Sunday, August 16, 2009

beban membukti?


sengaja nak berkongsi di samping nak luahkan bacaan tadi, bila sebut beban membukti, apa yang terlintas dalam segenap idea kita, semestinya ia berkaitrapat dengan perbicaraan bagi menuntut keadilan di mahkamah.
kat cni juz nak bangkitkan tentang beban membukti dari sudut kes jenayah terutamanya. beban membukti adalah sedara rapat dalam evidence law so in criminal law it's not much to discuss.. dalam definisi dapatlah kita fahami beban membukti merupakan satu proses membawa untuk mengesahkan kebenaran sesuatu fakta dalam mahkamah keadilan..dalam menjalankan proses pengesahan tu perlulah bahan bukti bersama dengan hujah bagi mewujudkan kes prima facie supaya perbicaraan keadilan dapat dijalankan. sekiranya pihak pendakwa gagal membuktikan bahawa telah wujud kes prima facie maka tiadalah perbicaraan keadilan sebaliknya pembebasan bagi pihak defendan. berbalik kepada tajuk burden of proofs, in the criminal cases, beban membukti adalah dibawah tanggungan pendakwa raya atau plaintif atau orang yang menuduh. hal ini kerana asal hak bagi seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahan padanya. konsep ni dalam qawaid fiqh dah lama ada..al-aslu baraahtu zimmah, tapi ada beberapa keadaan yang menyebabkan tanggungan ni berada di bawah defendan. Ia meletakkan pada 3 kaedaan ini iaitu pengetahuan am, anggapan yang memadai, dan pendalihan yang terdapat dalam kanun keseksaan 574 dari seksyen 76 sampai seksyen 106. klu nak tau bagaimana yang dimaksudkan dengan keadaan tersebut..tunggulah perbincangan seterusnya. dalam konsep burden of proofs ni, Islam meletakkan beberapa tahap dan tahap yang diterima pembuktian tersebut ialah dalam keadaan yakin. susunan tertib menaik mungkin boleh memahamkan apa yang cuba diperbincangakan di sini. bermula dengan salah kemudian waham (keadaan yang hampir kepada fakta yang salah) seterusnya syak, diikuti dengan zan dan akhirnya kemuncak yang dipercayai penghujahan ialah yakin. manakala dalam perundangan moden, sama ja macam Islam..tapi walaucamnapun Islam lebih sempurna, sejauh mana barat kaji nak wat undang- undang yang hebat masih ada kurangnya samada dari sudut keadilan atau sebagainya. dalam perundangan moden, tahap pembuktian bagi kes jenayah mestilah sehingga tiada keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt bagi pihak yang pendakwa dan bagi pihak tertuduh pula mestilah sehingga wujudnya balance of probabilities. pihak tertuduh tidak perlu mewujudkan bukti sebaliknya sekadar menimbulkan kemungkinan yang munasabah bagi setiap bukti dan hujah dari pihak pendakwa. 



 
BEBAN MEMBUKTI IN ISLAMIC EVIDENCE LAW.
kat ruangan ni kita akan berbicara tentang definisi beban membukti serta tahap pembuktian yang digariskan dalam Islam.
firstly, apa yang dimaksudkan dengan beban membukti, ikut definisi dari hasilan karya Dr.Mahmud Seadon A.Othman..katanya, beban membukti ni adalah sejumlah keterangan yang mesti dikemukakan terhadap sesuatu kes atau setakat mana tahap pembuktian bagi mensabitkan sesuatu kes dalam Islam..ia merangkumi keterangan dan bukti yang dibawa sehingga sampai tahap yakin.. pada asalnya keyakinan sesuatu tuduhan tidak dapat ditolak melainkan dengan keyakinan juga di sudut pembelaan.
baiklah, kita teruskan gerak langkah ke tahap pembuktian..perbincangan mengenai tahap yakin tidak disentuh lagi kerana ia sudah berada dalam keadaan yang mampu memahamkan kita..
langkah kita kali ini mengikut tertib menurun..
tahap yang pertama..tahap zan
zan ialah keadaan tidak pasti tetapi lebih tendency to the truth or yakin..
firman Allah yang bermaksud:" wahai orang- orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan(zan) itu adalah dosa" 
surah al-hujurat:12
dalam ayat tersebut, Allah telah menjelaskan bahawa zan yang sudah jelas salah dan tidak menepati kebenaran perlu ditinggalkan sebaliknya bukan semua zan ditolak sebaliknya sebahagian zan masih boleh diterima tahap pembuktiannya sebagaimana ayat diatas. sebagai contoh, dalam kes sivil atau mal atau harta zan al-ghalib sudah cukup untuk mensabitkan kes,,zan al- ghalib atau berat sangka. Ia selalonya diaplikasikan pada keadaan yang tidak dijangka seperti kemalangan yang mengkhuatiri samada mangsa meninggal atau sebaliknya kerana tiada bukti atau sign yang dapat mengesahkan dua andaian tersebut..
kedua..tahap syak 
apabila kedua-duanya iaitu pendakwa dan defendan berada dalam kemungkinan pada tahap yang sama maka sukar untuk memsabitkan atau tidak sabit kes malah benar atau salah pembuktian juga tidak dapat dipastikan..inilah keadaan yang dipanggil syak
kaedah fiqh menegaskan bahawa syak tak mampu mengugat tahap yakin malah ia tak mengangkat tahap tersebut.jelasnya syak adalah tahap kemungkinan.
lastly, tahap waham iaitu tahap yang memang tak leh diterima..ala tahap yang paling lemah keterangan, mana taknya kemungkinan tanpa alasan atau keterangan..ia adalah lawan kepada zan tadi..klu zan lebih mirip kepada yakin..waham plak lebih cenderung kepada salah atau sabit kes.

ok dah bis dah pasal beban membukti dan tahapnya yang terdapat dalam syariah..tapi sebelum tu kena ingat bagi kes hudud..ada brapa kesalahan hudud?
murtad, zina, minum arak, hirabah, sariqah, bughah, dan  qazaf.
bagi kesalahan2x ni, keterangan bagi sabit kes mestilah tiada syubhah even a little bit..masih tak leh sabit hukuman hudud dijatuhkan..

 
                                             promote buku karya Mahmood Zuhdi, lec.UM

1 pendapat:

skyjamil said...

beban membukti? kes ada tak?

Post a Comment

syukran kasiran