Friday, April 9, 2010

al- hikmah sbg metod dakwah

metodologi atau sinonim digabungkan bersama manhaj dan uslub dalam bidang dakwah turut meletakkan al- hikmah sebagai satu metod yang utama dalam surah al- Nahlu ayat 125:

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ 
maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat 
 pengajaran yang baik

al- hikmah atau kebijaksanaan merangkumi dalam pemilihan cara penyampaian, budi bahasa serta watak yang petut digunakan semasa melaksanakan tanggungjawab dalam berdakwah. Ibnu Manzur menyetujui untuk meletakkan pendefinisian al- hikmah berasal dari "al- mani' li al-Islah" iaitu larangan, tegahan yang menghalang sesuatu daripada mendatangkan keburukan atau mudarat pada yang lain. oleh yang demikian, dalam perbincangan al- hikmah sebagai metodologi turut diselitkan beberapa ciri yang berkait dengan definisi tersebut seperti al- adl yang mampu mengah dari kezaliman,  al- ilm yang menegah dari jahil dari seterusnya..namun al- Qahthani lebih selesa mengaitkan al-hikmah dengan al- itqan iaitu ketekunan, dan kesungguhan serta berkualiti.. betapa tinggi pendefinisian ringkas yang dapat digambarkan tentang metodologi dakwah ini bertepatan dengan kesannya serta komitmen yang patut sedia dikorbankan oleh seorang da'ie dalam mengaplikasikan al- hikmah dalam pelaksanaan dakwah..
 

sebagai asas atau keutamaan dalam al- hikmah pastinya menjadikan ilmu pengetahuan sebagai yang teratas diikuti dengan kesahihan ilmu tersebut yang benar- benar menjelaskan serta membuktikan sebuah kebenaran yang terdapat dalam Islam yang tidak difahami oleh sebahagian suspek dakwah..seterusnya merujuk kepada perintah amar makruf nahi mungkar serta cas negatif yang perlu digantikan dengan cas positif..kebanyakan daripada asas ini telah biasa bermain dalam idea seorang dai'e namun pemahaman secara mendalam setiap satu basic ini kurang menyerap dalam langkah dalaman mereka..ia bukanlah satu kelemahan dalam berdakwah sebaliknya jika ia ditingkatkan maka ke-istiqamahan da'ie dapat disemangati oleh pemahaman tersebut..

dalam menyatakan berkenaan cas negatif yang perlu digantikan dengan cas positif ialah tidak hanya menyatakan kesalahan pada sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakat sebaliknya memberi kata atau petunjuk untuk membetulkan keadaan yang arah tersebut adalah serasi serta dapat diterima oleh masyarakat..hal ini hanya merujuk kepada perkara yang bukan berbentuk akidah..

dalam melaksanakan dakwah terutama dengan kaedah al- hikmah yang pertama perlu ditekankan adalah berkenaan pemahaman suspek dakwah..perlu dijelaskan tentang Islam secara syumul sehingga suspek dapat memahami keadaan agama Islam sekaligus menghilangkan kekeliruan yang berbangkit dalam minda suspek kemudian barulah mentarbiahkan suspek supaya melaksanakan ajaran tersebut dengan baik kerana hanya iman yang dapat menjadi pendorong seseorang melakukan segala perintah dan suruhan Allah dengan penu kesetiaan..

ana tertarik pada teori irtiqa' tabi'i  yang memulakan pendidikan dan pemahaman dari individu, keluarga dan seterusnya masyarakat..hal ini telah dijayakan dalam perjuangan ikhwanul muslimin..ana sangat tertarik dengan ikhwanul muslimin dan para pemimpinnya yang tidak sesekali mementingkan jawatan dan pangkat sebaliknya Islam..itulah sebenarnya yang dimahukan..

yang terakhir sekali al- hikmah dalam usaha pembentukan negara Islam.. pemerintah perlu mengenepikan campurtangan dalam perkara furu' yang hanya boleh diselesaikan oleh mufti dan badan- badan agama lain sebaliknya lebih mengutamakan usaha untuk mewujudkan kerjasama dalam organisasi kerana dalam kerjasama tersebut bisa terukir hormat dan bantu- membantu tanpa mengira status dan sebagainya...termasuk toleransi dalam perkara- perkara khilaf..walaupun demikian perlulah jelas perbezaan antara matlamat sistem pemerintahan Islam dengan selainnya agar masyarakat tidak dengan keliru dengan pelbagai prespektif yang muncul..hal ini amatlah penting kerana pemerintah Islam dalam membina sebuah negara bukanlah bersifat material sebaliknya sebagai wadah pencorakkan nilai- nilai Islam dan umatnya kerana sesungguhnya hidup adalah satu persinggahan dan semua yang hidup pasti akan menghadapi kematian..oleh yang demikian dalam negara Islam mereka samada pemerintah dan rakyatnya akan bersama- sama menyediakan bekal untuk dibawa menghadap Allah s.w.t kelak..dan setiap yang dirancangkan dan dilakukan dalam pemerintahan mementingkan hak Allah sebagai pemilik hakiki alam dan seluruhnya termasuk negara tersebut dan juga tidak mengabaikan hak hamba yang juga rakyat bernaung dibawahnya..kemajuan biasanya disandarkan pada sejauh mana ia mendatangkan manfaat pada manusia..adakah Islam menolak kemajuan?
semestinya tidak malah Islam sendiri telah maju dan amat menepati apa jua keadaan dan masa...malah kemajuan dalam Islam lebih indah dan sangat menarik kerana tidak mengamalkan dualisme iaitu menolak akhirat atau spiritual...

ringkasnya..al- hikmah atau kebijaksanaan merujuk kepada kesesuaian dakwah dan keadaan samada suspek dakwah atau semasa....
wallahua'allam


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran