Tuesday, January 28, 2014

Selasa Bersama Lori Merah

rumah papan 2 tingkat, itu saja yg tinggal, kebakaran akibat litar-pintas


Bagaimana untuk mulakan cerita sebuah pengalaman yang baru 15 minit lepas berlaku, baru kali pertama serta dapat menyaksikan seluruh kejadian ,  hari ini ana tidak disibukkan dengan kerja-kerja jadi ana siapkan laporan sahaja, dan beberapa dokumen lain yang perlu dikemaskini, mungkin terasa biasa dengan hari selasa minggu lepas tapi pada hari ini digemparkan kebakaran besar berlaku pada rumah berhampiran dengan tempat kerja ana, sangat hampir lebih kurang satu kilometer sahaja, awalnya ana terdengar kekalutan namun kekalutan tersebut menjadi seperti luar kebiasaan, jadi ana mengambil keputusan untuk keluar dan melihat apa yang sedang menerobos masa-masa biasa hari selasa ana,

“subhanallah”

“la hawla wala quwata illa billah”

“astagfirullahal’azim”

Itulah yang dapat tenangkan hati ana saat melihat kepulan asap tebal menutupi langit nan cerah, dari mana?
Rumah yang utuh dulu berdiri disebalik pepohon buahan manggis serta dicelahan kelopak dedaun longlai si batang pisang, didiami oleh dua orang adik-beradik perempuan yang sudah berumur, kedengaran jeritan dari dalam grill tanpa dihiraukan oleh api yang marak di belakangnya, adik bongsu nya terkunci didalam rumah dan kekuatan fizikal yang tidak mampu dizahirkan bagi memecahkan grill yang menghalangnya keluar jauh dari api yang menggila, dia seorang sindrom down dalam lingkungan 40-an hanya berbaju singlet putih serta berseluar biru, tak boleh dibiarkan lagi, tapi mata-mata lebih ramai yang mampu melihat, mungkin melihat untuk tahu siapa yang akan pergi ke sana atau menyaksikan seorang lelaki muda terus memecahkan grill lalu menarik keluar mangsa yang terperangkap,

api yang marak makin marak, Kak Me'ah tak berdaya lagi memikirkan ke mana motosikal yang dibawanya kerana hati kuat ingin masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan barang-barang yang tersimpan, mungkin kunci, mungkin motosikal, atau mungkin dokumen yang penting, mana satu? kaki terus melangkah tapi terhalang dengan makin menyambar dan jeritan jiran tetangga yang membantah tindakannya itu, apa yang terdaya lagi untuk matanya melihat letupan demi letupan yang menelan seluruh hidupnya pada sebuah rumah papan yang semalam masih mampu menatapi tapi hari ini, ia memejamkan mata Kak Me'ah sendiri,

" tuan rumah ada anak? adik beradik?"
Jawabnya " adik-beradik ada 10 orang lagi, umur mak kpd Kak Me'ah sama umur mak cik, 77 tahun..anak-anaknya ada 5 orang, seorang perempuan tinggal di asrama"

alhamdullillah, lega hati mendengarnya, dalam benak hati ana yakin masih ada kesenangan untuknya,

KELIP MATA, JANGAN BUKA

sekelip mata, depan mata, tak lepas dari pandangan..hilang semuanya, runtuh dan terdampar, mata juga tak mampu menyerahkan air yang keluar dari kelopak untuk memadami dan memulangkan kembali pandangan semalam, benarlah kata hukama'

"hanya saat ini kita miliki, masa sebelum itu telah berakhir, masa akan datang bukan milik kita"

1000 mata berpusu-pusu hadir, tapi hanya mampu melihat, tiada daya dan tiada upaya langkah melawan marak langsung yang menghangat, sepasang mata memerhati untuk merakam segala yang berlaku, pada mangsa, tidak lupa pada yang memberhentikan motosikal, memandu kereta serta berdiri tegak tanpa kata, apa yang mereka fikirkan? adakah sama seperti buku kotak fikiran sepasang mata ini?

"maafkan diri ini ya Allah, Engkau telah ambil semua yang Engkau pinjamkan, lihatlah segalanya tiada lagi dengan kuasaMu, api tu taat berbanding diriku, kuatkan mereka untuk redha walau di mana jika aku di situ, terima kasih ya Allah, kepadaMu jua tempat kembali"
 ....................................

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran