Friday, September 11, 2009

Sejarah Perkembangan ILMU TAFSIR

basic font bagi font ni pun ana pilih colour yang sama..biar seragam walaupun ana memang suka pada perubahan..dalam perbincangan topic ni ana akan cuba untuk menghabiskan sejarah bermula zaman Rasullullah sebagai pengasas ilmu tafsir sehingga zaman tabiin..
bermula pada zaman Rasullullah

sebagai seorang yang dinuzulkan al-Quran pada baginda serta merupakan salah satu tugas baginda untuk menerangkan apa yang tidak dapat difahami oleh masyarakat pada masa itu..namun penafsiran yang dilakukan oleh Rasullullah hanyalah melibatkan sebahagian ayat sahaja iaitu hanya ayat atau pada kalimah yang memerlukan penerangan dan penyelarasan maksud seperti lafaz am, khas, mujmal dan muqayyad dan sebagainya..Rasullullah juga memberi tunjuk ajar kepada para sahabat untuk mentafsirkan ayat al- Quran menggunakan ayat al- Quran disamping mengutamakan praktikal serta mencapai matlamat untuk ibadat dan tadabbur isi kandungan al-Quran..sebagai contoh tafsir yang dilakukan oleh baginda dalam surah al- Baqarah ayat 238 berkenaan solat wustho..Rasullullah telah menafsirkan lafaz tersebut dengan membawa maksud solat asar...pada peringkat awal ilmu tafsir ini masih belum ditadwinkan atau dibukukan sebagai suatu ilmu tersendiri...

seterusnya ayuh kita melewati zaman sahabat pula
antara mufassir yang terdapat pada masa ini ialah 4 sahabat kabir..Ibnu Abbas, Ubai Bin Ka'ab, Zayd Bin Thabit, Abu Musa as-Sya'ari dan lainnya...para sahabat juga tidak menafsirkan keseluruhan ayat al- Quran sebaliknya hanya memberi makna dari sudut bahasa dengan menggunakan lafaz yang ringkas sahaja..oleh itu tidak banyak berlaku khilaf pada zaman ini..memandangkan para sahabat tidak mahu melazimkan diri mereka mencari makna secara terperinci..tiada pembukuan dibuat lagi pada ketika ni
para sahabat menggunakan al- Quran , hadis, bahasa arab, sebab nuzul dan ijtihad serta kekuatan istinbat sebagai sumber dalam menafsir al- Quran
metod yang digunakan pula sentiasa mementingkan kedudukan lafaz dari sudut bahasa serta rahsia- rahsianya kemudian mengetahui adat resam masyarakat arab disamping reaksi yahudi dan nasrani ketika penurunan ayat tersebut...
ia juga melibatkan kekuatan dalam kefahaman dan pengetahuan yang luas
berkenaan dengan hukum untuk beramal dengan tafsir para sahabat..ulamak secara sepakat mengatakan bahawa sekiranya tafsir tersebut disandarkan pada Rasullullah maka ia berada di tahap marfu' namun jika sebaliknya maka tafsir tersebut hanya di tahap mawquf sahaja...bagi tahap yang marfu' maka wajib la kita mengambil pengajaran dari tafsiran tersebut..

tanpa melengahkan masa ana teruskan perbincangan ni pada kemuncaknya iaitu pada zaman tabiin
penafsiran pada zaman tabiin sudah tidak terpelihara sebagaimana zaman sebelumnya..telah banyak dipengaruhi oleh unsur- unsur israilliyat serta pengaruh mazhab
malah banyak juga khilaf berlaku dalam tafsir antara mufassir..
oleh yang demikian ulamak telah berbeza pendapat dalam penilaian terhadap tafsir tersebut..sebahagiannya menolak tafsir tabiin untuk dirujuk namun kebanyakan ulamak tafsir menerima penafsiran tersebut kerana berpendapat bahawa kebiasaanya para tabiin menukilkan penafsiran dari para sahabat..dan pendapat yang paling rajih adalah menerima penafsiran tersebut sekiranya ianya adalah ijma' para tabiin

alhamdullilah tamatlah sejarah berkenaa ilmu tafsir ni..insyaallah jika berkemampuan ana ingin sekali postingkan berkenaan tafsir mathur...
 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran