Thursday, April 29, 2010

koc wanita sahaja - komuter

Koc Komuter Khusus Untuk Wanita Bermula Hari Ini
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai hari ini.
Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.
Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.
"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.
Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.
Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.
Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - BERNAMA
..............................................................................................................................................................


reaksi awal ana bila ternampak artikel ni, hepi sebab semakin menjelas ke arah perubahan yang positif walaupun masih baru dan masih terdapat lubang kelemahan yang agak besar dari tindakan tersebut..dikhabarkan cuma satu perjalanan train sahaja yang ada perkhidmatan tersebut sedangkan kesesakan yang sering ana alami bila masuk komuter adalah dari ukm menuju ke KL sentral atau Mid Valley, mungkin benar statistik penumpang wanita ramai dalam komuter tersebut, tapi sepanjang perhatian ana, penumpang train lebih ramai lelaki asing yang berbangsa Bangladesh, Indonesia dan seumpamanya..
keadaan sememangnya sangat teruk apabila penumpang sesuatu destinasi mula berpusu- pusu masuk, sampai kadangkala susah untuk bernafas, mana taknya, pelbagai bau dapat dihidu jika mula menarik nafas, paling parah apabila kita terperangkap oleh keadaan, nak kalih sini tak kena, nak kaleh sana tak kena..akhirnya terpaksa akur..oleh itu, dinasihatkan wanita atau adik- adik perempuan supaya bawak beg atau pegang sesuatu ditangan agar barang tersebut dapat jadi penghalang sebarang sentuhan atau rapatan atau mungkin leh jadi warning, dan yang paling berkesan adalah dengan menjaga adab pakaian, tidak terlalu jarang dan ketat..
ana akui bahawa benar pakaian yang digariskan Islam sangat menjaga diri wanita itu, mereka lebih dihormati dan kadangkala ada individu yang bertindak menjadi guard sementara walaupun tanpa diminta..(itulah sahabat ana)..beliau akan bagi ruang pada ana supaya jauh dan terkurung pada tempat yang selamat dari kelompok lelaki..alhamdullilah
tindakan membuat gerabak khas untuk wanita adalah sangat baik, terutama jika dalam keadaan sesak..jika sesak sekalipun, tidak khuatir dan risau dengan himpitan dan rapatan..malah masih boleh saling berpaut keselamatan antara satu sama lain..
harapan ana, agar gerabak khas ini turut disediakan untuk komuter dan perkhidmatan lain..........
wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran