Thursday, August 26, 2010

evolusi 17 Ramadan

detik 17 ramadhan tidak pernah tertinggal dalam perjalanan merentasi 30 hari bulan ramadhan, hari ini sudah menjangkau 16 ramadhan sekaligus menandakan hadirnya salah satu hari yang bermakna dalam bulan ramadhan iaitu nuzul al-quran yang jatuh pada 17 ramadhan. al-Quran merupakan kitab utama yang menjadi panduan kepada umat Islam..oleh yang demikian, kelebihan dan ilmu yang terkandung didalamnya telah disusun dengan rapi malah tiada cacat- celanya, kesinambungan dari memahami al-Quran perlu dilengkapi dengan huraian dari hadis Rasullullah s.a.w..
sesungguhnya Rasullullah pernah bersabda bahawasanya Baginda telah meninggalkan dua perkara yang jika berpegang teguh dengannya maka kamu takkan sesat selamanya iaitu al-Quran dan Sunnah..
oleh yang demikian, kepegangan atau kebergantungan kepada al-Quran oleh seorang yang bergelar muslim tidak dapat dicanggah lagi malah ia perlu diperbaiki supaya segala isi yang terkandung dalam al-Quran dapat difahami dan paling penting ia dapat diaplikasikan dalam menyambut tema "Islam the way of life"
namun, malang dan dukacita sekali apabila al-Quran hanya dijadikan hiasan dan hanya kedengaran dalam pembukaan majlis dan sebagainya..sebaliknya kedatangan al-Quran bukan setakat itu sahaja, yang lebih utama ialah ia perlu difahami dan segalanya ilmunya perlu ditadabburkan oleh setiap insan yang bergelar muslim atau orang Islam..

sesungguhnya Allah telah berfirman dalam kalam-Nya yang menyatakan bahawa

كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَيۡكَ مُبَـٰرَكٌ۬ لِّيَدَّبَّرُوٓاْ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar
surah al-sad ayat 29

apa yang dimaksudkan dengan tadabbur?

MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri. (DR. SIDEK BABA Profesor Pendidikan di UIAM)
oleh yang demikian, kepentingan mentadabbur adalah amat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan pemerhatian sahaja sebalik turut mengkajinya serta menyelidik iaitu menuntut suatu perincian terhadap sesuatu supaya ia dapat dijamah dengan keseluruhannya. namun begitu, mentadabbur al- Quran tidak boleh melalui penelitian atau kefahaman akal semata, ia perlu dikaji dari kitab- kitab tafsir yang telah dihasilkan seperti kitab tafsir fi zilalil Quran oleh sayed qutb, tafsir Hamka, tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.
disebabkan tadabbur adalah satu pemerhatian yang halus dalam usaha memahami isi kandungan al-Quran maka ia juga melibatkan kefahaman terhadap ilmu hadis kerana hadis atau sunnah merupakan sahabat karib bagi menjelaskan maksud al-Quran, definisi sunnah atau hadis itu telah dapat menjelaskan kepada kita bahawa fungsinya sebagai 'explainer' tidak dapat dinafikan kerana al-Quran merupakan kitab yang diturunkan kepada seluruh umat melalui Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan akhir.
orang yang mentadabbur al-Quran telah dijelaskan keadaannya berikutan usaha tersebut dalam kalam Allah yang menyatakan bahawa

وَإِذَا سَمِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعۡيُنَهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ مِمَّا


عَرَفُواْ مِنَ ٱلۡحَقِّ‌ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكۡتُبۡنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ
 Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)
surah al- maidah ayat 83
ada lagi..Allah juga berfirman jika seseorang itu telah mentadabbur al-Quran dalam surah al- anfaal ayat 2

  إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

sebaliknya, masih ramai yang tidak menyedari keutamaan ini, ketahuilah bahawasanya jika situasi ini tidak disedarkan maka tidak hairanlah jika umat Islam akan jadi umat yang ketinggalan kerana 
Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman. 
 

Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia. Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan : 
Firman Allah : “ Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan.” (al-Furqan, ayat 30)
ayuhlah sahabat- sahabat yang dimuliakan, kita membawa umat kepada kemajuan dan kegemilangan Islam semula dengan mentadabbur al-Quran dan menguasai segala ilmu yang terkandung didalamnya dengan cara tadabbur..mulakan dari sekarang, mahasiswa suaranya didengar, oleh itu inilah peluang kita selagi masih berbaki status itu pada kita kini..
ana doakan, 17 Ramadhan bisa menggegarkan jiwa kita untuk menghidupkan semula tadabbur al-Quran..terutama pada diri ana sendiri, dan juga sahabat- sahabat sekalian..salam 17 Ramadhan 


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran