Sunday, April 11, 2010

antara remedi- administrative


Writ prerogatif seperti mandamus, prohibition, certiorari, dan quo warranto merupakan remedi yang diperuntukkan dalam undang- undang awam atau undang- undang pentadbiran. Permohonan terhadap mana- mana arahan, perintah, dan writ yang dinyatakan di dalam Akta Mahkamah Keadilan 1964 perlu kepada keizinan daripada hakim di dalam kamar yang dibuat secara ex- parte. Terdapat dua peringkat permohonan tersebut:
          i.            Mendapat izin. Pada peringkat ini persoalan mengenai locus standi (kedudukan/hak untuk didengari di mahkamah atau pada satu prosiding lain) dikemukakan. Perlu juga dibuktikan wujudnya kes prima facie yang jelas sebagai penyokong.
        ii.            Mendengar permohonan. Setelah keizinan diperolehi pihak yang memohon berhak memperolehi relief menurut undnag- undang substantif.

 CERTIORARI
Menurut bahasa latin ialah memaklumkan. Ia adalah remedi apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan keputusan mahkamah bawahan, tribunal, dan pihak berkuasa pentadbiran dibawa kepadanya dan dibatalkan jika terdapat ultra vires atau memperlihatkan kesalahan undang- undang atau telah melanggar prinsip asasi atau berlaku kesilapan semasa mentafsirkan undang- undang. Remedi ini wujud untuk kebaikan awam dan pemohon tidak perlu untuk membuktikan kepentingan peribadinya secara langsung. Pada asalnya certiorari merupakan writ prerogatif tetapi sekarang ia telah dipohon melalui permohonan kajian semula kehakiman.
            Contohnya, jika mana- mana pihak pentadbiran atau tribunal bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada pegawainya untuk dibicarakan sebelum sebarang tindakan dikenakan tugas tersebut adalah tugas kehakiman. Jika tugas tersebut tidak dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan maka pegawai yang tersinggung boleh memohon supaya keputusan tersebut dibatalkan melalui certiorari.   
PROHIBITION
Ia adalah suatu larangan. Remedi ini mengkehendaki Mahkamah Tinggi memerintahkan Mahkamah Rendah, tribunal atau penguasa pentadbiran untuk tidak menjalankan tindakan ultra vires seperti membicarakan kes di luar bidang kuasanya. Ia digunakan untuk sesuatu kes di mana sekiranya tindakan itu telah dilaksanakan remedi sepatutnya ialah certiorari dan ia dikehendaki mengikut peraturan- peraturan yang sama. .  
MANDAMUS
Perintah mandamus ialah suatu perintah prerogatif daripada Mahkamah Tinggi mengarahkan suatu tribunal bawahan, pegawai awam, perbadanan dan lain- lain lagi untuk menjalankan tugas- tugas awam. Sebagaimana perintah- perintah prerogatif yang lain, ia diperolehi melalui kuasa budi bicara mahkamah di mana pemohon mempunyai hak terhadap perlaksanaan tersebut menurut undang- undang dan cara melaksanakannya melalui perintah mandamus sahaja. Seksyen 44 specific relief act 1950 menyatakan keadaan yang membolehkan mahkamah mengeluarkan perintah tersebut dan memperluaskan bidang kuasa tersebut dengan membenarkan tindakan menahan seseorang daripada berbuat sesuatu.
            Di Malaysia perintah mandamus telah dikeluarkan untuk mengarahkan tribunal mendengar rayuan. Ia juga dikeluarkan untuk mengarahkan pesuruhjaya awam mendengar permohonan secara rundingan bagi pihak perayu.    
QUO WARRANTO
Ia adalah satu remedi yang khusus dalam undang- undang di Malaysia. Ia berfungsi menjelaskan mengenai kuasa dan bidang kuasa yang membenarkan atau membolehkan seseorang itu bertindak.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran