Wednesday, June 18, 2014

Di Sebalik Tabir 'My Wedding'

sekitar perjalanan majlis pernikahan ana dan zauj/suami pada 3 minggu yang lepas, dalam proses ana menyiapkan majlis, ada permintaan untuk "update" entri tentang bajet pernikahan ana, buat pengetahuan semua, ana ingin buktikan pada kebanyakkan orang bahawa tidak perlu bajet yang tinggi untuk menyempurnakan sebuah majlis pernikahan,

sejurus dengan itu, ana akan cadangkan beberapa tempat yang ana pergi sebagai idea bagi kalian yang ingin mendapatkan persiapan yang sederhana dan memadai,


kad jemputan ni saiz sederhana ja, ana cetak 1000 unit, kertas yang digunakan tak la keras tapi juga tidak terlalu nipis, kalau dapat ana qiyaskan seperti kertas poster yang berkilat bukan photostat tu, di bawah kaki kad terdapat no untuk dihubungi, syarikat MieraPrintex terletak di Bota Kanan, Perak,

apa yang istimewa apabila syarikat ini menawarkan satu banner pengantin secara percuma bagi setiap 500 unit kad yang dicetak, turut dibenarkan untuk memilih design kad yang berbeza bagi setiap 500 unit, design yang dipilih tidak tertakluk pada saiz, begitu juga dengan design bagi banner, kalau ada design kad sendiri pun diterima,

harganya? RM300 bagi 1000 unit termasuk 2 banner percuma, dalam masa dua minggu saja kad siap untuk diedarkan, turut disediakan sampul bagi kad tersebut, sebelum kad siap dicetak, syarikat akan minta pelanggan datang untuk membuat semakan atas kad yang siap jika berlaku kesilapan atau tidak puas hati,


Bagi persiapan "doogift" untuk 3 kumpulsn berasingan, yang pertama untuk tetamu yang hadir, yang kedua untuk urusetia dan yang ketiga untuk rombongan pengantin lelaki, setiap satu isian mempunyai perbezaan namun ana letakkan keseluruhannya di bawah RM500, tapi alhamdullillah isian doorgift ditaja oleh kakak, jadi ana sempurnakan bajet bagi beg goodies, serta hadiah bagi setiap kumpulan tadi, bagi rombongan pengantin ana pilih sebuah dompet kecik berwarna ungu, dan hadiah bagi urusetia pula tuala dan juga kotak tisu,

kedai A tu Z wedding house terletak di seberang jaya Pulau Pinang perjalanan dari rumah ana hanya memakan masa kurang daripada satu jam melalui lebuhraya tol Jawi hingga Seberang Jaya bagi pengunjung yang mempunyai kad keahlian memang beruntung kerana harga ahli jauh lebih murah berbanding harga bukan ahli, berganda-ganda murahnya,

seingat ana untuk buat kad keahlian juga tidak memerlukan belanja yang tinggi dan boleh siap serta-merta, semua kelengkapan ada disediakan, dan pelbagai pilihan tapi malangnya tidak dibenarkan untuk tangkap gambar bagi produk yang terdapat dalam pasaraya tersebut, terdapat dua tingkat yang mana tingkat kedua diletakkan tentang wedding planner serta kamar pengantin termasuk pelamin, bagi tingkat bawah adalah kelengkapan lain,

apa yang lebih menarik adalah tentang hadiah yang banyak pilihan dengan harga yang murah, mungkin kerana pengunjung tersebut mendapatkannya dengan harga borong jadi memang berbaloi bagi pengusaha butik pengantin, manik dan lace turut disediakan dengan beribu jenis dan pilihan, yang penting dapatkan kad ahli dulu, nak pinjam pun leh tapi bawak ana sekali hehehe


Baju pengantin buat sendiri, sebab baju pengantin lelaki siap terlebih dahulu jadi ana terpaksa pilih warna yang sama tapi untuk dapatkan kat butik pengantin memang susah, dan susah juga bagi dapatkan warna yang sama di kedai kain, hampir seleuruh perak tengah ana terpaksa pusing dan singgah untuk dapatkan warna yang sama, asalany ingin gunakan material satin tapi tiada warna yang sepadan jadi ana putuskan untuk menggunakan kain yang sedikit berkilat,

" baju jangan jarang, atau menampakkan bahagian pakaian dalam atau seumpamanya" pesan bakal zauj pada ketika itu

jadi, ana kena pilih yang agak tebal dan ana memerlukan kain net yang tidak terlalu kosong, dengan harga yang berpatutan ana salah pilih kain net, sebab kain net tersebut melekat sekaligus mengutip sekian sampah pada walimah, masyaAllah sabar ajelah..mujur ada zauj yang prihatin dan sudi bersabar untuk buangkannya, terima kasih =)

jadi sebagai pengajaran, baju pengantin cari bersama dan ada baikny jika menyewa atau membeli di butik kemudian boleh tambah corak pada baju tersebut dengan sendiri jika mahu mengawal belanja, tak dinafikan bahawa baju ni memang terlebih bajet dari asal sebab ana terpaksa serikan dengan taburan manik dan lace, bagi veil dan tiara ana sewa di Bagan Serai sahaja dengan harga RM10 setiap satu tanpa ada had masa pemulangan,

bagi baju pengantin lelaki mengenakan jubah, serban serta kain ridha,


sedikit gambaran bilik pengantin, ana tambah almari pakaian 3 pintu, tilam, cadar pengantin, empat bantal dengan satu bantal panjang, kelambu bulat, hiasan seperti bunga dan pasu serta rak, karpet dan wallpaper dinding yang jumlahnya hampir RM1000 sahaja,

ada lagi, kain satin sebagai hiasan di bahagian kepala katil, disebabkan kakak dan saudara mara lain yang dewasa sibuk menyiapkan keadaan di dapur maka bilik ini adalah sepenuhnya ana yang ilhamkan dengan bantuan oleh tiga orang adik saudara,

yang penting zauj selesa dan suka dengan keadaan bilik tersebut,

cukupla tu bagi sisipan majlis pernikahan ana, memang kami bersepakat untuk sederhanakannya bagi membuktikan bahawa sebenarnya boleh berlaku tolak ansur dalam menyempurnakan majlis dan tak perlu risau bagi lelaki dan perempuan juga, yang penting adalah bijak mengelolakan bajet, pemilihan tempat dengan harga yang betul lebih diutamakan kerana biasanya sesuatu kawasan menawarkan harga yang tinggi pada design yang sama tetapi di suatu kawasan lain design tersebut juga boleh didapati dengan harga yang lebih tepat dengan bajet pernikahan,

nasihat saya kepada psangan yang ingin bernikah, berbincang terlebih dahulu sebelum diutarakan kepada ibubapa, biar jelas tujuan dan niat walimah tersebut, 

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran