Friday, April 9, 2010

tafsiran surah al- Baqarah:216




كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216) 

Islam membuat perhitungan mengikut perhitungan fitrah manusia..ia tidak menafikan kesulitan kewajipan perang dan tidak memperkecil- kecilkan kesulitan itu malah Islam tidak menyangkal bahawa jiwa manusia secara semulajadi tidak sukakan pada peperangan..oleh yang demikian Islam tidak mengharamkan fitrah dari melahirkan perasaan - perasaan semulajadi tetapi ia mendekati jihad ini dari aspek yang lain dan memberi satu sorotan cahaya baru padanya..ia menjelaskan bahawa di antara fardu yang difardukan ke atas manusia terangkum fardu yang sukar, mudah pahit dan sebagainya tetapi di sebaliknya terdapat hikmat yang dapat meringankan kesukaran, menghilangkan kepahitan, dan melahirkan kebaikan yang tersembunyi yang kadang- kadang tidak dapat dilihat oleh pandangan manusia yang pendek...oleh itu, persoalan jihad difikirkan dari jendela yang berlainan dari sudut yang dilihat selama ini, satu jendela yang dapat dilalui oleh angin yang lembut dan menyegarkan ketika jiwa dikepung kesusahan dan kerunsingan hadapi perkara yang sukar kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala matlamat yang jauh dan akibat yang tersembunyi dari segala perkara yang mungkin tidak disukai oleh fitrah manusia termasuklah perang atau jihad...sedangkan manusia tidak mengetahui sedikit pun dari hakikat akibat dan kebaikan yang diketahui Allah dengan Qudrat-Nya..

demikianlah Islam melayani fitrah manusia, ia tidak membantah perasaan semulajadi dan tidak memaksa sesuatu yang sukar dengan semata- mata mengeluar perintah wajib dan taklif tetapi ia mendidik manusia ke arah ketaatan agar ia bersedia berkorban untuk jalan Allah secara sukarela melalui peningkatan diri ke arah tersebut......tidak malu dan rebah ketika mengetahui kelemahannya sewaktu berdepan dengan kesulitan malah ia tetap berdiri teguh kerana ia tahu Allah s.w.t akan memberi pertolongan sehingga ia terus berazam untuk menghadapi ujian kerana kadang- kadang kebinasaan itu menunggu di sebalik sesuatu yang digemari dan amat menarik...itulah cara pendidikan yang mengagumkan dan mendalam tapi mudah yang bisa mengenal liku- liku jalan untuk memasuki jiwa manusia..

cara sentuhan rabbani terhadap hati manusia dapat membuka di hadapannya sebuah alam lain dari alam yang dilihat oleh dua matanya..sehingga hatinya begitu patuh pada kuasa takdir Allah dengan rela dan tenang..hati seseorang itu tidak akan merasa hakikat kedamaian kecuali ia yakin bahawa sesuatu yang dipilih itu ialah pilihan Allah dan kebaikan itu terletak pada ketaatan kepada Allah tanpa menguji Allah dan menuntut bukti dari Allah...Allah s.w.t memimpin mereka dengan cara pendidikan ini menuju kedamaian sehingga ketika Ia mewajibkan jihad ke atas mereka..kerana kedamaian yang hakiki iaitu kedamaian roh dan hati nurani walaupun di medan perang..

saranan yang dibawa oleh ayat al-Quran ini bukan hanya terhenti setakat perang sahaja sebalik ia turut merangkumi seluruh kehidupan seorang mu'min yang meliputi peristiwa- peristiwa hidup..contohnya orang- orang mu'min yang keluar perang badar bertujuan menyerang angkatan kafilah quraisy yang membawa barang dagangan bukan kafilah angkatan pengawal dan pejuang quraisy tetapi Allah menjadikan sebaliknya dengan menemukan orang- orang mu'min dengan kafilah angkatan pengawal dan pejuang dan kemenangan dihadiahkan memihak kepada orang- orang mu'min sehingga kemenangan itu bergema seluruh semenanjung Tanah Arab dan menyebabkan panji- panji Islam dijulang tinggi.. dimanakah angkatan kafilah quraisy yang bawa dagangan dengan kebaikan yang besar?
dimanakah pilihan kaum muslimin untuk mereka berbanding pilihan Allah untuk mereka?
sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan manusia tidak..wallahua'allam

sumber: TAFSIR FI ZILALIL QUR'AN ASY- SYAHID SAYYID QUTB RAHIMULLAH terjemahan YUSOFF ZAKY HAJI YACOB terbitan PUSTAKA AMAN PRESS, KELANTAN dengan kerjasama YPEIM...
m/s 527- 530

0 pendapat:

Post a Comment

syukran kasiran