Sunday, September 26, 2010

for lawyer to be part 3

Bersubahat Dengan Orang Zalim
 
Seperti yang telah dijelaskan bahawa Allah memerintahkan agar keadilan mutlaq ditegakkan, kezaliman dibenteras dan seterunya dihapuskan.  Lebih jauh dari itu Islam juga mengharakan kita dari membantu orang-orang zalim di dalam perbuatan zalimnya.

Firman Allah bermaksud:
“Dan ingatlah, orang-orang yang zalim itu tidak ada siapapun yang dapat menolongnya”
(Surah Al-Baqarah:270)

Orang yang zalim tidak wajar dibantu agar terus melakukan kezaliman dan kita juga hendaklah tidak bersekongkol bersama-sama dengna orang yang zalim. Dalam hubungan ini Allah telah menceritakan bahawa Nabi Harun telah berdoa agar ianya tidak bersama-sama dengan orang yang zalim.

Firman Allah bermaksud:
“Oleh itu janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadap-Ku, janganlah engkau jadikan Aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim” (Surah al-A’raaf:150)

Demikianlah dengan tegas dijelaskan bahawa bersubahat dengan orang-orang yang zalim adalah ditegah, menyokong, bersubahat dan cenderung kepada orang zalim adalah satu kezaliman akan dibalas dengan azab siksa.

Firman Allah bermaksud:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman, maka (kalau kamu berlaku demikian) api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun, yang lain dari Allah, kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu iut) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Surah Hud: 113)
 
Allah dengan tegas menyatakan bahawa akibat menyokong atau cenderung kepada orang zalim akan disiksa. Di dalam ayat yang lain Allah menegaskan bahawa tidak wajar bagi sesiapapun bersubahat dengan orang- orang yang zalim.

Firman Allah yang bermaksud:
“Maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau teringat (akan larangan itu).” (Surah Al-An’am: 68)
Di dalam ayat yang lain, Allah dengan tegas melarang kita agar jangan membela orang yang zalim.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (Al-Quran) dengan membawakebenaran, supaya engkau menghukumkan di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyunya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang–orang yang melakukan khianat” (Surah An-Nisaa:105)

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa kita hendaklah menghukum berdasarkan undang-undang Allah,kerana undang-undang ini adalah menjamin keadilan. Pada masa yang sama kita ditegah dari membela orang-orang yang zalim.

Berdasarkan ayat-ayat yang telah diperturunkan tadi ternyata Islam bukan sahaja menentang kezaliman malahan ianya juga menentang perbuatan dan tindakan yang bertujuan membantu orang zalim yang ingin meneruskan kezaliman, menolong mereka, bererti melakukan kezaliman, bersimpati, bersekongkol dan bersepakat dengan orang zalim adalah haram, apatah lagi untuk membela dan mempertahankan mereka. Sikap Islam terhadap golongan yang membela dan mempertahankan kezaliman ini adalah jelas, iaitu perbuatan sedemikian adalah berdosa dan merupakan satu kezaliman juga.
Persoalan, yang timbul di dalam perbincangan ini ialah, adakah tindakan peguam membela pelanggannya di dalam sesuatu perbicaraan bererti ianya telah membela kezaliman dan bersekongkol dengan orang-orang yang zalim, sedangkan orang yang dibela belum lagi disabitkan kesalahannya oleh Mahkamah. Seperti yang kita maklumi, seseorang itu tidak bersalah melainkan setelah dibuktikan yang ianya bersalah.


Persoalan seterusnya ialah, jika seseorang itu telah disabitkan bersalah, tetapi peguam atas permintaan anak guamnya, mengemukakan rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi agar hukuman yang dijatuhkan diringankan, diulangkaji semula atau diketepikan. Adakah bantuan yang diberikan oleh peguam tadi bererti bersekongkol , bersubahat atau menyokong perbuatan zalim?

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran