Wednesday, April 28, 2010

globalisasi vs 'alamiyyah

DALAM era globalisasi ruang dunia semakin mengecil. Jika dulu dunia seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi.
Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang besar merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini dan ‘tajdid’ memainkan peranan penting dalam mendepani arus tersebut.

Tajdid menurut Kamus Dewan membawa maksud ‘Menghidupkan kembali ajaran Rasulullah s.a.w. yang semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah’. Dalam bahasa Arab pula, ia bermaksud ‘Mengembalikan semula sesuatu kepada bentuk asalnya setelah ia rosak atau hilang bentuk keaslian tanpa mengurangkan apa-apa darinya atau menggantikannya dengan yang lain’.
Al-Qaradawi pula mengatakan tajdid sebagai ‘Mengembalikan sesuatu kepada bentuk asalnya, sehingga ia menjadi baru kembali walaupun ia telah lama. Ia berlaku sama ada dengan menguatkannya kembali ataupun menampung apa yang telah hilang daripadanya sehingga ia menjadi seperti asalnya’.
Maksud globalisasi pula menurut Kamus Dewan boleh didefinisikan sebagai ‘Fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat’.
Manakala cendekiawan Barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Tajdid di era globalisasi pula boleh ditakrifkan sebagai suatu proses pembaikan ataupun suatu perubahan bertujuan untuk mengembalikan sikap dan pengamalan umat Islam kepada ajaran Islam itu sendiri dan digabungkan dengan kemajuan era globalisasi yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
tajdid amat penting untuk merealisasikan impian tersebut. Untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang hakiki, perkara utama yang perlu dilaksanakan ialah beriman kepada Allah s.w.t. Dengan maksud lain tidak meninggalkan perintah wajib yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. seperti solat lima waktu, puasa zakat dan banyak lagi. Sesuatu yang menyedihkan seorang yang dikatakan beragama Islam tidak pernah solat dan apatah lagi membaca al-Quran. Dengan ini hidayah Allah tidak akan masuk ke dalam hati mereka. Islam adalah agama yang sudi dan janganlah kita mencemarkan kesucian tersebut dengan perkara-perkara yang mungkar. Marilah sama-sama kita mengubah sikap kita yang pentingkan nafsu kepada taqarub kepada Allah s.w.t. Tajdid mestilah dilakukan dalam diri setiap individu dalam menghadapi arus globalisasi yang penuh dengan cabaran ini. Janganlah kita hanyut dengan arus tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa kita tak mahu ketinggalan zaman. Kehidupan yang hakiki mestilah seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Marilah sama-sama kita melakukan tajdid daripada yang tidak baik kepada baik dan yang baik kepada yang lebih baik lagi.

ARKIB : 22/09/2006
Tajdid mendepani cabaran di era globalisasi
Oleh MOHD. MAZRAN MOHD. FAUZI

Tajdid merupakan sebahagian daripada langkah yang disarankan untuk umat Islam menghadapi arus globalisasi yang dilakonkan oleh dunia Barat dan negara- negara yang gah dalam bidang ekonomi dan sebagainya yang mampu mengeluarkan kuasa kepada negara- negara yang terlewat kemajuan..apa yang ingin dikongsikan di sini ialah berkenaan globalisasi yang wujud dalam Islam atau ia lebih disinonimkan dengan 'alamiyyah yang membawa maksud kesegajatan..

firman Allah s.w.t dalam surah al-anbiyaa' ayat 107

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

surah al-Furqan ayat 1

تَبَارَكَ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَـٰلَمِينَ نَذِيرًا
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

kesejagatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada memuliakan semua keturunan manusia. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 70

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ ڪَثِيرٍ۬ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلاً۬
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

kesejagatan ditegakkan atas persamaan kemuliaan kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t berkenaan tanggungjawab dan taklif sebagai khalifah di muka bumi...sama- sama mengabdikan diri kepada Allah, sama sebagai zuriat Nabi Adam dan seumpamanya...namun penciptaan pelbagai bangsa dan rumpun kaum bukanlah bertujuan untuk menimbulkan perbezaan yang utama sebaliknya bermatlamatkan supaya saling bertaaruf antaranya..bukan penindasan kaum lemah oleh yang kuat, miskin oleh yang kaya dan sebagainya..keadaan ini merupakan gambaran utama yang didapati hasil daripada gelombang globalisasi yang dilancarkan..apabila keluasan tanpa sempadan dijadikan rentangan dunia, maka pastilah yang maju akan dapat menguasai keadaan..bukan layanan saudara terhadap saudara dan bukan juga sekutu kepada sekutunya sebaliknya tuan vs hamba..menurut Yusof al- Qardhawi


walaupun demikian, umat Islam tak dapat elak dari globalisasi jadi langkah yang sepatutnya perlu disusun dan disedarkan sesama muslim..akidah, syariah dan segala cabangnya perlu mantap dan selari dengan muslim..ilmu pengetahuan dan kurang kebergantungan sumber kepada Barat dapat mendikarikan Islam sebagai agama yang hebat......kerana ilmu itu milik Allah dan sumber utama ilmu jua dari segala yang Allah ciptakan..
gunakan segala perkembangan globalisasi ke arah yang tepat untuk kebaikan agama ini.........
wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran