Wednesday, October 28, 2009

syahid al- zur


esok ana exam..fitri ni yang kecoh plak..tak kesian mber tol..tak palah abaikan dye..tajuk kali ni merujuk kepada kesaksiaan palsu..umumnya hukum memberi kesaksian adalah wajib jika diminta oleh pihak mahkamah namun dalam situasi ini terjadi penipuan pada kesaksiaan..jelaslah ia adalah berdosa..

perbincangan ini tidak menyentuh mengenai hukum bagi kesaksiaan palsu sebaliknya bagaimana ulamak menyelesaikannya..bagi ulamak Syafii saksi palsu tersebut akan dikenakan hukuman qisas jika sekiranya hukuman telah dilaksanakan kepada mangsa..ini berdasarkan amalan para sahabat iaitu kata- kata Saidina Ali yang menjatuhkan hukuman qisas kepada saksi yang menyebabkan hukuman dijatuhkan kepada mangsa..

sebaliknya bagi mazhab Hanafi menolak dikenakan qisas kepada saksi kerana ia tidak melibatkan pembinasaan secara langsung iaitu dengan hilangkan anggota atau kecederaan pada mangsa..oleh yang demikian ia disiftakan sama dengan hukuman atas type tersalah yang membawa hukuman dikenakan diyat dari harta mereka sendiri..

namun hal ini berbeza dengan situasi penarikan balik kesaksian dalam syariah..dalam penarikan balik kesaksiaan dapat dilihat pada 3 situasi iaitu yang pertama apabila hukuman belum dijatuhakn oleh hakim maka tidak harus bagi hakim untuk menjatuhkan hukuman tersebut..situasi kedua ialah apabila hukuman telah diputuskan namun belum dilaksanakan..dalam situasi ini perlu dilhat pada kes tersebut jika ia adalah kes hudud dan qisas maka tidak harus dijalankan kerana telah timbul keraguan..jika kes berkenaan harta atau takzir maka keputusan dilaksanakan namun hukuman tidak dijatuhkan sebaliknya saksi- saksi tersebut dikenakan ganti rugi kerana harta boleh diganti
....situasi yang ketiga iaitu apabila hukuman telah dijatuhkan maka saksi tersebut tidak dikenakan apa- apa tindakan samada dalam kes jenayah atau mal..hal ini kerana hukuman telah dijatuhkan, kes dah selesai dan hak telah dikembalikan..
perbezaan antara topik penarikan balik kesaksian haruslah jelas kerana jika penarikan balik kesaksian atas alasan saksi palsu maka akan dikenakan diyat sebagaimana yang dijelaskan di atas
namun jika penarikan balik kesaksian atas sebab lain maka ia dipertimbangan mengikut situasi semasa kes tersebut dibicarakan



perbandingan yang wujud antara sivil dan syariah ialah apabila dalam sivil tidak dinyatakan dan tidak dibahagi dengan jelas mengenai penarikan balik kesaksian...jika kesaksian palsu ada dinyatakan dalam seksyen 132(2) Akta tersebut
malah dapat dikaitkan juga dengan seksyen 153 yang membenarkan pendakwaan terhadap saksi palsu..
kesalahan mengenai kesaksian palsu telah disebut dalam Akta Keterangan 1950 namun hukumannya dimuatkan dalam Kanun Keseksaan dalam seksyen 191 sehingga seksyen 229..
sebagai contoh..seksyen 193 kesaksian palsu yang menyebabkan hukuman bunuh kepada mangsa maka saksi tersebut boleh dikenakan hukuman yang sama..
ia telah diputuskan dalam kes PP v Bhanlunada.......

sekian.....doakan ana berjaya menjawab soalan exam sok dan juga kepada sahabat yang lain..moga ALLAH permudahkan..Amiiiiiiiiiiiiiin

wallahu'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran