Monday, September 14, 2009

isu cerai makin bnyak kan?

ana cari tajuk newspaper pasal peningkatan h1n1 tadi tapi ana terbaca satu tajuk yang terkejut gak la walaupun dah besa kan berlaku...kali kes penceraian sepasangan artis iaitu nana ngan faizal..masyallah, aziz m.osman ngan bekas isteri beliau alia lee dah lama dirikan umahtangga cerai gak..akhil hayy ngan maizatul mengalami nasib yang sama..nurul dengan ajai pun dah bawak haluan sendiri..seterusnya contoh yang lain ialah abby abadi dengan norman hakim...suma tu keluarga artis..
apa agaknya punca rapuhnya hubungan keluarga ni..erra ngan yusri satu lagi pasangan yang grand perkahwinannya tapi ternyata jodoh keduanya tidak lama..akhirnya hubungan itu disudahi dengan lafaz cerai untuk si isteri...
ana tak bermaksud untuk menghukum orang lain atau meletakkan salah pada mana- mana pihak tapi apa yang ana nak tekan kan disini ialah berkenan persediaan sebelum kahwin..
benarkah pasangan ini sudah benar- benar bersedia untuk berkahwin sekaligus menanggung tanggungjawab sebagai suami dan bapa sebagaimana isteri dan juga mama.?
ana teringat kata seorang ustaz bahawasanya ilmu itu penting dalam persediaan rumahtangga..sepatutnya sebelum berkahwin perlulah insan kaji sebentar tentang dirinya..benarkah dia akan bersedia menerima dugaan hidup bersama?
bagaimana untuk menghadapi masalah yang timbul dalam arus rumahtangga kelak?
bagaimana mengekalkan ikatan kasih antara suami dan isteri?
bagaimana hubungan dengan keluarga mertua yang amat baru untuk setiap pasangan?
anak- anak?bagaimana corak didikan terbaik untuk mereka?
banyak persoalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita supaya perkahwinan itu mencapai matlamat sebenar iaitu sebagai pelengkap dan membawa ketenangan antara pasangan..
ana suka sangat mendengar seorang pak cik tu menceritakan kebaikan isterinya malah meletakkan pangkat bahawasanya isterinya adalah pilihan yang terbaik untuknya..lihatlah kuasa Allah untuk mengikat kasih insani..masyallah
sesungguhnya sifat pengasih dan penyayang itu milik-Nya
lecturer ana..ana panggil ustaz ja sebab ana tak ingat la pangkat pa dah lecturer ana tu..
ustaz hashim mehat la namanya lecturer criminal comparative law...beliau pernah mengatakan bahawa hidupnya banyak bergantung pada isteri beliau biar ke mana sekalipun isterinya perlu dibawa bersama..tapi bukan maksud ana sampai dalam kuliah pun ada isteri beliau memerhati...ana pun teringin nak tengok dan ucapkan tahniah untuk isteri beliau kerana keredhaan suami bersamanya...
itulah indahnya rumahtangga yang bahagia..ana pasti keluarga artis jua inginkan bahagia tapi adakah dua pihak memainkan peranan yang penuh dengan tolak ansur tanpa mementingkan kehendak diri..
suatu masa dulu kak intan yang bagi ana seorang yang berpengalaman..beliau pernah menasihati ana dan kawan ana agar melatih pasangan sebelum kahwin untuk mengenal prinsip dan style hidup kita yang tak mampu digugat....
sekiranya pasangan tersebut mampu bertahan dan menghadapi perangai kita seolahnya rela untuk hidup bersama malah sebumbung....terimalah jua kekurangan yang da pada pasangan kita asalkan tidak melanggar prinsip kita?
mak ana jugak penah pesan agar memilih pasangan yang tidak menyisihkan keluarga...samada keluarganya mahupun keluarga pasangannya..hormati keduanya dan adil semampunya
tapi ana respek ngan kakak ana..bertuah abang ipar ana pilih kakak ana...ana doakan keluarga mereka bahagia bersama rahmatullah..
banyak plak ana bebelkan pasal kes cerai ni..yelah sedih gak bla jadi macam ni, mungkin Allah sediakan jodoh yang terbaik untuk keduanya kelak insyaallah..ana harap kedua pasangan tersebut dapat ambil iktibar dari kedukaan tersebut..
ana bukan bernaksud minat artis tersebut tapi hurmmmm cuma simpati insan ja...
akhirukalam..bagi muslimat pilihla pasangan yang sebaiknya, kenali pasangan sebelum bergelar isteri dalam tempoh pertunangan
........dan bagi muslimin, carilah pasangan yang mahu menenangkan hati dan memahami diri anda serta sanggup menerima kelemahan anda...
sediakanlah wadah persediaan yang cukup sebelum menemui tok kadi dan melafazkan akad penerimaan..
kerna sesungguhnya perkahwinan adalah pelengkap dan sebaliknya da cabaran dan hikmah...ok, ana bukan lah hebat sangat atau berpengalaman tapi ni cuma presepsi ana sahaja...ha..sebelum terlupa..ana teringat satu petua lagi untuk pasangan yang ingin masuk ke gerbang rumahtangga bahagia...tanya rahsia pendapat keluarga yang telah lama bersama mungkin kakak kita, mak kita, pak cik ka, mak cik ka, atau seumpamanya..atau senang kata yang telah berjaya menjaga serta mengharungi badai rumahtangga sebaiknya..
ada yang ana dengar pendapat seorang pakar motivasi bahawa..pasangan yang berjaya bersama 5 tahun ke atas insyallah kekal kerana tempoh awal 5 tahun adalah masih ditahap untuk mengenali pasangan...
oleh itu sepatutnya berikanlah masa untuk perkenalan ni dan selepas 5 tahun buatla keputusan samada mampu bertahan atau sebaliknya...
itu jelah komen ana ketika ini...baiklah..semoga kita ditemukan jodoh pada masanya...wallahua'lam



hasil cetusan ilham ana...
 tulus hatimu menerimaku, 
indah lafaznya terus bersemadi biarpun 
masa
terus berlalu..meninggalkan kenangan itu
namun
ku hadirkan kasih atas landasan cinta illahi untuk harapan lafaz itu terus benar
menunjukkan kepastian pemiliknya..
ikatan itu sukar tapi...
yakinlah insan bahawa
kasih sayang serta cinta yang kekal adalah anugerah YANG ESA
jika perasaan itu makin kurang pada pasanganmu yang telah kau lafazkan
penerimaan akad itu maka..
berdoalah selalu agar dikembalikan serta dicambahkan benih manisannya
dalam hari- hari akan datang
insan..hadirku adalah kerana jodoh takdir illahi
bukan pintaku
bukan mahuku
tapi ia adalah kehendak YANG ESA..
jangan kau kesali malah terimalah serta harungilah
badai itu kerna pasti ada sinar hasil kesabaran serta pengorbananmu
menjelma dihujung sana
orang yang menangis takkan selamanya menangis
dan 
yang ketawa takkan selamanya gembira
inilah kehidupan

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran