Friday, October 23, 2009

pengetahuan hakim@ ilm al- qady

ia adalah elemen yang termasuk dalam evidence law..sebenarnya exam undang- undang keterangan tak lama

lagi pastu plak rapat ngan exam sebelumnya so ana nak study takut tido plak..tapi dah study dah sebelum ana posting ni...ini untuk nota ana menjelang exam kelak..
ilm al- qady merupakan sesuatu kejadian atau keadaan yang diketahui oleh hakim berkenaan fakta kes dan latar belakang kejadian..persoalannya wajarkah hakim menjadi memberi hukuman jika kes itu dihadapkan padanya?
mungkin pembahagian ini dapat menjelaskan sedikit kefahaman berkenan maksud yang cuba diberikan dalam tajuk ni...

yang pertama,
pengetahuannya dalam perbicaraan, Ibn Qudamah menyatakan bahawa tiada berlaku sebarang perselisihan berkenaan situasi ni..hujjahnya seorang hakim itu boleh menghukum berdasarkan pengetahuannya dalam perbicaraan meskipun tidak didemgari oleh sesiapa melainkan hakim dan saksi berkenan..
Imam Syafii dan Ahmad pula berpendapat hakim boleh menjatuhkan hukuman dalam majlis perbicaraan tanpa disyaratkan sekurangnya dua orang saksi..
Imam Ahmad menambah lagi bahawa adalah harus hakim tersebut menghukum berdasarkan iqrar dan keterangan tersebut
namun jarang la perbicaraan kes tak dak orang nak mai..paling tidak mesti ada pak guard tu ka..mak cik cleaner ka..dan mana da perbicaraan tak dak pihak peguam ka kan.....so ketika dalam perbicaraan sememangnya pihak hakim dibolehkan untuk menghukum atau menjatuhkan hukuman kepada pihak terlibat.

situasi kedua,
yang kat luar daripada perbicaraan..contohnya hakim mengetahui fakta kes tersebut kerana terlihat kejadian atau hakim mendengar suami mentalakkan isterinya..
so situasi ni perlu ka hakim berikan hukuman?
kali bnyak khilafnya..yang pertama mazhab zahiri mewajibkan bagi sesetengah kes iaitu kes harta, maruah, qisas, hutang dan hudud..hujjahnya kezaliman harus dielakkan oleh setiap muslim, oleh itu, jika sekiranya hakim membiarkan kezaliman berlaku ke atas pihak lain maknanya ia telah melakukan suatu yang salah.
bagi mazhab Syafii pula ia membezakan situasi pada hak ALLAH dan hak manusia..sekiranya hak manusia ada sebahagian mengatakan harus atas hujjah sekiranya hakim tidak yakin pada keterangan saksi- saksi yang dikemukakan sedangkan dia mengetahui maka kesaksian beliau adalah satu keyakinan dalam membuat keputusan tersebut..antara yang berpendapat dari mazhab Syafii ialah al-Muzani..seterusnya, tidak harus seorang hakim menghukum di luar perbicaraan berdasarkan hujjah sabda Rasullullah kepada al- Hadrami yang bermaksud
sama da dua saksi bagimu atau sumpahnya (orang yang didakwa) dan tidak ada jalan lain melainkan demikian
malah ditambah lagi jika harus bagi hakim untuk menghukum maka wajarlah situasi akad nikah hanya memadai dengan kehadiran seorang hakim kerana ia menyamai dua orang saksi...
sebenarnya tidak wujud perbezaan pendapat sebaliknya hanyalah pada perbezaan dari sudut situasi atau keadaan kes tersebut...
dari sudut hak ALLAH iaitu berkaitan dengan hudud, kebanyakkannya berpendapat bahawa tidak harus seorang hakim itu menghukum..hal ini kerana para sahabat iaitu Abu Bakar r.a yang meminta keterangan dan saksi sebelum penghukuman dibuat..lagipun dalam kes hudud adalah lebih baik disembunyikan atau mengikut pertimbangan individu tersebut samada ingin memberi kesaksian atau sebaliknya
hal ini dipersetujui oleh golongan dari mazhab Hanafi yang membolehkan hakim menghukum hanya pada kes melibatkan hak manusia sedangkan hak ALLAH pula secar kaedah istihsannya adalah tidak perlu melainkan pada kes mencuri...dalam penghukuman kes mencuri pula hanya dihadkan pada kedudukan harta dan bukan bersifat hukuman..begitu juga dibolehkan bagi kes qazaf
manakala bagi mazhab Hanafi dan Maliki pula menolak seorang hakim tu tuk menghukum apabila di luar perbicaraan samada ia berkaitan dengan hak Allah atau hak hamba..




AKTA KETERANGAN 1950 @ CIVIL
menurut seks.56, apa- apa fakta yang diberi pengiktirafan kehakiman tidak perlu dibuktikan..ia berdasarkan kaedah maxim iaitu what's known need not be proved...melihat kepada beberapa keputusan kes yang pernah dibuat


1) kes Yong Pek Yong v PP-
hakim Good menyatakan bahawa mahkamah berhak memeberi pengiktirafan kepada sebarang fakta yang semua mengetahui mengenainya secara jelas


2) kes PP v Choo Teck Cheng
Jalan mountabbatten di Singapura adalah jalan besar..fakta tersebut telah diberi pengiktirafan kehakiman.


3) kes Sivagami Achi v PRM
perkara yang tidak popular walaupun diketahui oleh hakim adalah tidak boleh diberi pengiktifan kehakiman ke
atasnya.

seksyen dibawah adalah berkenaan prosedur pengiktirafan kehakiman secara ringkas dalam Akta Keterangan 1950


seksyen 57 (2)
hakim boleh merujuk mana- mana dokumen atau buku untuk memberi pengiktirafan tersebut

seksyen 57 (3)
hakim juga boleh menolak mana- maan pihak untuk beri pengiktirafan kehakiman kecuali disertakan dengan buku atau dokumen yang difikirkan perlu


seksyen 58
berkenaan tiga cara fakta tersebut diakui
1) pihak dalam prosiding setuju mengakuinya
2) ia diakui secara bertulis dan terdapat tandatangan sebagai bukti persetujuan
3) pengakuan mell pliding (penyataan bercetak sebelum perbicaraan) yang berbentuk tuntutan, pembelaan, jawapan adalh diterima.


wallahu'alam


0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran