Wednesday, September 1, 2010

inilah saatnya, jgn lepaskan!


 " baju raya dah beli?"
"banyak sale la time2x raya ni"
"kuih almond tak mau dah, layan snow oat plak..sedap tu"
"harap2x dapat wit raya lebih, ptptn dah makin out ni"


banyak lagi dialog lazim yang kedengaran di hujung ramadhan terutamanya ia berkaitan dengan persiapan hari raya atau hari kemenangan, tak lama lagi muncul la ia, hampir 8 sahaja lagi kita akan merasa kuih- muih raya, lemang, ketupat dan rendang dan sebagainya sebagai pelengkap kemeriahan raya di Malaysia.
tapi sebelum kita jauh memikirkan kepada saat itu, jangan sekali kita lupa bahawa ramadhan masih berbaki dan baki yang tinggal ini punyai nilaian yang tinggi..di saat inilah dijanjikan sebuah malam yang dinamakan lailatul qadar iaitu malam yang disabitkan dalam surah al-qadar sebagai lebih baik dari seribu bulan..
mengapa nilaian 1000 dijadikan pilihan? menurut sebuah buku karangan ustaz Sofwan Harun terbitan Penerbitan Jasmin sdn bhd menyatakan bahawa ia merupakan kelaziman masyarakat arab dalam menyatakan bahawa sesuatu itu mempunyai nilai yang amat tinggi atau sangat banyak, jarang berlaku dalam percakapan masyarakat arab menyebut jutaan walaupun nilai sebenar hampir juta, ia tetap mensabitkan dengan ribu..pendapat ini mungkin sebahagian dari banyak pendapat yang timbul..(selebihnya anda boleh rujuk semula)
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud

" carilah lailatul qadar itu pada 10 malam terakhir. jika kamu merasa lemah atau tidak mampu, janganlah kamu mengabaikan 7 malam terakhir"

menurut Imam Malik, hadiah lailatul qadar kepada umat Muhammad s.a.w adalah kerana umur umat Muhammad s.a.w adalah purata 60-70 tahun sahaja, ia lebih pendek dari umat terdahulu jadi lailatul qadar dihadiahkan agar umat ini dapat mencapai amalannya seperti umat terdahulu,
menyentuh sedikit dengan sejarah lailatul qadar serta keterangan dalam Al-Quran mengenainya dalam surah al-Dukhan..

حمٓ (١) وَٱلۡڪِتَـٰبِ ٱلۡمُبِينِ (٢) إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةٍ۬ مُّبَـٰرَكَةٍ‌ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ (٣


Haa, Miim. (1) Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (3)


 manakala jawapannya berhubung dengan ayat 185 dari surah al-Baqarah yang menyatakan bahawa: 




شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ

bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.


dalam bulan ramadhan turut terdapat satu tarikh di mana terdapatnya nuzul al-Quran iaitu pada 17 ramadhan, sebaliknya hadis yang menyebut mengenai malam lailatul qadar adalah pada sepuluh malam terakhir dalam bulan ramadhan..malah lailatul qadar juga disabitkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu yang mana bertepatan dengan ayat surah al-dukhan "malam yang barakah"..jadi persoalannya..di mana perkaitan dan perbezaannya antara kedua peristiwa ini?
menjawab persoalan ini, ana temui jawapan dari buku karangan ustaz sofwan harun pada mukasurat 161 dalam buku yang membincangkan mengenai puasa, lailatul qadar terbitan penerbitan Jasmin sdn bhd yang menyatakan bahawa para mufassirin berpendapat bahawa pada malam 17 ramadhan tersebut al-quran diturunkan dari luh mahfuz ke baitul izzah secara sekaligus sebelum diwahyukan kepada Rasullullah s.a.w secara mutawatir.cuma yang yg mungkin tak dapat ana jawab ialah berkenaan dengan tarikh? atau masa? berlakunya penurunan wahyu pertama iaitu surah al-alaq kepada Rasullullah s.a.w, jika sahabat dapat jawapannya sila kongsikan bersama..amatlah dialukan..
walaupun malam lailatul qadar tidak dinyatakan dengan spesifik masa ia berlaku, sehingga ada banyak pendapat ulamak dalam menentukan masanya iaitu dalam tempoh 10 hari terakhir ramadhan namun seorang sahabat Rasullullah s.a.w iaitu ubai bin ka'ab telah bersumpah bahawa beliau pernah melihat malam lailatul qadar, antara tanda yang dimaksudkan

" dan salah satu tandanya adalah pada pagi harinya cahaya matahari terbit memutih dan tidak bersinar seperti biasa" (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi)

mungkin sukar untuk kita gambarkan keadaan yang dimaksudkan oleh Ubai bin Ka'ab tersebut namun semua itu tiada mustahil jika ia diizinkan Allah untuk mengenali keadaan tersebut..namun pada pendapat ana, mungkin boleh dibezakan andai sains mengambil tempat untuk menjelaskan perkara tersebut? satu idea yang baik sebagai pengkajian baru, prespektif sains alam akan kejadian lailatul qadar.
ada lagi satu yang penting untuk kita sama mengingati diri kita bersama iaitu tindakan yang harus dilakukan andai ditakdirkan kita terpilih untuk menikmati keajaiban malam lailatul qadar itu, iaitu doa, yang diajarkan oleh Rasullullah s.a.w 

" wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun serta suka mengampuni maka ampunkanlah aku:
(HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Tirmidzi dari Aisyah)

setelah lama kita mencari lailatul qadar tetapi mengapa hanya dosa yang kita pohonkan? pasti tertanya2x mengapa tidak pinta Allah kayakan mereka atau luahkan harta dari langit untuk mereka?
wahai sahabatku..sebenarnya dosa itu lebih besar risikonya pada diri seseorang, seorang yang masih terasa berdosa bermakna hatinya masih dihidupkan Allah sedangkan jika insan yang melakukan dosa dan maksiat tanpa rasa berdetik dihatinya akan takutkan dosa, maka di saat itu tanyalah iman, apakah masih ada dihatimu?
dan kerana dosa jugalah segalanya bermula menuju kejahatan dan berakhir dengan kemungkaran Allah..apakah kita mahu ia berlaku pada diri kita?
sebelum ana melanjutkan perihal dosa dan konsepnya, ana ingin sekali berkongsi perlakuan Rasullullah dalam menyambut kedatangan lailatul qadar dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, dari Ali bin Abi Talib yang bermaksud " Rasullullah s.a.w membangunkan keluarganya pada 10 hari terakhir dan meyinsingkan sarungnya"

kita masih berbaki 8 hari untuk melatih diri menjadi hamba yang amat peka dan tahu menghargai tawaran berharga dari Allah s.w.t, satu-satunya Kuasa yang penuh kasih dan sayang pada insan yang hanya memegang status hamba, sahabatku, doakan diri ana mendapat jawapan yang ana nantikan, dari lailatul qadar ramadhan ini, 
insyaAllah..ana harapkan jawapan dari-Nya

3 pendapat:

Anonymous said...

salam..
pengisian yang bagus di akhir ramadhan ini...
cuma ada sedikit kemusykilan dengan artikel anda...
apa hubungan diantara nuzul al-Quran dengan laila al-Qadar selain kedua-duanya berlaku di bulan ramadhan?
berkaitan tarikh dan masa penurunan al-Quran dari luh mahfuz ke Bait al-izzah mengikut perkiraan saya tidaklah dapat diketahui oleh kita kerana ia melibatkan perkara-perkara sam'iyyat...(mohon maaf seandainya ada tersalah) sedangkan dalam penentuan ayat terakhir pun ada banyak berlaku kekhilafan walaupun ketika itu ada sahabat2 di sisi Rasulullah.....
hanya setakat ini sahaja...mohon maaf seandainya ada kesilapan)

Anonymous said...

mohon maaf,
saya baru saja baca artikel anda yg seterusnya mengenai hubungan nuzul al-Quran dan Laila al-Qadar...
syukran di atas perkongsian ilmu...
semoga anda dirahmati Allah ..
amin......

skyjamil said...

wslm...tak pa, ana sedia terima..malah terima kasih kerana sudi beri komen, ana dah dpt jwpnnya..alhmdulh,

Post a Comment

syukran kasiran