Friday, April 2, 2010

antara egois dan takabbur

dah lama berhasrat nak posting tentang kedua aspek ni dalam kehidupan, apabila ana membaca hand-out yang disampaikan oleh rakan yang akan membuat perbentangan, so tertanya plak, adakah takabbur dan egois terdapat titik perbezaan dan jika ada dimana? jika tiada pulak di mana persamaannya? soalan yang complicated ni ana cuba ajukan kepada ustaz dan sahabat- sahabat sekelas..kenapa soalan ni terlintas di benak fikiran ana ialah sebab ana selalu mendengar pendapat bahawa ego itu perlu ada terutamanya dibahu seorang yang bernama suami atau lelaki.
ustaz tanya ana semula apabila ana mengakui bahawa ia adalah soalan yang ana ajukan...mungkin kerana ana dan sahabat tidak dapat memahami kedua- dua sifat tersebut dengan baik jadi agak sukar untuk menjelaskan dan membidas semula soalan yang dibangkitkan oleh ustaz dan rakan- rakan lain..
takabbur umumnya dibahagikan kepada 3 type iaitu takabbur pada Allah sepertimana yang dilakukan oleh firaun yang mengaku sebagai tuhan, yang kedua pula merujuk kepad takabbur pada para Rasul dengan menolak pesanan dan mengaitkan sesuatu yang tidak baik pada Rasul sepertimana yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy kepada Muhammad s.a.w dan akhir sekali adalah takabbur pada sesama insan sepertimana yang diaplikasikan oelh iblis apabila disuruh tunduk sujud pada Adam a.s..

namun egois pula ialah satu sifat yang sering dikaitkan pada masa dan kebiasaan kini tidak seperti takabbur walaupun keduanya seolah sama dan tidak melampau andai disamakan kedudukan keduanya..sebagai contoh situasi seorang suami yang dikatakan patut ada rasa ego dalam mendidik isteri dan keluarga atau menjaga statusnya sebagai seorang suami...benarkah keadaan tersebut? melihat kepada penyataan keadaan kes mungkin konsep ketuaan itu lebih tepat digunakan sebagai amanah dan tanggungjawab yang diperintahkan Allah s.w.t diatas bahu seorang suami dalam surah an- Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka....."

jadi egois tidak kena- mengena dalam soal tanggungjawab memberi didikan atau menjaga maruah sebagai seorang ketua keluarga kerana Allah s.w.t telah menyatakan secara jelas dalam kalam-Nya..oleh yang demikian sewajarnya lelaki atau suami menjalankan amanah atas landasan dan niat yang benar bukan untuk membela egois sendiri..namun ustaz sebaliknya melahirkan kebimbangan egois tersebut menjadi penyakit pada wanita atau perempuan terutamanya yang bergelar mahasiswi...seringkali mahasiswi akan memilih pasangan yang bergelar mahasiswa juga namun dalam masa yang sama kebanyakkannya mengelakkan diri dari poligami..sedangkan mahasiswi jauh puratanya jika dibandingkan dengan jumlah mahasiswi di ipt..

oleh yang demikian, kelas diakhiri dengan ucapan nasihat kepada mahasiswi supaya jangan bersikap egois dan merendahkan orang lain atau takabbur begitu juga dengan mahasiswa, kerana soalan ini mungkin patut ditanyakan dahulu...siapakah kita untuk berasa hebat pada kecantikkan, harta, keturunan, ilmu, ibadat sedangkan semua itu adalah pinjaman dan sebagai bahan eksperimen iman kamu...sedang Allah yang Maha Memiliki kerana Dia adalah pencipta kamu...jika kamu takabbur atau bisa merendahkan insan lain seolahnya seperti kamu berselisih dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa.............................renungkan bersama!


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran