Sunday, April 25, 2010

misrepresentation vs ikrar khata' tadlish

perbandingan yang cuba dikongsikan dalam posting kali ini ialah berkenaan satu lagi elemen yang tersenarai dalam kontrak boleh batal iaitu jika difahami dalam bahasa melayu ialah salahnyataan..yang merujuk kepada seksyen 18 Akta Kontrak 1950..menyatakan bahawa:

"salahnyataan termasuk - kenyataan yang tidak benar, tentang sesuatu fakta, yang mendorong seorang untuk memasuki kontrak, terdapat pihak yang terlibat dalam pembentukan kontrak dan telah dilaksanakan secara berhati- hati....." 
(telah diringkaskan)

dalam kes Tan Chye Chew v. Eastern Mining Metals, mahkamah perseketuan telah memutuskan bahwa perayu kedua telah melakukan salahnyataan tetapi atas alasan syarikat responden hakikatnya berupaya untuk mengetahui kenyataan yang diterimanya sebelum persetujuan dibuat dalam kontrak tersebut..oleh itu, mahkamah memutuskan bahwa kontrak tersebut tidak boleh dibatalkan atas sebab salahnyataan.

kesan yang disabitkan dibawah pembatalan kontrak atas sebab salahnyataan adalah merujuk kepada seksyen 19 Akta Kontrak iaitu sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan atau sebaliknya mengikut pilihan pihak yang kerelaannya tergugat akibat daripada salahnyataan tersebut..namun bukan bagi pihak yang mampu untuk mendapatkan maklumat tentang kenyataan yang didapatinya daripada pembentukkan kontrak...dan juga turut melibatkan pemulangan faedah yang diperolehi menurut seksyen 66, seksyen 65 dan seksyen 73 akta yang sama..

seterusya merujuk kepada syariah berkenaan salahnyataan atau ikrar khata; tadlish..maksud tadlish ialah menyembunyikan kecacatan barang yang ditunjukkan dan menyembunyikan rupa yang bukan dari hakikat yang sebenar yang sering dilakukan oleh peniaga untuk menjual barang dengan harga yang lebih tinggi..
ia boleh berlaku pada pelbagai jenis barang seperti perabot yang telah dicat semula dan sebagainya..menurut jumhur ulama selain Hanafi akad seumpama itu perlu dibatalkan namun Hanafi tidak benarkan akad itu dibatalkan sebaliknya pembeli dibenarkan untuk meminta ganti rugi dari kerugian yang dialami...
wallahua'llam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran