Monday, October 5, 2009

Basic of witness in Islamic Law

dimulakan dengan ucapan selawat dan salam ke atas rasul junjungan dan pujian pada rabbi...tajuk posting kali ni di bawah elemen yang digunapakai dalam evidence law atau undang- undang keterangan iaitu syahadah atau kesaksian..umumnya definisi kesaksian secara bahasa ialah penerangan atau khabar yang pasti dan dari sudut istilahnya dapat la kita ringkaskan daripada banyak pandangan ulamak yang mana ia tak lari dari menyatakan bahawa syahadah adalah satu pemberitahuan yang benar untuk mensabitkan sesuatu hak dengan lafaz syahadah dalam majlis penghakiman..Islam menerangkan mengenai kesaksian sebagai elemen yang harus digunapakai dalam pensabitan hukum dalam al- Quran antaranya dalam surah al- Baqarah ayat 282 (sila rujuk) dan surah an- nisa ayat 135 (sila rujuk)...di sini ana cuma nak menukilkan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas daripada Rasullullah s.a.w yang berkata kepada orang yang bertanya kepada kesaksian:

"kamu lihat matahari itu? lelaki itu menjawab ' ya'. Rasullullah bersabda: jika engkau lihat seperti itu (seperti melihat matahari) jadilah saksi, jika tidak janganlah (menjadi saksi). "

hukum memberi kesaksian adalah fardu kifayah dalam kes selain kes hudud...namun jika saksi diminta oleh mahkamah untuk membuat kesaksian maka ia menjadi wajib ke atas saksi..manakala dalam kes hudud pula saksi tidak wajib menjadi saksi secara sukarela sebaliknya mengikut budi bicaranya..hal ini kerana penyaksian yang dibuat haruslah detail dan tiada keraguan kerana beratnya hukuman dalam kes hudud sekiranya disabit bersalah.



perbincangan seterusnya menyentuh mengenai rukun kesaksian yang pertama iaitu orang yang memberi kesaksian ataupun mudah dikenali sebagai saksi...bnyak gak syarat jadi saksi ni sampai boleh bahagi kepada dua group...group pertama syarat tahammul atau penerimaan penyaksian..syarat ni masa saksi menyaksikan kejadian tersebut..antara syaratnya termasuklah berakal dan boleh melihat...sebab orang gila atau kanak- kanak dikhuatiri terlupa akan kejadian yang dilihatnya..tapi klu melihat plak tak suma ulamak terima syarat ni sebab bagi mazhab Maliki menerima penyaksian daripada orang yang buta tapi pada certain2x kes sahaja yang mana diyakini bahawa pendengaran dan sentuhan sudah mampu membuktikan kebenaran saksi tersebut contohnya kes talaq...saksi yang buta telah mendengar dengan jelas tentang lafaz talaq tersebut...
syarat saksi yang kedua...syurut al- ada'..merujuk kepada syarat ketika penyaksian itu hendak dibuat di hadapan mahkamah atau ketika perbicaraan..dalam group ni bnyak skit ahlinya, klu tak salah kiraan da 6 item yang meliputi Islam, sempurna akal, baligh, adil, kuat ingatan, tiada tohmahan, berakhlak mulia dan bermaruah, merdeka, boleh bertutur dan melihat..aik macam lebih ja dari 6 item..tapi suma item yang digariskan dalam syarat group ni ada banyak pendapat mengikut mazhab..contohnya adil..ada mazhab yang mendefinisikan adil dengan tidak melakukan dosa besar sudah memadai..tapi mazhab Maliki meletakkan takrif adil dengan ketat iaitu yang merujuk kepada sifat salihin dan awliya'..klu nak dibukak perbincangan mengenai huraian bagi group syarat saksi ni..mungkin panjang lagi posting ana..tapi untukku kefahaman ana terutamanya..ana akan divide kan gak sekemas mungkin...sebab ia penting untuk diketahui klu tak banyak la persoalan akan timbul..so tunggu jap..sok ana sambung posting


seperti yang dijanjikan...today is 061009, tuesday - ana teruskan perbincangan ni tentang isu yang wujud dalam syarat al -ada' yang tersusun kat atas tadi..hanya yang da isu sahaja ditekankan posting kali ni


SYARAT 1 : ISLAM
umumnya ulama bersepakat bahawa kesaksian orang kafir tidak diterima dalam penghakiman berdasarkan surah al- Baqarah 282 (sila rujuk) tapi terdapat perselisihan dalam isu penyaksian orang kafir dalam keadaan wasiat,,darurat,,dan penyaksian orang kafir terhadap sesama mereka..menjawab isu yang pertama hanya mazhab Hanbali yang menerima keadaan ni  sekiranya tiada bersamanya ketika itu seorang Islam sebaliknya ulamak lain menegaskan pentafsiran ayat dari surah al- Maidah 106 bahawa penyaksian orang fasik tidak diterima jadi orang kafir lebih lagi so golongan ini menolak kesaksian orang kafir dalam wasiat..seterusnya situasi darurat..ulamak yang menerima antaranya mazhab Hanbali, Ibnu Taymiyyah, dan Maliki (menerima jika ia berdasarkan kepakaran seseorang seperti doktor)..ulamak lain menolak sekerasnya kesaksian oleh orang kafir biarpun dalam keadaan darurat..ana mengambil pendapat mazhab Hanafi yang menerima kesaksian orang kafir sesama mereka sebagai contoh kafir harbi vs harbi dan dhimmiy vs dhimmiy..ia berdasarkan amalan Rasullulah yang pernah mengharuskan kesaksian seorang Nasrani bagi golongan Nasrani juga..mazhab Hanbali juga terima kesaksian dalam isu ni tapi mestilah yang lebih tinggi taraf menyaksikan kelompok kafir yang rendah mengikut kedekatannya dengan penerimaan terhadap Islam sebagai contoh kafir dhimmiy terhadap kafir  musta'man..manakala Ibnu Taymiyyah menerima sepenuhnya bagi kesaksian orang kafir sesama mereka kerana mengikut maslahah umum..


SYARAT KE-2 : BALIGH


 syarat ni perlu disedari bahawa hanya untuk penyampaian bukan penerimaan kesaksian..mazhab Maliki menerima kesaksian kanak- kanak bagi kes yang melibatkan kecederaan dengan melatkkan beberapa syarat antaranya tiada orang dewasa lain melainkan hanya kanak- kanak tersebut yang menyaksikannya..kanak- kanak tersebut telah mumayyiz dan tidak berpisah penyaksian semasa penyampaian dibuat maknanya tidak mengambil masa yang lama antara penyaksian dengan penyampaian..mazhab Hanbali pula mensyaratkan kepada kes yang bukan kes hudud dan qisas maka penyaksian kanak- kanak boleh diterima pakai...penolakan kesaksian kanak- kanak adalah kerana mereka tidak dibenarkan membuat iqrar untuk dirinya sendiri dalam surah al- Baqarah 283 (sila rujuk)..oleh yang demikian mereka dilarang dari membuat penyaksian kerana masih tidak dapat memahami kesan daripada penyaksian tersebut..


umumnya syarat- syarat ni  digariskan supaya pensabitan tersebut adalah tepat dan jika longgar pada saksi seprti menerima semua saksi tanpa penapisan maka fakta kes akan bercampur antara kebenaran dan kebatilan yang kesannya pada hukuman bagi pesalah..jelasnya syarat ni untuk membantu hakim membuat keputusan yang tepat..seterusnya disambung pada rukun yang kedua iaitu pihak yang disaksikan baginya atau plaintif atau pendakwa atau perayu..ketiga, pihak yang diberikan kesaksian ke atasnya atau defendan atau responden dan yang keempat ialah lafaz yang digunakan semasa kesaksian dibuat iaitu jelas dan nyata yang menyakinkan sepenuhnya bahawa saksi tahu mengenai kejadian tersebut seperti lafaz "aku tahu" atau "aku menyaksikan bahawa"...dan yang 
terakhir ialah perkara yang disaksikan...saksi mestilah bertindak menceritakan semula kejadian itu dan bukan bertindak membuat saksi dalam bentuk kesimpulan..




6 pendapat:

skyjamil said...

umumnya dalam Akta Keterangan tidak dibahagikan syarat penerimaan dan penyampaian dengan khusus..cth bagi syarat baligh tu..dalam AK1950 dikaitkan dengan unsworm evidence (keterangan tak bersumpah)

skyjamil said...

adil= credibility of witness rujuk seks.140

seks.52, 53, 54= setiap pihak diberi peluang untuk mencabar kebolehpercayaan saksi

seks.54, prosiding jenayah=fakta plaintif berwatak baik adalah relevan

seks. 133& 144= menafikan dijadikan sepenuhnya watak baik sebagai penolakan saksi sebaliknya rakan sejenayah sebagai saksi turut diambil keterangan

skyjamil said...

seks. 118 vs al-dabt (kuat ingatan) mengenai alasan org yg sakit otak atau org gila ditolak sebagai saksi hanya dikhuatiri mereka tidak mampu memahami dan menjawab soalan yg ditanya dengan baik

skyjamil said...

seks. 120 vs tohmah (relationship each others)
menerima keterangan dari isteri kepada pihak suami samada dalam jenyah mahupun sivil kecuali komunikasi semasa perkahwinan

skyjamil said...

seks.119 vs bisu.....

Al Sunna said...

Assalamu alaikum,

Nice blog, the content in this blog is very useful to the people who are looking out for islamic knowledge.

Post a Comment

syukran kasiran