Friday, July 16, 2010

bring your heart

penyakit hati sering menghantui kehidupan seseorang insan malah umat Islam dituntut untuk bermujahadah melawan nafsu yang sering merosakkan insan yang memperhambakan diri mengikut katanya..oleh itu sepatutnya dan sewajibnya untuk kita sentiasa memastikan kesihatan hati..
pernah satu kisah yang diriwayatkan bahawasanya seorang sahabat yang tidak menangis sedangkan sahabat lain menitiskan air mata apabila mendengar peringatan daripada Rasullullah s.a.w, lalu beliau bertemu Rasullullah s.a.w dan menyatakan bahawa dirinya mempunyai penyakit hati kerana tidak tersentuh hatinya dengan peringatan tersebut sepertimana sahabat lain,.....
betapa penyakit hati memakan insan sehingga hatinya menjadi kaku akan peringatan yang membawa kebaikan pada dirinya sendiri..jelasnya hati yang berpenyakit adalah kerana hati tersebut telah menjadi keras akibat dosa yang bertaburan dalam diri..
sebagai contoh yang amat ana kesali melihat keadaan masa kini berkenaan aurat yang semakin diringankan, kadang- kadang ana terfikir adakah ayat ni bersesuaian untuk diluahkan.."Islam ikut umatnya atau umatnya ikut corak Islam", mengapa perihal ini diringankan sedangkan ia adalah sejelas- jelas tuntutan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t
fesyen atau trend t-shirt lengan pendek diserikan dengan tudung..adakah ia menepati syariat yang didalilkan? benarlah kata ceramah seorang ustaz, seolahnya tiada perintah akan perkara tersebut kerana hari ini masyarakat menganggapnya ia biasa malah tiada peraturan dan kesinambungan bagi memperketatkan perihal tersebut..tiada teguran kedengaran sebaliknya hanya pandangan kosong disusuri mengikut budaya tersebut..
sebenar keadaan adalah membawa realiti agama kemudian diletakkan ke dalam realiti hidup, bukan mengutamakan fesyen yang dihangatkan oleh keadaan sebaliknya mengatur fesyen supaya mengikut realiti yang digariskan oleh agama ini....barulah selamat sepanjang zaman
mengapa effect keadaan tersebut dianggap penting? sebabnya salah satu golongan yang tidak diterima solatnya adalah perempuan yang tidak menutup aurat, semua itu berkait- kait, jika solatnya tidak diterima maka solat tersebut tidak mampu mencegahnya dari kemungkaran dan kejahatan malah keutamaan- keutamaan solat yang len juga tidak mampu menjalankan fungsinya..
sedangkan solat itu adalah tiang agama.........
oleh yang demikian, penyakit hati adalah perlu diwaspadakan agar ia tidak terus menular menusuki ruangan legar kehidupan kita terutama bagi seorang muslim yang menjunjung syariat illahi,
wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran