Wednesday, August 25, 2010

jelingan dosa angkara mata

peranan dan fungsi mata tiada yang menafikan kepentingan nikmat itu samada dalam melihat, merenung, mengintai pun boleh juga semuanya menjadikan mata sebagai pekakas utama untuk menjalankan misi menuju kejayaan bagi setiap perbuatan tersebut..namun apa yang mengecewakan apabila mata disalahgunakan oleh pemiliknya, benarlah sememangnya fitrah manusia sukakan pada kecantikan tapi bisakah mata diabadikan atau dilatih untuk terus mengagungkan kecantikan sedangkan pencipta kepada kecantikan itu seringkali dibelakangkan..seruan-Nya dan arahan-Nya diketepikan atau diringankan sebaliknya kata nafsu dan penelitian akal sahaja yang didahulukan..
sesungguhnya bukankah Allah telah berfirman dalam kalam-Nya:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
surah an-nuur ayat 31

 Allah memerintahkan kepada hamba-Nya yang beriman untuk menjaga mata, tak mengira pada mana situasi, pandangan adalah yang utama untuk dikawal dan dijaga dengan rapi, termasuklah dalam menjalankan tanggungjawab seperti yang berlaku pada situasi hari ini apabila seorang staf lelaki yang dibenarkan masuk ke dalam asrama perempuan untuk mendapatkan soalselidik keadaan..namun malang sekali staf tersebut gagal menjaga pandangan matanya sebaliknya dalam fikirannya mungkin menganggap pelajar aspuri seperti adik- adiknya sahaja..sebaliknya keadaan itu tidak akan berlaku,
calarlah maruah insan bernama muslimah jika situasi itu berada di luar kawalannya..masyaAllah, seluruh tubuh ditutup rapi ketika keluar namun kerana situasi sebegitu sedikit auratnya tercalar oleh insan yang tidak kasar andai dikatakan tidak menghormati wanita terutamanya muslimah
terasa marah tapi sedih yang amat bila kejadian seperti itu berlaku, bukankah lebih mulia dan sopan andai staf lelaki tersebut menyedari dosa melihat aurat bukan mahramnya, tapi sebaliknya berlaku, bayangan tatapan matanya tidak berkelip sekalipun apatah lagi hendak ditundukkan terus mata apabila situasi tersebut berlaku..
apakah alasan yang bermain di fikirannya?
menerima saranan nafsu atau mendengar perintah dari Maha Esa?
saiz mata adalah kecil namun bisa lahirkan dosa yang besar atau mungkin menyumbat pemiliknya ke dalam api neraka..astagfirullahal 'azim
biarlah keindahan itu tersemadi sebagai indah semata asalkan tiada dosa bertapak di ruangan hati kita akibat panahan mata yang dibuai bisikan syaitan dan nafsu yang menolak kata iman..sesungguhnya kerana mata kadangkala membawa derita berpanjangan dihati seorang muslim itu, bagaimana ia meninggalkan kesan derita itu? pastinya dengan kagum atau suka melihat kecantikan lahiriah wanita sebagai objek yang diciptakan Allah yang penuh dengan kecantikan..
dari pandangan itu timbul perasaan yang mengacau jiwa kemudian nafsu mengatur langkah dan adalah malang jika iman tidak dapat mengalahkan nafsu yang didorong bisikan syaitan..
sangat pedih perasaan menanggung rasa, walaupun kadangkala kita tahu semua itu tiada faedah dan hanya sia- sia tapi tiada siapa yang dapat menjawab soal hati..
semua itu bermula dari mata, pandangan yang tak dikawal..biarlah jalan dengan tunduk sahaja, melihat lantai bumi menghitung batu jalan, atau menikmati indah warna rumput dan tanah daripada terus membiarkan hati hitam dan gelap dek kerana mata yang tak dikawal
akhir sekali, ana sebagai insan ingin menyampaikan nasihat kepada staf lelaki supaya bersikap sopan jika menjalankan tanggungjawab di blok atau asrama perempuan, tidak perlu membeliakkan mata mencari aurat wanita untuk ditenung atau dikenalpasti pemiliknya..
andai anda tidak menyayangi diri sendiri untuk membiarkan dosa mata terus menerobos hati anda, tapi fikirkanlah sejenak maruah muslimah itu, janganlah jadi pencemar mutiara yang tertutup, sesungguhnya kecantikan yang dipelihara itu bukanlah untuk sebarang orang atau untuk murahan pandangan tapi ia disimpan dan dijaga hanya untuk mahramnya terutama insan yang bergelar suami..kerana itulah perintah Allah..


terasa sedih sekali walaupun itu adalah situasi luar jangka, untuk memujuk hati..pasti ada hikmah-Nya dan ku harap Allah dengan kasih sayang-Nya terus melindungi keaiban hamba-Nya..jagalah pandangan matamu..

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran