Wednesday, December 30, 2009

khabar

posting kali ini adalah khusus untuk memenuhi permintaan ustaz adib.. yang ada menghantar pesanan pada chat sebelah tu, ustaz adib mana erk? kawan ana ka?lecturer ana?mustahil lecturer ana,..apapun first of all ana mintak maaf andai da kekurangan pada entri ana..setakat yang ana baca semula pada subjek semester lepas dalam undang- undang keterangan berkenaan tajuk khabar..buat pengetahuan ustaz adib..ana mendapatkan maklumat untuk entri kali ini dalam karya dr.Mahmud Saedon..
umumnya golongan Hanafi membahagikan khabar kepada tiga bentuk iaitu khabar mutawatir, khabar masyhur dan khabar ahad atau perseorangan..


khabar mutawatir? sebagaimana yang kita sedia maklum mutawatir bukan bermaksud beransur- ansur sebaliknya ia lebih tepat didefinisikan sebagai pengkhabaran dari ramai orang yang pada adat mustahil mereka berpakat untuk membuat perbohongan..seperti mana dalam hadis yang meletakkan martabat mutawatir adalah yang paling tinggi..Ibnu Qayyim menerima pensabitan dengan cara ini meskipun kanak- kanak dan orang kafir turut terlibat dalam jumlah penyampai khabar tersebut..apatah lagi khabar mutawatir juga diperkuatkan lagi dengan berita yang tersebar maka hakim boleh menghukum mengikut pengkhabaran tersebut..namun dalam kes zina, pengkhabaran secara mutawatir tidak berlaku kerana pada kebiasaanya zina dilakukan secara tertutup..jika hendak dihukum hudud maka saksi perlu menyaksikan perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh..contohnya, seseorang yang diketahui kefasikannya secara mutawatir, seseorang yang bermusushan dengan orang lain diketahui secara mutawatir dan sebagainya..


 khabar masyhur plak? khabar ini telah heboh namun masih boleh dipertikaikan kerana tidak semestinya menepati hakikat sebenar..menurut Ibnu Qayyim, khabar kateogari ni beritanya masyhur dan sering menjadi bualan orang ramai dan kedudukannya antara khabar mutawatir dengan khabar ahad atau perseorangan..namun ia boleh dijadikan sandaran pada tuduhan atau penghakiman contoh, harus bagi suami untuk menjadikannya sandaran pada tuduhan isteri berzina atau qazaf..tidak dinafikan bahawa wajar menerima khabar jenis ini terutama dalam mengetahui kefasikan dan keadilan seseorang namun dalam kes hudud dan qisas, kta harus ingat bahawa pembuktian mestilah sampai tahap yakin sedangkan khabar masyhur adalah di tahap di antara yakin dan zann..oleh yang demikian ia perlu ada bukti sokongan lain seperti qarinah, syahadah, dan sebagainya bagi  memperkukuhkan keterangan yang disampaikan dengan cara ini..


the last one is khabar ahad atau single atau bujang je..khabar ini disampaikan oleh seorang sahaja dan tidak tersebar pada orang lain..namun apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim ialah seorang yang adil dan boleh dipercayai maka hakim boleh menjadikan khabar tersebut sebagai sandaran hukuman..ia masih berkemungkinan besar memihak kepada hak atau batil tetapi jika khabar tersebut disertai dengan keyakinan maka harus bagi hakim  menghukumkannya..dalam keadaan ini ia sama seperti syahadah atau kesaksian..(boleh lihat tajuk syahadah)..ia tidak sampai pada bilangan masyhur dan mutawatir malah ia juga berada pada tahap zann sahaja..oleh yang demikian hakim tidak boleh mensabitkan hukuman dengan menggunakan keterangan melalui kahabar ahad sahaja sebaliknya perlu ada keterangan sokongan seperti yamin dan sebagainya bagi kes hudud dan qisas..

alhamdullillah..sampai di sini saja explaination ana..jika ada sebarang kekurangan, ana mohon maaf sekali lagi, dan jika terdapat kemusykilan..sila tinggalkan soalan..insyaALLAH ana akan usaha carikan jawapannya..
wallahua'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran