Sunday, April 11, 2010

hirabah dlm civil side

Juvana ditakrifkan dalam seksyen 2 akta ini ialah

“ seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82 kanun keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.”

Menurut seksyen 4 (4) Akta mahkamah juvana, mahkamah juvana boleh membicarakan semua kes kecuali yang membawa hukuman mati dan kanun tatacara jenayah adalah terpakai kepada mahkamah juvana.

Walaubagaimanapun bukan semua hukuman boleh dikenakan ke atas juvana. Menurut seksyen 15 (1), kanak- kanak tidak boleh dihukum penjara dan subseksyen (2) menyatakan bahawa orang muda (14 -18) tidak boleh dihukum penjara atau diperintahkan supaya dipenjarakan jika ia boleh diuruskan dengan cara lain seperti denda, percubaan di bawah jagaan ibubapa dalam tempoh tertentu atau dihantar ke sekolah pemulihan akhlak seperti Henry Gurney. Di sekolah pemulihan akhlak biasanya pesalah akan tinggal sehingga dia berumur 21 tahun.

Jenayah curi dan rompak berada di bawah bidang kuasa mahkamah majistret kelas pertama. Majistret kelas pertama bertanggungjawab membicarakan kes- kes yang melibatkan kesalahan yang tempoh penjara maksimum tidak melebihi 10 tahun atau denda dan kesalahan di bawah seksyen 392 dan seksyen 457 kanun keseksaan. Seksyen 392 adalah mengenai hukuman pesalah atas kesalahan merompak yang mana jika sabit kesalahan, hukumannya boleh sampai 14 tahun penjara dan bolehlah dikenakan denda atau sebat. Bagi seksyen 457 pula mengenai pencerobohan rumah dengan bersembunyi pada waktu malam dengan niat melakukan kesalahan, penceroboh dihukum 5 tahun penjara dan boleh juga dikenakan denda. Tetapi jika ia berlaku atas niat mencuri hukuman juga boleh dilanjutkan kepada 14 tahun penjara.

seksyen 390 Kanun Keseksaan menyatakan pensabitan seorang atas kesalah merompak apabila terdapat kesalahan mencuri atau pemerasan semasa melakukan rompakan...bagi kesalahan rompak + mencuri seksyen berkenaan melibatkan kehilangan salah dan kedapatan salah sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 23 Kanun Keseksaan
atau sengaja menyebabkan atau mencuba menyebabkan kepada mana- mana orang kematian, atau cedera, atau halangan salah, atau ketakutan serta- merta akan berlaku. misalan (a)
"A pegang Z dan dengan tipuan ambil wang Z dan barang kemas daripada pakaian Z, dengan tiada kerelaan Z. Di sini, A telah melakukan kesalahan mencuri dan dengan tujuan hendak melakukan kesalahan itu, telah menyebabkan dengan sengaja halangan salah kepada Z. oleh sebab itu, A telah melakukan rompak."

rompak + pemerasan seksyen 390 (b) misalan (b) menyatakan bahawa
"A bertemu dengan Z di jalan raya, tunjukkan pistol dan minta wang Z. oleh sebab itu, Z serahkan wangnya. Di sini, A telah memeras wang itu dari Z dengan mendatangkan kepadanya ketakutan bahawa ia akan dicederakan serta- merta dan berada di hadapannya pada waktu melakukan pemerasan itu. oleh sebab itu A melakukan rompak."


seksyen 391- rompak berkumpul
seksyen 393- mencuba melakukan rompak
seksyen 394 sehingga seksyen 402 turut berkaitan dengan kesalahan rompak atau hirabah

wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran