Kehadiran Peguam Di Mahkamah Syar’iah
Umumnya terdapat empat golongan pengamal undang-undang yang di benarkan hadir di Mahkamah Syariah sebagai pendakwa atau peguam bagi pihak-pihak
1- Mana-mana pegawai undang-undang Kerajaan Persekutuan
2- Mana-mana peguambela dan peguamcara yang mempunyai sijil amalan guaman yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976
3- Mana-mana orang lain yang yang difikirkan layak
4- Mana-mana orang yang berkelayakan menjadi Peguam Syarie.
Seksyen 50(1) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Bil:3/52. menyatakan:
“Dengan tiada menghiraukan apa-apa yang tersebut dalam mana-mana undang-undang, seseorang peguam itu tidak berhak untuk mengambil bahagian di dalam mahkamah bagi mana-mana pihak di dalam satu-satu perbicaraan yang mana ianya bertentangan dengan Undang-undang Islam.”
Peruntukan ini adalah menjadi panduan dan asas kehadiran mereka, di mana Mahkamah boleh membenarkan kehadiran mereka dari mana-mana pihak untuk apa-apa kes dalam semua peringkat perbicaraan dan dalam mana-mana peringkat Mahkamah selagi tidak bertentangan dengan Undang-undang Islam.
Seksyen 50(2) pula menyatakan:
“Mana-mana peguam yang mengambil bahagian didalam perbicaraan hendaklah bercakap dalam bahasa Mahkamah atau menggunakan jurubahasa yang dipersetujui oleh Mahkamah”
Seksyen 51, menyatakan :
“Tiap-tiap pihak di dalam mana-mana perbicaraan hendaklah hadir sendiri di dalam perbicaraan perkara jenayah dan di dalam perkara mal hadir sendiri atau dengan wakil.”
Demikianlah beberapa peruntukan mengenai kehadiran peguam di Mahkamah Syariah yang terdapat di dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Bil: 3/1952. Peruntukan yang samamaksudnya juga terdapat didalam undang-undang pentadbiran Hukum Syarak negeri-negeri lain.
Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan Rang Undang-undang Pentadbiran Islam yang baru bernama Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Didalam Enakmen ini telah diadakan beberapa peruntukan mengenai Peguam Syarie.
Seksyen 55(1) menyatakan :
“Majlis boleh melantik mana-mana Pegawai Undang-undang kerajaan Persekutuan dan mana-mana Pegawai Undang-undang yang memiliki sijil yang sah dikeluarkan di bawah Akta Profesyen Undang-undang 1976 atau mana-mana orang yang berkelayakan menjadi Peguam Syarie bagi hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.”
Dalm seksyen 55(2) pula menyatakan :
“Kelayakan bagi perlantikan sebagai Peguam Syarie hendaklah ditetapkan oleh peraturan yang dibuat oleh Majlis.”
Dalam seksyen 55(3) pula menyatakan:
“Peraturan tesebut boleh memperuntukan bahawa tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Majlis dan ditandatangani oleh Pengerusi setelah dibayar yuran yang ditetapkan. Sijil tersebut hendaklah dipanggil “Sijil Peguam Syarie.”
“Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan dibawah subseksyen (3) hendaklah kekal sah bagi satu tahun daripada tarikh pengeluarannya: Dengan syarat Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkannya.”
0 pendapat:
Post a Comment
syukran kasiran