Thursday, October 29, 2009

qarinah

bagus gak tak leh tido ni..eh tak ngantuk ni..leh study lebih masa skit memandangkan exam corner kan sekarang ni..qarinah merupakan sebahagian daripada elemen keterangan yang membawa maksud perkara yang menunjukkan sesuatu manakala dari segi bahasa ialah beserta, bersama dan bersahabat..ia hanya berperanan menunjukkan sesuatu yang berkaitan dengan fakta isu sahaja..umumnya qarinah terbahagi kepada dua iaitu qarinah haliyah dan qarinah lafziyah

qarinah haliyah melibatkan keadaan seperti seseorang mengatakan melihat seorang singa sedang berucap..membawa maksud seorang yang berani sedang memberi ucapan manakala qarinah lafziyah menunjukkan maksud lafaz yang disampaikan tanpa maksud yang jelas namun keadaan atau suasana menunjukkan makna lafaz tersebut.

kadangkala qarinah ada yang berbentuk kuat dan ada yang berbentuk lemah..ulamak hanya mengambil kira qarinah yang berbentuk kuat sahaja..ia dijelaskan dalam majallah al-ahkam dalam fasal 1740 dan 1741 iaitu menyatakan bahawa hanya qarinah yang bersifat qati' sahaja diterima dalam penghakiman..sekiranya tiada saksi dan tiada ikrar yang dibuat maka qarinah akan dipertimbangkan..penggunaan elemen qarinah adalah berbeza penerimaannya mengikut kes..sebagai contoh dalam kes hudud iaitu zina..sebahagian ulamak menerima qarinah mengandung tanpa suami namun sebahagian yang lain menolak kerana terdapat keraguan yang menjatuhkan pensabitan hukuman hudud dijatuhkan..



dalam Akta keterangan 1950 qarinah tidak disebut secara jelas namun ia dapatlah disama-ertikan dengan keterangan melalui hal keadaan...konsep ini tidak sama dengan keterangan secara langsung iaitu saksi mempunyai pengetahuan sendiri atas fakta isu..sebaliknya keterangan hal keadaan termasuk dalam keterangan secara tidak langsung yang mana membicarakan mengenai fakta- fakta relevan yang mampu mengumpulkan dalam membuktikan fakta isu..sebagaimana dalam keadaan Syariah...Sivil juga hanya menggunakan keterangan hal keadaan jika sekiranya tiada saksi yang menanggapi kejadian tersebut..

wuah tahap ni yang best ni bila melibatkan seksyen...
seksyen yang berkaitan yang boleh dibuat perbandingan antara kedua sides ni..bermula seksyen 6 sehingga seksyen 10..(sila rujuk seksyen)
dalam posting just nak selitkan kes sahaja..

seksyen 6
kes Amirta Lai Hazra v Emperor- dapat dikaitkan dengan transaksi yang wujud kepada fakta dalam isu iaitu kedekatan masa, motif dan tujuan.
kes Kok Ho Leng v PP- tuduhan judi haram, panggilan telefon mengenai tempahan judi

seksyen 7
kes Aziz b. Md.Din v PP- kes rogol, keadaan yang memberi peluang untuk tertuduh melakukan kerana tinggal mereka berdua sahaja dalam rumah tersebut

seksyen 8
kes Lim Kong v PP- kes peras ugut, keadaan terdesak dan memerlukan wang
kes Sunny Ang v PP- kes bunuh kerana mahukan polisi insurans mangsa, tertuduh berada dalam keadaan muflis ketika itu
kes Mokhtar b. Hashim v PP- mangsa merupakan pesaing politik kepada tertuduh, kes bunuh.

seksyen 10
kes Mirza Akhbar v Emperor- sepucuk surat untuk komplot membunuh mangsa
kes Liew Kaling v PP- pakatan untuk membunuh selepas pembunuhan tidak diambil kira

kesimpulannya, samada Syariah mahupun Sivil turut menerima qarinah sebagi sebahagian daripada kaedah keterangan..ia termasuklah qarinah qanunniyyah ataupun qarinah qadaiyyah..mengikut pendapat Ibnu Qayyim bahawa qarinah perlu diterima samada dalam kes hudud, qisas mahupun takzir..hal ini bagi menggelakkan ia dijadikan sebagai dalihan pesalah untuk melepaskan diri..kini
DNA, foot prints, and suma yang berkaitan dah jadi kesahihan pada qarinah itu sebagai pensabitan yang boleh dipercayai..

wallahu'alam

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran