Friday, September 24, 2010

bukan pelakon pentas dunia lgi

bulan syawal masih berbaki walaupun hampir setengah bulan sahaja lagi,mungkin kadangkala ana berasa hairan dan pelik apabila hampir semua pensyarah yang masuk kelas bertanya kepada kami soalan yang sama "seronok raya?"
mestilah seronok walaupun pada lumrahnya ana hanya beraya mengikut keluarga, tapi asalkan dapat balik kampung dan paling bahagia bila kali pertama mendengar takbir, sedap telinga menjamahnya,
mengapa dinamakan aidilfitri? jawapan yang menarik ana terbaca dalam sebuah artikel ialah kerana ia adalah yang mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya, maksudnya? jadi baby balik ka? sebab tu dok mintak duit raya ja kejanya..semestinya jawapannya bukan begitu!
maksudnya ada kaitnya dengan satu frasa iaitu MUJAHADAH..dalam bulan ramadhan umat Islam telah berjaya melalui perjalanan yang panjang untuk melatih diri atau bermujahadah dengan melakukan banyak amalan sunat seperti terawih, tadarus, dan sebagainya, oleh itu, hasilnya pasti ia akan kembali kepada fitrah kejadiannya iaitu untuk menjadi muslim sebenar corak al-Quran dalam surah adz-dzaariyat ayat 56..sepatutnya itu yang kita dapat dan jika masih sama, maka tepuk dada tanyalah iman.

proses MUJAHADAH tidak berhenti setakat itu, sebalik dihiasi pula dengan merebut peluang untuk berpuasa sunat 6 hari dalam bulan syawal yang sekaligus berperanan sebagai penampung kekurangan ramadhan lalu, umumnya tujuan mujadah itu boleh dibahagikan kepada 2 iaitu menundukkan hawa nafsu sekaligus memudarkan mazmumah dalam diri, dan keduanya ialah menyemai mahmudah untuk memupuk iman.. oleh yang demikian, sambutan hari raya yang bercorak 'didikan ramadhan' dapat diringkas dengan satu perkataan iaitu SYUKUR dan bukan hiburan yang perlu diperbanyakkan kerana matlamat didikan ramadhan adalah iman, sedangkan hiburan adalah laluan hawa nafsu yang mana simpang jalan yang berbeda dengan iman.
perbincangan tentang mujahadah diteruskan dengan sedikit perkongsian dari pembacaan ana, dimulakan dengan satu warning yang menarik,

      "KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH GELANGGANG MUJAHADAH, PADA HAKIKATNYA"

perkataan mujahadah sudah lazim didengari malah telah banyak yang menjadikan ia sebahagian daripada corak untuk melakukan perubahan pada diri mereka samada berjaya atau sebaliknya, ia adalah bergantung kepada pelaksanaanya terhadap pegangan prinsip mujahadah yang digenggam. asal perkataan mujahadah adalah jihad yang membawa masuk kesungguhan dan ketekunan yang kental dalam melakukan sesuatu, hampir 70 ayat dalam al-Quran yang membincangkan tentangnya sekaligus membuktikan bahawa ia amat penting, dan sepatutnya skop kefahaman terhadap jihad diperluaskan dan tidak hanya menyertai peperangan semata namun ia meliputi segenap perjalanan kehidupan kita. jihad atau mujahadah juga mungkin boleh didefinisikan dengan perang kerana sifat perang dan keadaan individu yang terlibat dalam perang mesti kental dan sanggup menghadapi apa jua tanpa ada sedikit putus asa tercalit di fikirannya apatah lagi terlintas diruangan hatinya, jika individu yang menyertai perang mudah putus asa dan lemah dengan sedikit kekalahan maka pasti kekalahan akan terus menjadi miliknya... itulah gambaran yang ana cuba gambarkan terhadap mujahadah

dalam sebuah hadis yang diambil dari buku karangan Pahrol Mohd Juoi m/s 3 bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud

' neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran'

untuk bermujahadah tidak mustahil seorang itu akan menemui kegagalan kerana ia adalah bukan mudah dan sering menguji hawa nafsu atau perkara yang kita suka untuk lakukan seperti tidur ketika azan mula berkumandang namun tidak terus bangun untuk bersolat..
mujahadah perlu dihiasi dengan ilmu dan kefahaman yang dalam, ia akan  mendorong kita mengenali Allah Yang Esa, bak kata pepatah ' tak kenal maka tak cinta'
ana tinggalkan perbincangan ini dengan peringatan pada diri sendiri terutamanya serta sahabat sekalian

MUJAHADAH ITU PAHIT, KERANA SYURGA ITU MANIS

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran