Monday, September 27, 2010

for lawyer to be part 10

Langkah Untuk Mengatasi Masalah
Untuk mengatasi masalah yang di sebutkan di atas dan mengatasi cabaran yang dihadapi yang perlu diatasi dengan berkesan dan juga memandangkan Peranan Peguam Syarie adalah penting seperti yang telah dinyatakan beberapa langkah telah diambil diantaranya kaedah-kaedah Peguam Syarie yang dibuat oleh negeri-negeri menegaskan syart-syarat yang mesti dipenuhi sebelum seseorang itu diterima untuk menjadi Peguam Syarie sebagai contoh :


Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1987 Negeri Terengganu, kaedah 5, menyatakan:
Tiada seorang pun yang boleh diberikan sijil sebagai Peguam Syarie melainkan ianya:
1) Mempunyai perwatakan diri yang baik;
2) Tinggal didalam Malaysia
3) Menganut Agama Islam;
4) Mempunyai pengetahuan dalam Hukum Syara’
5) Memiliki tauliah untuk mengajar Islam dalam negeri atau mana negeri daalm Malaysia atau telah mendapat satu ijazah atau diploma daripada Universiti Islam Antarabangsa atau mana-mana Universiti atau Kolej
6) Mahir dalam bahasa Malaysia
7) Mempunyai pengetahuan berkenaan dengan peraturan-peraturan Mahkamah

Di antara syarat-syarat terpenting yang dijelaskan oleh kaedah tersebut ialah mempunyai perwatakan yang baik, mempunyai pengetahuan dalam hukum Syara’, mempunyai tauliah untuk mengajar Islam dalam negeri atau mana negeri daalm Malaysia atau telah mendapat satu ijazah atau diploma daripada Universiti Islam Antarabangsa atau mana-mana Universiti atau Kolej. Ternyata kaedah ini menekankan pentingnya perwatakan yang baik dan pengethuan yang luas dalam Hukum Syara’.


Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 Negeri Kelantan talah menjelaskan syarat kelayakan untuk menjadi Peguam Syarie di dalam seksyen 19(2)
a) pemegang ijazah dalam jurusan perundangan Islam dari mana-mana pusat pengajian tinggi yang diiktiraf  oleh kerajaan;
b) seseorang yang pernah berkhidmat sebagai kadi bagi suatu tempoh tidak kurang dari sepuluh tahun.
Ternyata Negeri Kelantan telah meletakkan syarat yang ketat bagi seseorang yang ingin menjadi Peguam Syarie. Pada pendapat saya syarat yang ketat bertujuan untuk mempastikan agar Peguam Syarie dapat memainkan peranannya dengan berkesan adalah perlu demi untuk kebaikan dan kemantapan pentadbiran Undang-undang Islam dan keadilan di Mahkamah Syar’iah.
Peraturan-peraturan Peguam Syar’iah 1990 Negeri Pahang, kaedah 9 menyatakan :
a) Seseorang yang memohon untuk menjadi Peguam Syar’iahhendaklah mepunyai kelayakan seperti berikut :
(i) beragama Islam dan telah lulus peperikasaaan akhir yang membawa kepada Ijazah Sarjana Muda Syar’iah daripada Universiti Al-Azhar atau mana-mana institusi pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri; atau
(ii) adalah seorang Peguambela atau Peguamcara beragama Islam yang didaftar di bawah Akta Profesyen Undang-undang 1976;atau
(iii) telah berkhidmat sebagai kadi dengan mana-mana kerajaan negeri didalam Malaysia selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun;
b) Telah mencapai umur 21 tahun
c) Berkelakuan  baik dan
(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah;
(ii) tidak pernah dihukum menjadi bankrap;
d) Warganegara atau pemastautin tetap Malaysia;dan
e) Sebagai Peguambela dan Peguamcara telah lulus Peperiksaaan Sijil Peguam Syar’iah .

Ternyata peraturan-peraturan Peguam-peguam Syariah 1990 Negeri Pahang ini juga menekankan seseorang Peguam Syariah hendaklah berkelakuan baik tidak pernah disabitkan melakukan apa-apa kesalahan jenayah di Mahkamah Awam atau Mahkamah Syariah, ini menurut fahaman saya, mengetahui hukum Syara’ dan pentadbiran keadilannya.
Deraf kaedah-kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan didalam kaedah 8(b) telah menyatakan:
“Telah mendapat latihan profesional didalam bidang kehakiman Islam yang diiktiraf atau berkemampuan dalam Hukum Syara’.” 

Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan juga menekankan pentingnya kelakuan baik, pengetahuan yang luas mengenai Hukum Syara’ dan menambah satu lagi elemem iaitu mendapat latihan profesional di dalam bidang kehakiman Islam, dalam jangka panjang syarat ini adalah penting dan wajar diberikan perhatian demi untuk mempertingkatkan kemampuan dan kecekapan Mahkamah Syariah di dalam mengendalikan kes-kes dihadapannya tambahan pula bidangkuasanya telahpun dipertingkatkan.

Kedua: Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur telah memperkenalkan beberapa progran ijazah dan diploma yang bertujuan untuk melahirkan pengamal undang-undang yang dilatih di dalam dua sistem undang-undang iaitu undang-undang Sivil dan Undang-undang Syar’iah. Pelajar undang-undang di Kulliyah Undang-undang, di Universiti ini  boleh memperolehi dua  ijazah undang-undang iaitu LL.B dan LL.B (Syariah) di dalam masa lima tahun. Kulliyah ini juga memeperkenalkan program peringkat sarjana ini akan diberkan ijazah M.C.L.
Di samping dua program tadi,Kulliyah Undang-undang Univesiti ini juga memperkenalkan dua program Diploma selepas Ijazah Pertama, Diploma Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, diploma ini bertujuan untuk melatih dan memberikan pendedahan secara profesional kepada siswazah lulusan Kulliyah Syar’iah dari mana-mana Universiti yang diiktiraf samada mereka yang sedang berkhidmat ataupun belum. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan pengamal Undang-undang Syara’, pegawai undang-undang dan pentadbiran kehakiman syarak yang berwibawa. 

 Diploma Undang-undang dan Amalan Guaman Syara’, bertujuan untuk memberikan latihan dan pendedahan Undang-undang Islam kepada pengamal undang-undang yang tidak berpeluang mempelajari Undang-undang Islam secara profesional, dengan harapan mereka akan menjadi peguam yang memahami undang Islam dan pentadbiran keadilan di Mahkamah Syariah. Dengan itu mereka akan dapat memberikan sumbangan positif dan berkesan ke arah mempertingkatkan pentadbiran Undang-undang Islam dan keadilannya.

1 pendapat:

Peguam Syarie FAS said...

Peguam Syarie Faiz Adnan & Associates (gambar tengah)
http://peguamsyariefas.com.my

Post a Comment

syukran kasiran