Sunday, April 11, 2010

administrative law?

Undang- undang pentadbiran adalah sebahagian daripada undang- undang awam. Undang- undang awam merujuk kepada undang- undang yang mengawal hubungan antara individu dan negara. Ia terbahagi kepada undang- undang jenayah, perlembagaan, industri, dan pentadbiran. Undang- undang pentadbiran dikhususkan kepada pentadbiran dan perlaksanaan kuasa eksekutif dalam menjalankan pentadbiran negara.

Fungsi utama undang- undang pentadbiran ialah untuk membolehkan tugas- tugas kerajaan dilaksanakan. Justeru itu, agensi- agensi kerajaan diwujudkan menurut undang- undang dan dilengkapi dengan kuasa- kuasa untuk menjalankan polisi- polisi awam yang telah digubal di peringkat Parlimen. Seterusnya untuk mentadbir hubungan di antara beberapa agensi kerajaan seperti mengawal sebuah kementerian dengan kuasa tempatan atau di antara kuasa- kuasa tempatan. Oleh itu, undang- undang pentadbiran diwujudkan untuk mengawal selia pentadbiran agensi kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat.

Sekiranya apa- apa tindakan yang dilakukan bertentangan dengan undang- undang atau dijalankan di luar bidangkuasa yang telah dihadkan, mana- mana individu atau masyarakat yang terlibat berhak mengambil sebarang tindakan undang- undang yang sewajarnya.

Undang- undang pentadbiran atau administrative law ialah undang- undang berkaitan dengan organisasi, kuasa, dan kewajipan pihak berkuasa pentadbiran
Jelasnya undang- undang pentadbiran bertujuan untuk memastikan bahawa kuasa- kuasa awam akan membuat sebarang tindakan atau keputusan mengikut undang- undang. Ia juga memperkenalkan tanggungjawab kuasa- kuasa awam dilaksanakan selaras dengan undang- undang di samping melindungi penglibatan orang- orang awam dalam membuat keputusan.

Undang- undang pentadbiran adalah penting bagi orang awam kerana melaluinya mereka boleh membuat tuntutan ganti rugi kerana kesalahan- kesalahan yang dilakukan oleh mana- mana pegawai kerajaan atau birokrasi- birokrasi yang berkuasa. Lazimnya dalam membincangkan mengenai undang- undang pentadbiran, semakan kehakiman akan dibincangkan seiring kerana ia berfungsi untuk menyemak serta mempertimbangkan tindakan- tindakan badan kerajaan bagi memastikan samada ia dilaksanakan mengikut undang- undang atau menyalahi undang- undang. (ultra vires).


sumber :
Prof. Aziah M ohammad Awal. 2002. Pengenalan kepada Sistem Perundangan di Malaysia.

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran