Sunday, September 26, 2010

for lawyer to be part 2

Pada hakikatnya peguam adalah pegawai mahkamah yang bertugas membantu hakim untuk menegakkan keadilan. Peguam juga, adakalanya bertindak bagi pelanggannya sebagai pemegang amanah yang menguruskan harta, membuat perjanjian dengan pihak yang lain, wakil yang melindungi, menjaga dan merundingkan kepentingan pelanggannya.
Berdasarkan tugas dan peranan peguam di Mhakamh dan di luar Mahkamah dan dalam hubungannnya sebagai wakl pelanggan untuk menjaga, mempertahan dan Merundingkan hak dan kepentingan mereka, maka memanglah tepat arahan dan perintah Allah melalui ayat tadi dijadikan asas dalam melaksanakan tugas tersebut, walaupun ayat tersebut bersifat umum. 

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan lagi menjadi saksi (yang menerangakn kebenaran) kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibubapa dan kaum kerabat kamu, kalau orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka) janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi (yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbangrasa) kepada keduanya.  Oleh itu janganlah turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan.  Dan jika kamu memutarbelitkan keterangan ataupun enggan daripada menjadi saksi, maka sesunguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah An-Nisa’: 135)

Ayat ini dengan panjang lebar menjelaskan bahawa adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menegakkan keadilan dan menjadi saksi kerana Allah walaupun ke atas diri kita sendiri, keluarga, ibubapa atau sesiapa sahaja.
Peguam-peguam juga hendaklah mematuhi arahan Allah ini. Mereka wajib menegakkan keadilan walaupun ianya bertentangan dengan kepentingan diri mereka sendiri atau pelanggan mereka, tetapi berpegang kepada prinsip dan mempertahankan nilai yang murni, patuh kepada Allah dan menegakkan keadilan hendaklah diutamakan.  Keredhaan Allah hendaklah menjadi matlamat hidup.  Hawa nafsu, perasaan kasihan, bendi atau marah tidak boleh menjadi motif tindakan.  Kepentingan peribadi, kemasyhuran dan ingin menang di dalam sesuatu perbicaraan hendaklah diketepikan sebaliknya hendaklah menjadi saksi kerana Allah dan kemenangan yang sebenar ialah keredhaan Allah dan kemuncak kejayaan di dalam menjalankan tugas dan memainkan peranan sebagai peguam ialah berjaya menegakkan keredhaan Ilahi.

Firman Allah bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-oran yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan janga sekali-kali kebencian kamu terhapat sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.  Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu hampir kepada taqwa.” (Surah Al-Maidah: 8)

Ayat ini memerintahkan kita agar menegakkan keadilan kerana Allah, ianya merupakan ibadah dan boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Keadilan ditegakkan dengan tegas, perasaan benci pada musuh tidak boleh mempengaruhi, perasaan benci pada lawan hendaklah diketepikan demi untuk menegakkan keadilan Islam. Peguam adalah sama dituntut dalam perkara ini. Tugas meraka sama-sama untuk menegakkan keadailan, peranan mereka adalah penting di dalam usahan untuk membuktikan keunggulan keadilan Islam, ketinggian dan keluhuran undang-undang Islam.

Peguam yang melaksanakan tugasnya dengan cermat, amanah dan adil bereti melakukan ibadah kepada Allah. Ini merupakan cabaran terhadap mereka. Adakah mereka telah berjaya menyahut cabaran ini? Adalah mereka telah menghayati kerjaya mereka sesuai dengan arahan-arahan Allah seperti yang telah kita bincangkan di atas tadi. Adakah motif utama mereka di dalam melaksankan tugas dan memainkan peranan mereka sebagai peguam untuk menegakkan keadilan mutlaq dan mencari keredhaan Allah!

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran