Sunday, April 25, 2010

khilaf dlm kontrak

seksyen 21 Akta Kontrak 1950

"di mana kedua- dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara fakta yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal."

huraian - pendapat yang salah mengenai nilai sesuatu benda yang menjadi hal- perkara perjanjian tidak boleh dianggap sebagai khilaf mengenai sesuatu perkara fakta.


seksyen 21 menyatakan mengenai khilaf yang berlaku antara dua pihak yang berkontrak terhadap fakta atau perkara penting dalam kontrak tersebut...contohnya A yang tinggal di Mesir ingin menjual jubah yang dibelinya kepada B di Malaysia namun tanpa disedari berlaku khilaf bahwa jubah tersebut telah koyak dimakan tikus. maka kontrak tersebut adalah batal..oleh itu jelaslah bahawa jika khilaf berlaku kepada dua belah pihak yang berkontrak maka kontrak tersebut adalah batal dibawah sabitan seksyen 21 Akta Kontrak 1950..

ia perlu dibuktikan melalui 3 syarat iaitu: 1- kedua- dua pihak kpd kontrak melakukan khilaf........... 2- khilaf yang dibuat merupakan khilaf fakta...............3- fakta tersebut mestilah fakta yang mustahak untuk perjanjian..hal ini jelas menunjukkan bahawa khilaf res extincta atau khilaf tentang kewujudan perkara pokok akan menjadikan kontrak tersebut adalah batal
dalam kes couturier v hastie, kontrak yang dibuat di London adalah untuk penjualan jagung yang dilayarkan dari Salonika, tanpa diketahui oleh kedua- dua pihak, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, kargo tersebut telah dijual oleh ketua kapal di Tunis memandangkan jagung itu mulai rosak. Hakim House of Lords memutuskan pembeli adalah tidak terikat untuk membayar kargo tersebut memnadangkan kargo tersebut tidak wujud.
ia juga melibatkan satu lagi istilah dalam kontrak iaitu consencus at idem yang membawa maksud tiada persamaan dalam pemahaman minda antara kedua belah pihak yang berkontrak..apa yang dimaksudkan oleh pihak satu lagi tidak menyamai maksud yang difahami oleh pihak yang satu lagi...oleh itu telah berlaku khilaf dalam kedua- dua belah pihak dan ia sekaligus membatalkan kontrak tersebut menurut seksyen 21..iaitu khilaf dua pihak.

seksyen 23 Akta Kontrak 1950

"sesuatu kontrak bukan boleh batal semata- mata kerana ianya disebabkan oleh satu pihaknya yang khilaf mengenai suatu perkara fakta. "

ia seolah menjelaskan bahawa khilaf yang berlaku pada satu pihak sahaja dalam pembentukan sebuah kontrak adalah masih sah dan juga boleh jadi batal..ia bersamaan dengan konsep khilaf unilateral dalam common law@ undang- undang Inggeris yang telah diterima pakai dalam undang- undang kontrak di Malaysia dalam kes Tam Kong v. Oh Hiam & ors yang turut membahagikan khilaf kepada khilaf sepihak..



0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran