tersebut serta mempunyai kepakaran dalam bidang kehakiman, di samping itu, al-Qaradawi juga menyatakan bahawa hadis tentang

"tidak akan berjaya urusan yang diserahkan kepada wanita" 

adalah merujuk kepada khalifah atau jawatan tinggi dalam pemerintahan sedangkan dalam sebuah negara kehakiman merupakan sebahagian dari cabang bawah khalifah jika dilihat pada dawlah atau kerajaan terdahulu, dengan itu, al-Qaradawi menerima wanita dilantik sebagai hakim.. al-Shalabi turut menyokong pendapat tersebut..(sila rujuk, artikel Dr. Amir Husin, m/s 65 dalam karya Al-Syariah: kehakiman Islam jild 2)

dalam kesempatan tersebut, ana sempat menjenguk tafsir dalam kitab Tafsri Mubin Jilid 1 m/s 376 terbitan DBP berkenaan surah al-Nisa ayat 34 yang menyatakan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita..sebab nuzul ayat telah diriwayatkan oleh Ibn al-Rabi' bahawa seorang mertua mengadu kepada Rasullullah tentang sikap menantunya seorang pemuka Ansar bernama Sa'ad yang sering mencederakan anaknya setelah mengahwini anaknya.. dalam tafsiran menurut kitab ini telah meletakkan kedudukan mereka (suami) sama seperti kewajipan pemerintah dalam sebuah kerajaan yang memandu rakyat jelatanya..ia kelihatan sinonim dengan pendapat Dr.Yusuf al-Qaradawi..tafsiran ayat yang sama dalam kitab tafsir syed qutb akan ana postingkan kemudian kerana belum sempat meneliti isi kandungannya walaupun bahan tersebut sudah diperolehi.

dalam kitab al-sultah al-qadha'iyah wa syaksiah, al-Bakr telah membezakan antara kesaksian dan hakim sebagaimana mazhab hanafi yang menerima pelantikan hakim wanita berikutan dengan hadis bahawa kesaksian wanita diterima dalam bidang kehakiman..

di samping itu, Dr.Amir Husin juga menyatakan penelitiannya bahawa sejarah tidak pernah merekodkan akan kewujudan situasi perlantikan wanita sebagai hakim, namun keadaan tersebut telah berbeza dewasa kini apabila banyak negara luar membenarkan pelantikan hakim syarie wanita.

pada pandangan peribadi, ana sedikit bersetuju dengan pandangan Dr.Muhammad Asri, namun ada timbul juga sedikit kekhuatiran tentang keadaan fitrah kelemahan wanita dalam melakukan penghakiman, walaupun undang- undang serta prosedur telah wujud di Malaysia namun keadaan undang- undang tersebut belum mampu dibanggakan lagi, terutamanya dalam kes yang memerlukan budi bicara hakim tersebut dalam memutuskan kes..dan ana juga sedikit bersetuju dengan fakta sejarah yang dikemukan dalam artikel Dr.Amir Husin.

seterusnya, wanita sebagai pendakwa atau hisbah, tugas pendakwa boleh dirujuk dengan click pada link

http://tajfarhah86.blogspot.com/2010/04/perbezaan-pendakwa-syarie-dan-pendakwa.html

dalam lipatan sejarah semasa pemerintahan Saidina Umar, beliau pernah melantik Umm al-Syifa' sebagai hisbah, malah al- Mawardiy juga berpendapat bahawa pendakwa tidak semestinya lelaki sebagai syaratnya, pendapat ini mendapat sokongan daripada Imam Ibn Taimiyyah.

dan akhirsekali ialah peguam atau diistilahkan dengan wakalah al- khusumah menurut artikel yang membincangkan secara detail berkenaannya oleh Datin Siti Zalikha yang juga merupakan pensyarah undang- undang jabatan Syariah di UKM, secara umumnya al- Sarakhsi dalam kitabnya al-Mabsut menyatakan bahawa hukumnya adalah harus kecuali dalam kes hudud, qisas, dan ganti rugi yang dipulangkan atas sebab kecacatan

jika berkesempatan ana akan sambung keadaan ini dari sudut pandangan dalam undang- undang syariah di Malaysia, namun keadaan sekarang tidak mengizinkan kerana, portal e- syariah mungkin sedang di-up-grade yang menyebabkan ana terhalang untuk mencari enakmen yang berkaitan..
sebagai kesimpulan, wanita dalam kehakiman adalah antara bidang yang mencabar, malah ia juga merupakan bidang yang berisiko berikutan konsep keadilan yang menjadi keutamaan pada bidang ini, oleh yang demikian, hujahan yang diberikan juga adalah  perlu berlandaskan pada matlamat keadilan dalam pensabitan sesuatu kes, bagi peguam dan pendakwa perlu memahami dengan baik bahawa mereka adalah bertujuan untuk membantu hakim membuat penghakiman dengan adil, begitu juga dengan hakim perlu meneliti sumber dan keterangan supaya kes dapat meletakkan hak seseorang pada tempatnya
wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran