Saturday, April 3, 2010

kes kartika sari dewi

01/04/2010 2:13pm

KUALA LUMPUR 1 April - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, yang dikenakan hukuman sebat kerana meminum arak terlepas daripada hukuman tersebut selepas Sultan Pahang mengarahkan dia hanya menjalani kerja khidmat komuniti, kata bapanya. - Utusan


KUANTAN 2 April - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, hari ini melaporkan diri di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini bagi menjalani kerja khidmat komuniti yang dikenakan ke atasnya sebagai ganti hukuman sebat.
Ibu kepada dua anak itu dikenakan kerja khidmat komuniti selama tiga minggu atas budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang meringankan hukumannya kerana kesalahan minum arak.
- Utusan

KUANTAN 2 April - Semua pihak perlu menghormati keputusan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berkenan meringankan hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, atas kesalahan minum arak dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Sultan Pahang telah mengunakan budi bicara baginda yang turut mengambil kira ia kesalahan pertama dilakukan bekas model sambilan itu.
Ibu kepada dua anak itu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating dekat sini.
- Utusan

3 keratan berita yang membicarakan perihal kes kartika sari dewi, banyak yang jadi persoalan pada ana antaranya sebelum ni tiadakah orang salah dalam kes minum arak sehingga seolah tiada hukuman untuk kesalahan ini? da satu keratan kata sebulan dan satu lagi kata 3 minggu? hukuman 6 sebatan dan denda tersebut menggunakan perkataan "dijatuhi" maknanya telah dilaksanakan atau sebaliknya?lagi satu, kenapa tempat tersebut dijadikan pilihan dalam khidmat komuniti untuk beliau?
ana tak nak jawab semua soalan di atas sebaliknya ana juz nak berkongsi berkenaan jenayah minum arak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia terutama di bawah Enakmen undang- undang Syariah Pahang.
pendefinisian arak mengikut mazhab Hanbali, Maliki, dan Syafii ialah setiap minuman yang memabukkan kemudian di-detail-kan oleh fuqaha' mazhab Hanafi iaitu minuman yang memabukkan diperbuat dari perahan anggur melalui proses tertentu...hal ini jelas membuktikan bahawa jumhur fuqaha meletakkan "minuman memabukkan" @ conduct crime sebagai pensabitan hukuman sebaliknya mazhab Hanafi yang diterima pakai oleh sistem syariah di Malaysia menjadikan result crime iaitu memabukkan sebagai pensabitan hukuman dijatuhkan...merujuk kepada kes kartika yang berada di bawah kerajaan negeri Pahang, ana paste-kan seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 memperuntukkan:

"Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari."

namun, definisi arak tidak dijelaskan tentang maksud arak dari seksyen tersebut..walaupun demikian mengikut uruf di Malaysia yang mendefinisikan arak sebagai semua jenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan (kamus dewan 1989)..dalam kes kartika, seolah mengenepikan seksyen ni malah hukuman yang dijatuhkan juga sukar untuk disamakan..dan lagi satu penggunaan "tempat awam" seolah mensabitkan kesalahan minum arak kerana mengganggu perasaan awam sedangkan maqasid syariah pengharaman arak ialah menjaga akal dan kewarasan berfikir..ok seterusnya, kuasa sultan dalam meringankan hukuman......

seksyen 133 Enakmen Tatacara Jenayah 2002
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAANBAB 9 - DARIHAL PENGGANTUNGAN, PEREMITAN DAN PERINGANAN HUKUMAN
Seksyen 133. Kuasa untuk meringankan hukuman
Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Mufti boleh, tanpa persetujuan orang yang telah dihukum, meringankan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut dengan menggantikannya dengan mana-mana hukuman yang disebut selepasnya, iaitu-
    (a) sebat; (b) pemenjaraan; atau (c) denda.
     
oleh yang demikian, mungkin mampu kita berlapang dada atas hukuman yang dijatuhkan kerana ia adalah atas nasihat seorang yang pakar dalam bidang hukum syara' iaitu mufti yang bertauliah....insyaAllah, sejauhmana keberkesanan hukuman tersebut mencapai matlamat pengharaman minum arak masih diragukan samada merujuk kepada maslahat awam atau hak Allah? sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala-Nya...wallahua'alam 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran