Saturday, April 3, 2010

kesalahan membunuh orang

24/03/2010 3:38pm

RASAH 24 Mac - Dua adik beradik hari ini tergamam apabila terpaksa menerima hakikat ke tali gantung setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban atas tuduhan membunuh seorang lelaki enam tahun lalu.
Tertuduh Rosli, 31, dan Kamal Arifin Hamid, 28, kelihatan sugul selepas hukuman itu dibacakan oleh Hakim, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Ketika keputusan itu dibacakan, Ahmad Nasfy menjelaskan pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan prima facie terhadap pendakwaan yang dibuat.
Mengikut fakta kes, mereka dituduh melakukan kes bunuh ke atas Mohd. Khairul Nizam Md. Yusof, 24, di hadapan Wisma Belia, Taman Sri Serting, Bandar Seri Jempol dekat Jempol, antara kira-kira pukul 8.30 malam hingga 11.40 malam.
Kedua tertuduh didakwa memukul mangsa sehingga mati selepas mangsa mengaku bahawa dia ada mencabul adik kepada salah seorang tertuduh pada pukul 8.30 malam pada hari kejadian.
Akibat marah perbuatan mangsa, salah seorang tertuduh telah membawa mangsa ke tempat kejadian dan memukul selama 45 minit terhadap mangsa.
Tertuduh juga turut memukul mangsa bertubi-tubi dengan sebatang kayu di bahagian kepala sebelum meninggal dunia selepas koma selama enam hari.
Rosli dan Kamal Arifin didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen akta yang sama.
Bagi pertuduhan berkenaan itu Ahmad Nasfy kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati
Tertuduh diwakili oleh peguambela, S. Karthigesan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Wan Sahaharuddin Wan Ladin. - Utusan

dalam kes diatas, ana juz bagi pendapat yang ringan..kes sabitan membunuh oleh dua orang suspek tersebut mungkin disebabkan bangkitan marah yang mana termasuk dalam kecualian dibawah seksyen 300 Kanun Keseksaan iaitu kecualian yang pertama sekaligus menjadikan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tak terjumlah pada kesalahan membunuh namun yang menjadi syubhah dalam kes ini apabila membawa mangsa ke tempat kejadian oleh yang demikian ia seolah tak menepati syarat bangkitan marah dalam kecualian tersebut yang menyatakan bahawa:
(a) bahawa bangkitan marah itu tidak dicari- cari atau tidak dibangkitkan dengan sengaja oleh pesalah itu sebagai satu helah bagi membunuh atau melakukan kerosakan kepada seseorang


dan misalan (b) dalam seksyen yang sama menyebut bahawa:
" Y mendatangkan kepada A bangkitan marah yang besar dan mengejut. Atas bangkitan- marah ini A tembakkan pistol ke arah Y dengan tidak sama ada bermaksud hendak membunuh atau mengetahui yang ia mungkin membunuh Z yang ada dekatnya tetapi tidak kelihatan. A bunuh Z. Di sini A tidak melakukan kesalahan membunuh orang tetapi hanya kesalahan mematikan orang dengan salah sahaja."


apabila OKT (orang kena tuduh) bertindak membawa mangsa ia seolah bangkitan marah yang dicari dan OKT mampu berfikir dan mungkin mengetahui kesan dari perbuatan tersebut kerana telah memukul mangsa dengan senjata yang lazimnya boleh mematikan dalam masa 45 minit. tapi ada lagi satu persoalan iaitu pada statement 
kepada salah seorang tertuduh pada pukul 8.30 malam pada hari kejadian
kemungkinan besar seorang tertuduh disabitkan atas tuduhan subahat yang meletakkan hukuman yang sama seperti pelaku kerana mungkin terbukti niat bersama wujud antara kedua OKT berkenaan.
seterunya ialah hukuman yang dijatuhkan iaitu dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang menyatakan bahawa " barangsiapa melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh." sekaligus merujuk kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan yang berkait dengan kesalahan membunuh orang.

dalam Islam, 
Mawardiy menjelaskan bahawa membunuh orang dengan sengaja ( al- qatlu- 'amd vs seksyen 300) dalam jenayah Islam ialah sengaja membunuh orang dengan apa (alat atau senjata) yang lazimnya mematikan manakala membunuh orang seakan- akan sengaja (al-qatlu- shub 'amd vs kecualian 300 Kanun Keseksaan) baginya ialah penjenayah sengaja melakukan perbuatan yang mematikan tetapi tidak sengaja terhadap natijah perbuatan tersebut.

fuqaha Mazhab Syafii mentakrifkan membunuh dengan sengaja sebagai niat melakukan perbuatan yang mematikan dan berniat supaya mangsa itu mati kerana perbuatan itu, dan dengan senjata yang lazimnya mematikan serta membawa kematian. 

dalam jenayah Islam meletakkan senjata sebagai elemen yang utama selepas niat sebaliknya dalam pendefinisian kesalahan membunuh dalam sivil meletakkan bencana tubuh sebagai elemen utama selepas niat untuk membunuh..oleh yang demikian, kes diatas membuktikan bahawa OKT berniat dan menggunakan kayu sebagai alat untuk membunuh mangsa serta penyubahat juga hadir di tempat kejadian (dalam tajuk subahat, Islam mementingkan hadir di tempat kejadian sbg pensabitan salah laku)
untuk tahu lebih lanjut tentang qisas click pada link ni.....qisas dan diyat

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran