Friday, September 11, 2009

Tafsir VS Ta'wil

070809, monday- 3 hari dari ari isnin ni akan diadakan peperiksaan mid tentang tajuk posting ni, so memandangkan ana ni rapat ngan laptop ni, laptop ni tempat ana curah segala idea dan kreativiti di samping merasai nikmat teknologi..tanpa membuang masa macam tu ja apa salahnya ana muatkan subjek ni dalam blog ana ni...
penerangan ana bermula dengan pengenalan mengenai al- quran dan tafsir..berkenaan pendefinisian al-Quran rasanya tak perlu ana selitkan kerana ana yakin pembaca yang terlintas untuk mentelaah tajuk ni pasti lebih memahaminya..tapi jika ada yang ingin bertanya juga sila selitkan pertanyaan anda di ruangan komen ok...memahami al- Quran bukan hanya perlu beradab dengannya atau menghalalkan perkara yang dihalalkan dan begitulah sebaliknya..namun memahami al-Quran adalah penting untuk memahami isi kandungannya..maka di sinilah pentingnya pembelajaran ilmu tafsir...sebelum kita mengenal ilmu tafsir secara mendalam eloklah kiranya dimulakan dengan definisi pada bahasa iaitu asal kalimah الفسر...yang bermaksud menzahirkan makna dalam fikiran (al- Raghib asfihani) IBNU HAYYAN plak mendefinisikan dari sudut bahasa ialah menanggalkan sesuatu untuk membebaskannya..dari kamus wasit plak ialah mendedahkan maksud bagi lafaz yang musykil..
sekarang masuk terus kepada istilah...ada banyak pendefinisian oleh ulamak tapi ana pilih dua sahaja iaitu yang pertama dari pendangan AL- ZARKASHI..-ilmu untuk memahami kitab Allah yang telah dinuzulkan kepada nabi s.a.w, menerangkan maknanya, mengeluarkan hukumnya serta hikmatnya..kedua dari pendapat AL- ZARQANI..-ilmu yang membahaskan mengenai dilalah al- Quran mengikut maksud yang dikehendaki ALLAH menurut kemampuan manusia..
seringkali berlaku salahfaham antara tafsir dan ta'wil..ana pun kadangkala keliru..ta'wil menurut ulamak salaf ialah kehendak atau maksud sebenar percakapan. sekiranya perbuatan tersebut dalam bentuk suruhan maka ta'wilnya adalah perbuatan yang disuruh itu sendiri..namun bagi pandangan ulamak muta'khirin..-ta'wil ialah memalingkan makna yang rajih kepada makna yang marjuh kerana terdapat dalili bersamanya dengan syarat ta'wilan mestilah menepati maksud dari segi bahasa dan terdapat dalil yang sahih bersamanya..perbezaan antara tafsir dan ta'wil telah disimpulkan oleh ."al- Raghib Asfihani
"tafsir lebih umum dari ta'wil. tafsir banyak digunakan pada lafaz dan ta'wil banyak digunakan pada makna. perkataan ta'wil banyak digunakan dalam kitab- kitab illahi tetapi tafsir digunakan dalam kitab illahi dan lain- lain dan tafsir banyak digunakan dalam lafaz mufrad sedangkan ta'wil pada susunan ayat"
Abu Talib Tha'labi membezakan keduanya dengan mengatakan
"tafsir menerangkan kedudukan lafaz samada hakikat atau majaz dan menceritakan tentang hakikat maksud manakala ta'wil menerangkan secara batin (sebenar) lafaz dan menyatakan tentang dalil maksud."
Al- Dhahabi pula
"tafsir berkaitan dengan riwayah dan ta'wil berkaitan dengan dirayah iaitu melibatkan kefahaman dan ijtihad tafsir"


seterusnya ana akan usulkan perbincangan kedua dengan tajuk sejarah perkembangan ilmu tafsir di bawah label yang sama iaitu metodologi al- Quran dan hadis..jumpa di sana
 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran