Monday, September 27, 2010

for lawyer to be part 9

Seperti yang telah dijelaskan Peguam Syarie memainkan peranan pnting didalam membantu mahkamah menegakkan keadilan, ianya adalah pegawai mahkamah dalam ertikata membantu hakim mengendalikan kes-kes yang dibicarakan dimahkamah Samaada perbuatan mereka membelaorang yang dituduh atau membela atau membantu orang yang telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rendah didalam rayuannya kepada Mahkamah yang lebih tinggi berdosa atau tidak, zalim atau tidakbanyak bergantung kepada niat sebenar mereka dan bukan kerana tugas dan peranan mereka sebagai peguam semata-mata.

Masalah dan cabaran yang paling hebat yang dihadapi olehPeguam Syarie dilihat dari beberapa segi:
a) Akhlaq: Peguam Syarie hendaklah berakhak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. 

b) Niat: Peguam Syarie hendaklah melaksanakan tugas dan peranannya dengan niat bagi melakukan ibadah kerana ianya adalah tugas yang mulia yang pernah dimainkan oleh para sahabat. 

c) Pengetahuan Syar’iah: Mereka hendaklah mengetahui pengetahuan syar’iah yang mendalam. Tanpa kemampuan ini tentulah mereka tidak akan berkemampuan membantu didalam mengakkan keadilan terutama yang berhubung dengan Undang-undang Syar’iah yang diamalkan di Mahkamah Syariah. Pengetahuan syariah tidak akan mendalam jika mereka tidak berkemampuan untuk merujuk kepada kitab-kitab muktabar. 

d) Undang-undang Prosedur: Peguam Syarie hendaklah mengetahui undang-undang prosedur yang diamalkan di Mahkamh Syar’iah kerana tanpa mengetahui undang-undang ini ianya akan gagal sebagai peguam. Undang-undang Prosedur terbahagi kepada dua jenis, sivil dan jenayah. 

e) Undang-Undang Keterangan dan Kanun Jenayah: Peguam Syarie hendaklah mengetahui undang-undang Keterangan Islam dan Kanun Jenayah Syar’iah yang dipakai di Mahkamah Syar’iah. 

f) Undang-undang yang berkaitan: Peguam Syar’ie hendaklah mengetahui undang-undang yang berkaitandengan tugas mereka seperti: Undang-undang Pentadbiran Hukum Syara’, Undang-undang 

 Perlembagaan dan Sistem Pemerintahan Malaysia. 

Untuk mengatasi masalah dan cabaran di atas Peguam Syarie hendaklah mempertingkatkan kemampuan mereka mendalami ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan tugas mereka. Akhlaq sebagai Islam hendaklah dihayati dan etika sebagai seorang peguam Syarie hendaklah dijaga.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran