Sunday, September 26, 2010

for lawyer to be part 5

5) Diriwayatkan bahawa Khalifah Omar telah bertanya seoarang lelaki: Bagaimana keadaan awak? Lelaki itu menjawab: Saya dari kalangan mereka yang suka kepada fitnah, benci kepada kebenaran dan membuat kesaksian di atas perkara yang tidak dilihatnya! Mendengar demikian Khalifah Omar memerintahkan agar lelaki tersebut dipenjarakan.  Sayyidina Ali telah meminta agar lelaki tersebut dikeluarkan dari penjara.  Sayyidina Ali berkata kepada Khalifah Omar: lelaki ini berkata benar! Khalifah Omar bertanya: Bagaimana anda boleh membenarkan kata-katanya? Sayyidina Ali menjawab: Dia kasih kepada harta dan anak.  Allah telah berfirman: Sesungguhnya harta dan anak-anak kamu adalah fitnah. (al-Taqhabun:64:15), dia benci kepada mati sedangkan mati itu adalah hak, dia telah naik saksi bahawa Muhammad Rasullullah, (utusan Allah) sedangkan ia tidak melihatnya. “Mendengar demikian Khalifah Omar telah memerintahkan agar lelaki itu dibebaskan dengan berkata: Allah Maha Mengetahui dengan apa yang diperutuskannya.”
(Ibn Qayyim al-Jauziyah, al-Turuq al-Hukmiyyah.  Matba’ah al-Madani, al Qahirah. Hal:68)

Dari kes di atas ternyata bahawa Sayyidina Ali telah membuat pembelaan bagi orang yang telah dihukum bersalah dan hendak dipenjarakan kerana ilmunya yang dalam kepakarannya yang ternyata dan pengalaman yang luar di bidang syariah menyebabkan Sayyidina Ali dapat membuktikan yang lelaki tadi tidak bersalah malahan kenyataan yang diberikannya di hadapan Khalifah Omar adalah tepat dan benar. Sayyidina Ali telah berjaya membantu hakim dalam menegakkan keadilan hingga hakim bersedia mengkaji semula keputusannya dan seterusnya membatalkannya dengan bantuan Sayyidina Ali.


6) Telah datang kepada Khalifah Omar seorang lelaki hitam bersama perempuan hitam. Lelaki tersebut berkata:

“Wahai Amir al-Mu’minin, sesungguhnya saya telah menanam pokok yang hitam, dia pula adalah seorang perempuan hitam seperti yang tuan lihat, tetapi kami telah mendapat anak yang merah!’ Perempuan tersebut berkata: “Demi Allah, wahai Amir al-Mu’minin, saya tidak pernah mengkhianatinya, sesungguhnya, anak ini anaknya” Khalifah Omar di dalam keadaan serba salah tidak tahu apa yang hendak dikatakannya.  Lalu Khalifah Omar bertanya kepada Sayyidina Ali yang berada di majlis tersebut; Sayyidina Ali bertanya kepada lelaki hitam tadi; “ Jika saya bertanya kepada anda, adakah anda akan mejawabnya dengan benar ?“ Lelaki itu berkata; “Demi Allah, sudah semestinya!” Sayyidina Ali berkata; “Adakah anda telah melakukan persetubuhan semasa isteri anda di dalam haid?” Lelaki itu menjawab; “Benar!” Sayyidina Ali berkata; “Allahu Akbar, sesungguhnya benih lelaki jika bercampur dengan darah akan dijadikan Allah anak yang lahir darinya berwarna merah!”, yang demikian, janganlah kamu nafikan kesahtarafan anak ini. Sesungguhnya anda telah melakukan jenayah ke atas diri anda sendiri.”
(Ibn Qayyim al-Jauziah al-Hukmiyyah, Matbaah al-Madani, Kahiran, hal:69) 

Kes di atas menunjukkan bahawa adakalanya hakim-hakim perlu bertanya dan dibantu oleh pakar di dalam bidang tertentu.  Sebagai contoh, Sayyidina Ali telah membantu Khalifah Omar menyelesaikan persoalan yang rumit mengenai kanak-kanak berwarna merah sedang kedua ibubapanya adalah hitam.  Dengan kepakaran yang ada kepada Sayyidina Ali beliau berjaya membantu hakim di dalam menjatuhkan hukuman yang tepat. Ini bermakna peguam juga mempunyai peranan penting di dalam membantu hakim menjatuhkan hukuman yang tepat.

7) Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah dibawa ke hadapan Khalifah Ali. Ianya didapati oleh sekumpulan orang di dalam sebuah bangunan di tangannya sebilah pisau yang berlumur darah dan disisinya satu mayat yang terbujur berlumuran darah. Khalifah Ali pun bertanya kepada lelaki (pertama) tersebut mengenai pembunuhan itu. Lelaki itu berkata; “Saya yang membunuhnya”. Berdasarkan iqrar tersebut Khalifah Ali telah menjatuhkan hukuman agar lelaki tersebut dibunuh.
Apabila lelaki tersebut hendak dibawa keluar untuk dijalankan hukumannya yang telah dijatuhkan datang seorang lelaki lain (kedua) dengan tergesa-gesa berkata; Wahai kaum, janganlah tergesa-gesa, kembalikan lah lelaki tersebut kepada Khalifah Ali, maka mereka pun membawa lelaki tersebut kembali kepada Khalifah Ali, lelaki (kedua) ini pun berkara; Saya yang membunuhnya.
Khalifah Ali bertanya kepada lelaki (pertama) itu; Apakah yang menyebabkan anda mengaku membunuhnya, sedangkan anda tidak membunuhnya? Lelaki pertama itu menjawab: Saya tidak berkemampuan untuk menyatakan yang saya bukan pembunuhnya kerana orang ramai telah berada di sekeliling mayat yang terbujur berlumuran dengan darah sedangkan saya berdiri di sisinya dan di tangan saya pisau berlumuran darah, saya berada di tempat itu.  Jika saya menafikan yang saya tidak membunuhnya tentu mereka tidak akan percaya dan saya akan dikenakan qasamah yang demikian saya mengaku melakukannya. Dan saya serahkan kepada Allah untuk membuat perkiraan terhadap nasib saya. Khalifah Ali berkata; “Alangkah buruknya perbuatanmu itu! Apakah kes yang sebenarnya”.
Lelaki itu berkata; “Saya seorang penyembelih lembu, saya keluar ke tempat menyembelih lembu dalam keadaan hari masih gelap, saya pun menyembelih lembu dengan melapahnya, sedang saya melapahnya saya terasa hendak membuang air kecil, maka saya pun beredar dari tempat itu untuk membuang air kecil, pergi ke tempat sembelihan saya mendapati seorang lelaki terbunuh dengan berlumuran darah, keadaannya menggerunkan. Melihat demikian saya tercegat berdiri memerhatikannya dan di tangan saya sebilah pisau, saya tidak perasan sehinggalah sahabat-sahabat tuan (orang ramai) mengelilingi saya dan menangkap saya.
Orang ramai berkata: “Ini orangnya yang membunuh, tidak ada orang lain membunuhnya melainkan dia.” Saya yakin tuan akan menerima kenyataan mereka dan menolak keterangan saya, maka saya pun mengambil keputusan untuk mengaku melakukannya walaupun saya tidak melakukan jenayah tersebut. Khalifah Ali pun bertanya kepada lelaki kedua yang membuat iqrar membunuh, apakah kes yang sebenar.
Lelaki kedua berkata, iblis telah menguasai saya, saya pun membunuh lelaki tersebut kerana tamak kepada hartanya, saya mendengar orang ramai datang lalu lari dari tempat itu. Saya telah bersembunyi, sambil memerhatikan lelaki ini dalam keadaan seperti yang diceritakan, sehinggalah orang ramai datang menangkap dan membawanya ke hadapan tuan.  Apabila tuan menghukumnya dengan hukuman bunuh, maka sayapun menyedari yang saya akan  menumpahkan darah sekali lagi, lalu sayapun beriqrar mengakui kebenaran.
Khalifah Ali berkata kepada al-Hassan: Apakah hukuman dalam perkara ini. Al-Hassan berkata; Wahai Amir al-Mu’minin, jika ianya telah membunuh satu jiwa, tetapi ianya telah menghidupkan jiwa yang lain,

Allah telah berfirman (maksudnya):
“Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, maka seolah-olah dia menjaga keselamatan hidup manusia semuanya” (Surah al-Maidah: 32)
Mendengar demikian Khalifah Ali telah membebaskan mereka berdua dan diat orang yang terbunuh itu dikeluarkan dari Baitulmal.
Menurut Ibn Qayyim, jika hukuman ini berdasarkan sulh dan keredhaan pihak-pihak maka tidaklah timbul masalah.
(Ibn Qayyim al-Jatziah, al-Turuq al-Hukmiyah, Matba’ah al-Madani, Kahirah, hal: 83-84)

Berdasarkan riwayat ini adalah jelas bahawa, Khalifah Ali telah mendengar semula kes yang telah diputuskan dan dijatuhkan hukumannya kerana didapati ada keterangan-keterangan baharu yang telah tidak didengar di dalam perbicaraan pertama, Khalifah Ali juga telah dibantu oleh al-Hassan yang bertindak membuat pembelaan terhadap yang tertuduh kedua. Pembelaan al-Hassan ini telah dapat membantu Khalifah Ali di dalam membuat keputusan dan hukuman yang tepat.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran