Wednesday, September 8, 2010

renungan Malam

aidilfitri bertandang lagi bagi sesi 1431H bersamaan 2010, baju raya awal lagi dah beli, sebab tu bankrupt awal, dapat la dua pasang, maklum dah besaq2x ni, kakak- kakak tak mau tanyakan baju raya nak colour apa dah, it's ok, small matter..
sempena hari raya yang bakal menerjah sinar kegembiraannya, ana hadiahkan sebuah madah buat diri sendiri terutamanya dan juga yang sudi membacanya, ini adalah karya spontan..dimulakan dengan lafaz pujian pada-Nya
1
2
3
mula.......
tajuknya : SYAWAL is eid Fitri

sinarnya bukan calangan,
bukan juga dustaan,
ia adalah kebenaran tentang sebuah kemenangan
kemenangan itu..dari sebuah kesabaran dalam jihad Ramadhan
hanya insan yang berjaya
akan merasai kebenaran kemenangan itu,
namun, jangan kita lupa..
syawal yang hadir jua ada yang bersedih,
dengan syukur semua akan berubah dengan girang,
meski mana tempat kita,
sedih
suka
seronok
jangan sesekali lupa untuk bersyukur pada-Nya,
kerana syawal lebih bermakna jika disambut bersama
iman, dan syukur akan nikmat-Nya,
aduhai insan,
entah mengapa hatiku sayu akan aidilfitri,
inginku sertai kesedihan mereka, tapi ku lihat mereka tetap gembira biarpun
tidak dapat menyentuh tangan ibu dan ayah,
hanya saudara senasib sahaja yang bisa menghulurkan salam pagi raya,
wahai adik2x ku,
sesungguhnya, diriku amat mengagumi kalian,
tidak bisa ku jalani hidup setabah kalian,

adik yg timbulkan keinsafan padaku saat melihatnya suatu ketika dulu

adik- adik yg ku kagumi kerana diriku tak mampu seperti mereka,
-rumah anak yatim baitul kasih, sungai buloh-

sahabatku,
andai kau atau diriku berkesempatan untuk berbakti pada mereka, pergilah gembirakan hati mereka walau hanya seketika, bantulah dengan apa jua yang kau mampu, kerana sesungguhnya mereka membantu memberi peringatan dalam menginsafi diri kita untuk sentiasa bersyukur..
kepada adik- adik yang diingati,
teruskan hidup biarpun payah sendirian tapi yakinlah pada Allah dan bantuan-Nya,
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran