Saturday, August 14, 2010

ambillah pengajaran drinya

alhmdulh, sekarang sudah masuk ramdhan yang ketiga bagi umur 22 tahun untuk ana dan sahabat seperjuangan, sedar tak sedar dah nak expired pun sebagai mahasiswi kat cni, besar lagi tanggungjawab akan datang,
tapi yang ana ingin sampaikan pada posting kali ni bukanlah berkenaan perubahan masa ataupun pertambahan umur sebaliknya berkenaan isu yang amat memelikkan ana yang mana kerap berlaku sejak kebelakangan ini, malah seolah tiada respons dari mana- mana pihak yang berkuatkuasa, tapi ana tak mahu tuduh sewenangnya sebab ana yakin masyarakat semajoritinya tidak suka dengan keadaan tersebut
iaitu masalah pembuangan bayi, masyaAllah, makin menjadi- jadi kes buang bayi dilaporkan, kejamnya!
bila difikir-fikirkan, pasti tak lepas dari tabiat atau tiada batasan dalam pergaulan dan mungkin statement itu seolah berat untuk difahami..jadi dengan kata mudah, hal ini atau keadaan buruk ini tidak jauh sebabnya dengan budaya suka berpasangan atau berpacaran atau suka couple- couple dikalangan muda- mudi terutamanya..
budaya couple ini, bukan sahaja membelenggu golongan ilmuwan malahan turut agamawan yang hampir setiap hari didedahkan atau dileteri dengan hukum- hakam serta dalil, hadis tentang batas- batas pergaulan antara jantina terutama bukan muhrim..
sedih dan pilu sekali bila tengok keadaan bayi yang dibuang, Ya Allah..
wahai manusia, bayi itu bukan kulit pisang yang leh dibuang2x, tapi dia adalah ciptaan Allah, lahir dari perut manusia yang merupakan sebaik- baik kejadian malah dilantik sebagai khalifah pentadbir bumi Allah lagi..tapi nasib apakah yang dihadiahkan kepadanya?
sudahlah kawan-kawan, janganlah bercinta dan bercouple atau berpacaran lagi..semua itu mainan dan hiburan semata, andai benar engkau telah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, kahwinlah dan binalah hubungan yang halal disisi-Nya
berbalik pada kes buang bayi yang semakin parah belenggu masyarakat hari ini, hal ini jelas menunjukkan zina makin berleluasa di negara ini, jadi hal ini tidak boleh diringankan lagi sebaliknya hukuman yang berat perlu dijatuhkan supaya ia mampu memberi pengajaran kepada pihak lain supaya menjauhi perbuatan tersebut..
walaupun engkau bisa menutup malu didunia ini dari perbuatan kejimu, tapi Allah itu Maha Melihat akan sesuatu dan pastinya engkau takkan terlepas dari hukuman-Nya..
kejamnya dirimu..insan, dia adalah anakmu, yang lahir dari rahimmu, 
kejam dan sangat kejam..
kasihan bayi itu, dia tidak bersalah..tapi mengapa kesalahanmu dia yang tanggung?
adilkah dirimu..insan?
jika benar itu adilmu..katakan padaku..siapa yang mengajar erti keadilaan dalam hidupmu?
aduhai..insan..
menelan hempedu lebih baik dari meneguk manisnya cinta yang murah...
 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran