Thursday, September 2, 2010

lailatul qadar vs nuzul al-quran

alhamdullillah, ana baru sahaja dapat jawapan dari persoalan yang timbul pada posting yang lepas, walaupun tidak semua persoalan terjawab namun sekurangnya hampir 50% telah terjawab dengan sumber yang boleh diyakini..berikutan dari itu, ana pastekan jawapan- jawapan yang ana perolehi bersama sumbernya

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

sumber: Dr.Samsu Adabi Mamat
            Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
            Tarikh :   03 October 2006
            [Zakaria Bin Othman]
            Editor : PRO JAKIM


Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : “Bacalah”, baginda menjawab : ” Saya tidak tahu baca”.
        Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :”…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :” Bacalah” lalu saya menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :” Bacalah”, saya tetap menjawab :” Saya tidak tahu membaca”. Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-’Alaq yang bermaksud:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.

Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB)
PT 929 WISMA PONDOK,
Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
 

itu sahaja jawapan yang mungkin dapat menghilangkan kekaburan, terima kasih pada Qalbunnisa' yg telah menyumbang jawapan, dan insyaAllah, ana akan cuba tambahkan jawapan agar ia dapat dijelaskan lagi,

tambahan: 
dalam kegelisahan untuk pulang berhari raya, ana sempat berkunjung ke library untuk mencari bahan, dan dengan izin Allah, ana terlihat sebuah buku yang ana pernah belajar dengannya suatu ketika dulu, iaitu pengantar ulum al-Quran karya ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin yang membicarakan secara detail perihal al-Quran termasuk menjawab persoalan tentang ketidakpastian ana berkenaan hubungan antara dua tarikh sejarah tersebut iaitu nuzul al-Quran dan Lailatul qadar.


di sini, diperjelaskan bahawasanya penurunan al-Quran atau nuzul al-Quran berlaku pada dua situasi iaitu secara jumlatan atau sekaligus dan kedua dengan berperingkat- peringkat atau munajjaman..pada peringkat jumlatan menurut pendapat yang paling rajih dari Ibn Abbas dan majoriti ulama berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadar ayat 1, surah al-Dukhan ayat 3 dan surah al- Baqarah ayat 185 menyatakan bahawa al-Quran diturunkan sekaligus pada malam al-qadar iaitu pada 10 malam terakhir Ramadhan..hal ini telah direkodkan dalam riwayat oleh al-Baihaqi, al-Hakim dan an-Nasai'i, malah al-Tabarani juga ada meriwayatkan menyatakan bahawa

" al-Quran diturunkan pada malam al-qadar dalam bulan ramadhan ke langit dunia secara sekaligus kemudian diturunkan secara beransur- ansur."

penurunan sekaligus yang dimaksudkan dalam pendapat ini ialah dari luh mafuz ke baitul izzah kemudian diturunkan mengikut peringkat kedua.

dalam karya ustazah Rosmawati pada mukasurat 87 menyatakan dengan jelas bahawa al-Quran mula diwahyukan kepada Rasullullah s.a.w pada 17 Ramadhan 610 M iaitu bersamaan tarikh nuzul al-Quran dalam bulan Ramadhan. tiada dinyatakan perselisihan pendapat ulama berkenaan dengan tarikh tersebut dinyatakan dalam kajian beliau, namun berlaku perselisihan pada tempoh penurunan tersebut berlaku.


oleh yang demikian, mampukah ana membuat kesimpulan bahawa penurunan al-Quran pada malam al-qadar telah berlaku dan ia hanya sekali, oleh yang demikian, kejadian tersebut diibaratkan sebagai tarikh peringatan yang tidak diketahui dengan tepat keadaan masanya atau menjadi kerahsiaan Allah tentang lailatul qadar..jika menurut logik, tarikh tersebut tidak akan berubah dan ia adalah tetap kerana ia telah berlaku, jadi lailatul qadar juga tetap masanya dan ia tidak mungkin berlaku pada masa yang lain, namun mengapa ia tidak diketahui? melainkan ada jawapan bahawa tiada seorang pun dapat mensahihkan bahawa itulah lailatul qadar?
tetapi, telah didapati hadis yang diriwayatkan oleh Ubai bin Ka'ab bahawa beliau pernah menyaksikan lailatul qadar, walaupun demikian, hadis tersebut hanya menyatakan keadaan selepas lailatul qadar iaitu pada siang esok harinya, tidak pada kejadian lailatul qadar itu sedang berlaku?
hipotesis awal yang dapat dibuat ialah yang pertama, ia adalah rahsia Allah dan tiada yang dapat mengetahuinya walaupun detik hatinya menyakini dapat menemukan malam barakah itu, dan yang kedua, tiada hadis yang menceritakannya dengan detail tentang kejadian atau plot2x perjalanan atau keadaan yang berlaku pada masa kejadian.

itu hanyalah kesinambungan dari pendapat ana sahaja, jika ada hujahan dan maklumat, amat diharapkan agar dapat mengkongsikannya bersama.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran